Penderitaan Aira 🦋

1.8K 126 0
                                    

Danial hanya membiarkan Aira bersendirian di dalam wad.

Jam di tangannya terus dikerling tajam.

Hampir seminggu, Aira tidak hadir ke kelas. Sepanjang tempoh itu juga, Datin Maria koma dan terlantar lemah di katil hospital.

Sejak terjadinya tragedi hitam itu, Aira menjadi pendiam. Tiada lagi usikan dan gelak tawa gadis itu. Danial terus mengeluh berat.

Di dalam wad

"Mami, please tolong bangun. Jangan tinggalkan b. B mohon..." pintanya penuh lemah.

Jari jemari Datin Maria terus disentuh. Laju sahaja air mata Aira gugur.

"Dulu daddy dah tinggalkan b, takkanlah sekarang mami pun nak tinggalkan b. Kan  mami dah janji. Mami dah janji nak jaga b.Mamiii....." ucap Aira penuh hiba.

Sedih sekali apabila melihat keadaan maminya.

Langsung lesu dan tidak bermaya.

Aira sedikit tergaman apabila melihat jari jemari maminya mula bergerak.

Dia terus memanggil doktor yang bertugas. Danial juga meluru masuk kedalam wad.

Doktor yang merawat maminya terus tersenyum.

"Alhamdulilah, akhirnya pesakit menunjukkan respon positif. Keadaan pesakit mula bertambah baik. Sekarang ni better kita biarkan pesakit berehat." ucap doktor tersebut.

"Alhamdulilah ya Allah." ucap Aira sedikit lega.

"Kalau macam tu b, better kita keluar dulu. Biar aunt rest." ajak Danial penuh prihatin.

Aira terus ikut cakap Danial, mereka bertiga terus keluar dari wad Datin Maria.

Di kafe

"Nah."

Danial terus hulur sepotong roti coklat kegemaran Aira.

"Thanks." ucap gadis itu pendek sambil mengambil roti tersebut.

"Hmmm, b akuuu...."

"Danny, aku nak pergi tengok mami." ucap gadis itu laju memotong percakapan Danial.

"Okay." Danial hanya senyum tanda faham.

Aira terus berlalu dari situ.

"Hmm, maybe next time." keluh Danial berat kerana tidak sempat untuk menyatakan hasratnya.

Di wad

Datin Maria terus senyum apabila kelibat anaknya muncul.

Aira terus memeluk tubuh maminya. Air matanya laju gugur membasahi pipi.

"B, don't cry ok. Listen here. B, mami rasa mami dah tak lama.."

"Nooo mamiii. Don't say like that." rayu Aira penuh hiba.

"No, listen here, b tau kan mami sayangkan b. Tapi mami tak sanggup nak tinggalkan b dalam keadaan macam ni. Mami tak tenang b. Mami taktau berapa lama lagi mami mungkin dapat bertahan. Mungkin seminggu atau mungkin hanya beberapa hari je. B, mami mohon kali ni tolong dengar cakap mami. Mami tak sanggup nak tengok b menderita. So mami dah decide, mami nak b kahwin."

Aira terus meleraikan pelukan.

"Nonsense, apa yang mami cakap ni?" marah Aira.

"No, its not nonsense b. Sebagai seorang ibu, mami nakkan yang terbaik buat b. Mami taknak b sedih. B tau tak, kalau b dan Danny dah kahwin mami takkan rasa bersalah lagi untuk tinggalkan b. Mami tau Danny lelaki yang baik. Dia boleh jaga b." luah wanita itu lemah.

"No, kenapa mami nak tinggalkan b? B mohon jangan.." rayu Aira sedih.

"B, ni bukan rayuan tapi ini permintaan terakhir mami. Mami nak sangat tengok b kahwin. Mami cuma takut mami tak sempat. Tolong mami. Tolong tunaikan permintaan terakhir mami." rayu wanita itu lagi sambil mengengam tangan anaknya.

Aira hanya terdiam kaku.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now