Pindah hostel 🦋

1.8K 123 0
                                    

"Kau tidur bilik aku laa malam ni, aku tidur bilik mami. Tak pun tidur kat bilik tetamu." arah Aira pendek.

"Hmm takpe b, aku tidur dekat ruang tamu je, and kau tido bilik kau. Lagipun kalau kau tidur bilik mami, kau akan teringatkan dia lagi." arah Danial pula.

"Hmm suka hati kaulah, jap aku ambilkan kau bantal dengan selimut." ucap Aira pula.

Danial hanya angguk tanda setuju.

Dia masih lagi fokus menyiapkan assignmentnya.

Aira terus meletakkan bantal dan selimut keatas sofa.

Aira terus meluru masuk kedalam biliknya. Danial yang terlelap seketika terus tersedar dari mimpi. Dia terus senyum apabila melihat ada secawan air kopi diatas meja.

'Sayang juga kau dekat aku ye.' desis hatinya. Danial terus meneguk air kopi tersebut yang sudah mula sejuk.

Di dalam bilik

Aira sedari tadi hanya menangis. Hatinya kembali menjadi rapuh apabila dia mula teringatkan arwah maminya.

Keesokkan harinya

Pagi lagi Aira sudah siap packing barangannya.

Jujur saat itu dia ingin segera pindah ke hostel. Dia tidak ingin lagi tinggal di rumah maminya. Terlalu banyak kenangannya di situ.

Kenangannya dengan maminya yang terlalu bernilai baginya.

Dia masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang Datin Maria kini telah tiada.

Bagi Aira, dengan wanita itulah dia sering berkongsi cerita, melakukan sesi luahan hati, bergurau senda bahkan wanita itu juga merupakan sahabatnya yang paling dia kagumi.

Sejak daddynya berkahwin lain dan bercerai dengan maminya, hubungan mereka bertiga kian retak.

Aira juga sudah tidak akrab dengan daddynya. Bukan kerana dia bencikan lelaki itu, tetapi hakikatnya dia amat bencikan ibu tirinya yang sebaya dengannya.

Gila kan? Tak logik kan ? Lelaki yang dah berusia lanjut boleh menikah lagi itupun dengan gadis yang sebaya dengan anak kandungnya sendiri. Aira mengeluh berat. Lalu bagasi miliknya diheret keluar dari biliknya.

Keluar sahaja dari bilik terus nampak tubuh tinggi lampai suaminya yang juga sudah selesai bersiap.

"Jom !" ajak Danial sambil mengangkat bagasi milik isterinya.

Aira hanya mengikuti langkah lelaki itu.

Aira terus masuk kedalam kereta sebaik sahaja pintu kereta dibuka sementara Danial sedang memasukkan bagasi isterinya kedalam bonet kereta.

Danial terus meluru masuk kedalam kereta usai selesai menyimpan bagasi tersebut.

"Cantik kau harini." puji Danial pendek sambil matanya fokus memandu keretanya.

"Apa yang cantik ?" tanya gadis itu selamba sambil bermain Iphonenya.

"Baju kau, kalau boleh pakailah macam ni selalu. Satu lagi lepas ni dah boleh slow - slow kau pakai tudung. Manis betul kalau kau pakai tudung. Makin aku sayang." respon Danial penuh jujur.

"Hmm." 

Aira terus merenung pakaian yang tersarung di badannya.

Dia tidak hairan apabila menerima pujian sebegitu kerana dia memang jarang memakai baju kurung. Tunggu hari rayalah, itu pun kalau dia ada mood.

"Orang cakap kalau ikut cakap suami lagi - lagi perkara baik macam ni, berkat relationship." ujar Danial tiba-tiba.

"Hmmm, orang cakap ke, kau yang cakap !" sindir Aira selamba.

"Aku tegur kau kearah kebaikan. Lagipun aku suami kau ! Ye aku tahu dan aku sedar diri ! Aku mungkin bukan suami yang baik tapi at least aku nak juga guide isteri aku ke arah yang lebih baik." ucapan Danial terus membuatkan Aira terdiam dari berbicara lagi.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now