Suami prihatin 🦋

2.3K 121 1
                                    

Aira terus melangkah keluar dari kereta Danial sebaik sahaja sampai di lokasi yang dituju.

Lantas selendang berwarna putih yang dipakainya tadi terus dililit di tali beg tangannya.

Danial terus mengeluarkan bagasi milik Aira dari dalam kereta. Lantas bagasi tersebut diangkatnya.

"Kau nak bawa sendiri ke bagasi ni ? Agak heavy jugak ni, kalau aku yang tolong hantar bagasi kau macam mana ?" tanya Danial prihatin sambil tunjuk kearah bagasi gadis itu.

"Kau nak hantar ke bilik aku ? Gila ke apa ? Ni hostel la, nanti apa pulak student kat sini cakap. Takpe kau takyah risau. Aku boleh handle jela benda alah ni, lagipun aku boleh heret je. Kan ada tayar !" terang Aira sambil senyum.

"Yela, tapi kalau kau tak larat mintak pak guard jela yang tolong angkat benda alah ni. "ujar Danial lagi.

Aira terus gelak.

"Mr Danial Lee jangan risau, aku Airabella bukan budak kecil ! Aku mampu la. Takpe kau better balik rumah kau. Esok kan ada kelas." pinta Aira pendek.

Lantas Danial terus mencium dahi Aira.

Aira terus tergaman dengan tindakan drastik Danial.

"Apa ni ? Kalau orang lain nampak ? Hish kau ni !" marah Aira sambil mula memerhati di sekelilingya.

"Eleh b, bagi chancelah dekat aku. Lagipun lepasni kita dah jarang jumpa, kita kan dah tak sama kos. Nanti susahlah aku nak jumpa isteri kesayangan aku. Kau pun satu hal yang kau nak tukar kos tu dah kenapa ! Elok - elok sama kos dengan aku, eh tukar pula hmm. keluh Danial dalam nada mendatar.

"Aku tukar sebab aku dah tak dapat nak carry kos ni ! Kau pun tahu result semester 1 tu merosot teruk. Dah aku tak minat kos ni and nak carry pun dah tak mampu. So, aku applylah untuk tukar kos ni dari awal sem lagi. Alhamdulillah, application aku ni lulus dan esok aku akan start study kos baru tu. Yeay ! Tak sabarnya." jerit Aira separuh lantang.

"Eleh. Hm, happy kau eh. Kenapa kau baru bagitahu aku pasal ni ? Aku ni suami kau."

"Dah sah - sah kalau aku bagitau kau awal tentang hasrat aku ni, percayalah kau takkan setuju punya. Tu yang aku bagitau terus once permohonan aku dah lulus ! Yeay lulus."

"Hm, lantak kau lah junior. Asal kau bahagia."

"Dah - dah aku gerak dululah, kau patut gerak sekarang senior !" arah Aira sambil mula berjalan kearah pintu pagar hostel.

Danial terus meluru masuk kedalam kereta, dia juga terus melambai tangan kearah Aira.

"Drive safe, nanti sampai col aku." laung Aira dari jauh sambil buat simbol col dengan tangannya.

Tak sampai 5 minit kereta yang dipandu Danial terus hilang dari pandangan mata gadis itu. Aira terus meluru masuk kedalam perkarangan hostel yang didiaminya.

Di dalam kereta

Danial terus senyum sendirian.

Bagasi miliknya di seat belakang terus dikerling tajam melalui cermin hadapan keretanya.

Dia terus membuat pusingan semula. Dia mula memandu menuju kearah ruma sewa yang disewanya berdekatan dengan universiti tersebut.

Lokasi rumah sewa yang ditujunya itu hampir mencecah 30 km dari universiti tersebut.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now