Aira masuk hospital lagi 🥺🦋

1.9K 111 0
                                    

Aira terus menanggalkan cincin berlian di jarinya.

Dia terus menyarungkan cincin tersebut di jari suaminya. Danial sedikit tergaman dengan tindakan drastik Aira.

"Kenapa b ?" tanyanya tidak mengerti.

Aira terus melepaskan satu keluhan berat.

"Hmm, kau pun tahu kan yang aku memang tak ready lagi nak kahwin. Lagipun aku setuju untuk kahwin ni pom sebab mami aku. Aku tak sanggup nak lukakan dia, lagipun ini permintaan terakhirnya. Hmm tapi aku tak dapat nak simpan cincin ni Danny. Aku tak ready lagi." luah Aira sedikit kesal.

"Tapi kenapa b ? Kita bukannya baru kenal sehari dua, kita dah kenal hampir 3 tahun b. 3 tahun tu lama." ungkit Danial pula.

"Ye aku tahu 3 tahun tu lama. Tapi tolong respect keputusan aku. Aku tak ready lagi and percayalah bila aku dah ready nanti aku akan minta kau sarungkan cincin ni lagi dekat jari aku." ujar Aira menutup bicara.

Aira terus beredar meninggalkan Danial keseorangan.

Danial terlihat penuh kesal.

Cincin berlian tersebut terus disimpan ke dalam kotak semula.

Danial cuba untuk berdiri walaupun keadaannya masih lemah. Dia terus mengambil kunci keretanya. Lantas dia meluru keluar dari kondonya.

Habis sahaja kelas, Aira segera meluru dari dewan kuliah.

Pada mulanya Johan ingin menghantarnya pulang ke hostel tetapi laju Aira menolak. Ketika dalam perjalanan pulang ke hostel Aira ditimpa hujan.

Habis basah bajunya. Sampai sahaja di hostel, laju dia meluru ke bilik air.

Selepas 1 jam berada di bilik air akhirnya Aira keluar.

Aira kelihatannya sudah menukar pakaiannya. Sedari tadi dia asyik selesema.

Fikirnya mungkin kerana dia ditimpa hujan. Dia terus mengambil keputusan untuk berehat sahaja. Nasib baiklah penyakit asmanya tidak menyerangnya ketika itu. Kalau tak, hmm naya.

Pagi itu

Aira yang masih demam terus meluru naik kedalam bas bersama dengan Shaila.

Rakan - rakan yang lain juga turut naik ke dalam bas yang akan bertolak ke Kelantan.

Shaila yang kelihatannya ingin duduk di sebelah Aira terus membatalkan hasratnya apabila Johan laju melabuh punggung di sebelah Aira.

Aira yang masih dalam keadaan lemah hanya membiarkan sahaja Johan duduk di sebelahnya. Aira hanya diam sahaja ketika bas mula bergerak ke destinasi yang tuju.

Johan terus memberikan Aira jaket miliknya apabila gadis itu seperti menggigil kesejukan.

Pada mulanya Aira enggan menerima jaket tersebut tetapi setelah berfikir panjang akhirnya dia akur.

Saat itu badannya terasa sangat lemah. Aira mula bengang dengan dirinya yang enggan ke hospital walaupun tahu dirinya demam panas. Johan terus senyum apabila melihat Aira memakai jaketnya.

Sampai sahaja di pantai irama, Aira dan Johan laju menyiapkan tugasan.

Aira tetap menyiapkan kajiannya walaupun dirinya masih lemah saat itu. Johan pula sedari tadi asyik membantu Aira membersihkan sampah sarap di kawasan pantai tersebut. Johan yang melihat Aira mula letih terus menghampiri Aira.

"You nampak penat ni, takpelah you pergilah rehat dekat sana. Soal nak catat tahap kebersihan pantai ni serahkan pada I." arah Johan murah hati.

"Hmm okay." ujar Airamula akur lalu terus duduk diatas sebuah bangku.

Shaila hanya memandang Aira dari jauh.

Dia kelihatannya masih bersemangat menyiapkan kajiannya. Ingin sahaja dia menghampiri Aira saat itu kerana dia risau akan keadaan Aira.

Namun hasratnya dipendamkan lagi apabila Johan sudah menemani Aira.

'Johan baik sangat. Hmm dia suka ketua kut !' teka Shaila dalam hati.

Aira terus meneguk air mineral yang diberi oleh Johan.

"Dahlah, kau pergi sambung kerja kau ! Aku okay !" arah Aira saat Johan ingin menemaninya.

"Betul ni ?" tanya Johan seakan tidak percaya.

"Yes." respon Aira pendek.

"Okaylah, I pergi dulu tapi kalau ada apa - apa panggil je I okay ?" tutur Johan yang mula beredar dari situ.

Aira terus merenung Iphonenya yang mula berdering.

Jarinya laju menerima panggilan tersebut.

"Assalamualaikum b, kau dah sampai Kelantan ke ?" tanya Danial di talian.

"Haa dah sampai." respon Aira lemah.

"B kau okay tak ni ? Kau demam ke ? Asal suara kau serak ni ?" tanya Danial penuh risau.

"Hmm." ucap Aira pendek sebelum panggilan ditamatkan kerana dirinya mula dipanggil oleh Profesor Azman.

Danial terus mengeluh berat kerana kesal dengan tindakan Aira yang laju menamatkan panggilan.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now