Kenapa dengan Datin Maria ? 🦋

1.6K 120 0
                                    

"Mami, kenapa mami berhenti?" tanya Aira pelik sejurus melihat tindakan maminya.

"B,jom kita keluar. B nampak tak lelaki yang terbaring kat bahu jalan tu? Mami rasa dia mangsa langgar lari, jom kita bawa dia pergi hospital." pelawa wanita itu yang ingin membuka pintu kereta.

"No mami, bahayalah. Kita tak kenal pun dia kan, so better tak payah. Lagipun ni dah lewat sangat. B takut mami, entah-entah yang terlantar tu penyamun ke? Yela ungkin dia dah plan nak ragut kita ?" halang Aira risau.

"Syhhh, b jangan cakap macam tu kita bersangka baik je. Jom teman mami." ujar wanita itu degil. Lantas pintu kereta dibuka.

Aira terpaksa akur dengan kehendak maminya. Aira hanya mengikuti langkah maminya yang sudah hampir dengan lelaki tersebut. Dia hanya berdiri di belakang wanita itu.

"Mami, biar b je yang check." pinta Aira sambil mengatur langkah kearah bahu jalan.

Aira terus terduduk di bahu jalan apabila lelaki yang dikira mangsa langgar lari itu tiba-tiba bangun dan terus menolak tubuh kecilnya.

Datin Maria terus meluru kearah lelaki itu, lantas tubuh gempal lelaki itu ditolaknya.

Dia segera membantu Aira untuk bangun.

Namun sedang dia cuba membantu anaknya, untuk berdiri, tubuh tuanya terus ditolak dari belakang.

Lelaki bertubuh gempal yang sedari tadi memakai topeng hitam itu terus mengeluarkan pisau dari poket bajunya.

Dia terus mengacukan pisau tersebut kearah Aira.

"Matilah kau." jeritnya sambil cuba menikam tubuh kecil gadis itu.

Aira terus terhumban di hujung jalan apabila tubuhnya ditolak dari belakang. Tak lain dan tak bukan insan yang menolaknya menjauh dari terkena tusukan pisau itu adalah maminya sendiri.

Datin Maria terus terduduk lemah apabila tubuhnya tertusuk pisau.

Dengan serta merta tubuh lemah itu terus tumbang ke atas jalan.

Lelaki yang memakai topeng itu terus lari lintang pukang.

Aira terus berlari meluru kearah maminya. Lantas tubuh lemah maminya dipeluk. Air mata Aira mula mengalir membasahi pipinya. Laju sahaja air matanya mengalir.

"Nooo mami please bertahan, b mohon." jeritnya penuh lemah.

Tubuh Aira mula dipenuhi dengan darah. Tubuh maminya masih dipeluk erat.

"Time ni jugak kau nak buat hal kereta, aduhhh." keluh Danial sedikit bengang.

Dia terus keluar dari kereta bagi memeriksa keadaan keretanya.

Di balai polis

Laila terus sengih apabila dirinya dibenarkan pulang dek diikat jamin oleh kakaknya.

"Kau ni buat hal lah dik, yang kau beria sangat nak perangkap kawan kau kenapa? Tak pasal-pasal dengan kau kau makan perangkap kau sendiri. Ada otak takleh nak fikir." marah Lily bengang sambil meluru keluar dari balai polis.

"Eh kak, semua ni salah kau tau. Kau tu yang bodoh. Aku dah suruh kau siasat betul-betul kan, yang kau pergi cakap Hazim cuti kenapa. Lain kali gunalah otak kau. Kata bijak, tapi nampak sangat bodoh. Aku pun peliklah kenapalah Tan Sri boleh jatuh cinta dengan kau." kutuk Laila sinis.

"Dahlah, malas aku nak layan kau. Bersyukur sikit, tiap kali kau buat silap kakak kau yang kau duduk kutuk ni lah yang selalu cover kau." arah Lily sambil berjalan meninggalkan Laila di belakang.

Laila terus jeling tajam.

Di hospital

Aira sedari tadi masih menangis.

Sejak semalam lagi, air matanya tidak henti- henti gugur. Saat itu hanya wajah maminya saja yang ada di fikirannya. Danial sedari tadi hanya merenung kearah gadis itu.

Hatinya betul-betul rapuh sekarang.

Sudah puas dia cuba menenangkan Aira, tetapi gadis itu tetap begitu. Masih menyalahkan dirinya di atas apa yang telah terjadi pada maminya. Danial berasa lega sedikit apabila kelibat kakak sulung Aira, iaitu Sheila muncul di hospital.

Nampak sahaja Aira, Sheila  terus memeluk tubuh kecil adiknya. Dia juga turut sedih tetapi saat itu juga dia perlu kuat agar adiknya Aira tidak menjadi lemah.

"Don't cry Aira, bukan salah Aira pun. Sama - sama kita doakan agar mami tetap kuat, tetap kuat untuk kita semua okay.. Dah jangan nangis." pujuknya penuh lemah.

Aira masih tetap menangis.

Saat ini dia langsung tidak dapat untuk bertenang. Tanpa sedar, air mata Danial juga turut gugur.

Di luar wad

"Macam mana Danny ? Dah buat report dekat balai polis ?" soal Sheila yang mula duduk di sebelah Danial.

Danial terus mengeluh.

"Hmm, tak kak. B, dia juga tak sempat nak cam penjenayah tersebut. Dia kan sempat lari dan dia pakai mask kak. So b tak cam wajah dia. Pisau yang dia guna pun dia turut bawa sekali. Sikit pun dia tak tinggalkan jejak." keluh Danial.

"Sebenarnya, ikutkan hati Danny nak je Danny report tapi tu lah Danny tak sampai hati nak tanya lebih detail lagi tentang penjenayah tu dekat b. B dah cukup muram dan sedih tu. Dahlah dia paling rapat dan manja dengan aunty. Hm, semoga aunty baik - baik saja."

Danial terus meraup wajahnya.

Sheila hanya terdiam lama.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now