Ending 🦋🤍

4.7K 173 13
                                    

Jadi bermulalah tempoh berpantang bagi seorang insan yang bernama Airabella.

Di dalam bilik

Sudah hampir seminggu Aira menjalani tempoh berpantang. Sepanjang tempoh berpantangnya dia telah dijaga oleh kakaknya, Sheila dan juga ibu tiri Danial, Lily.

Saat itu, Aira baru sahaja selesai mengisi perut dengan nasi putih dan ditemani dengan seekor ikan bakar yang dibakar khas oleh suaminya, Danial Lee yang cuti pada hari itu.

Sepanjang tempoh berpantangnya, dia banyak menghabiskan masa dengan berada di bilik sahaja.

Ye lah normal la tu kan ? Dia baru sahaja lepas bersalin, jadi dek masih berasa sakit dia memilih untuk berehat di bilik sahaja.

Nak bergerak pun dia tak larat inikan lagi nak berjalan ke ruang tamu.

Eh lagi dia tak larat. Rasa sakitnya masih menerkam dirinya.

Sementara kedua - dua bayi kembarnya, sedari tadi sudah dilamun mimpi indah dalam katil bayi khas yang dibeli oleh atuk mereka iaitu, Dato' Qayyum dan Tan Sri Aiman.

Sebagai hadiah katanya hehe.

Cieee. Hehehe. Sudah tidur maksudnya..🙈

Mungkin kerana sudah kekenyangan selepas diberi susu.

Aira terus senyum manis sejurus melihat anak kembarnya itu sedang lena tidur.

"Tidur pun comel anak mummy dengan daddy ni . Jadi anak yang soleh dan solehah tahu." ucap Aira pendek sambil senyum manis.

Dia terus sengih nampak gigi sejurus kelibat suaminya muncul di situ.

Danial saat itu mula menghampiri ke arah buaian anak mereka berdua.

"Lena tidur dah anak - anak daddy ni. Mimpi indah nak." ucap Danial lembut.

"Daddy, daddy cuti sampai bila ?" soal Aira yang memulakan perbualan sejurus dia menutup iphonenya.

Aira terus mencebik sejurus melihat Danial mengabaikannya.

Danial saat itu hanya leka bermain iphonenya sahaja.

"Daddy ni dah kenapa ? Mummy tengah tanya ni kan ? Daddy ?" marah Aira saat melihat Danial ketika hanya senyum daritadi.

Yang paling Aira bengang adalah suaminya daritadi asyik senyum sahaja apabila bermain telefonnya.

Entah apa yang dimainnya itu.

"Suka hati daddy lah. Mummy penat tahu tak ? Mummy tanya daddy, daddy tak jawab pun ! Kesal mummy !" luah Aira yang mula jeling ke arah Danial.

Sakit hatinya saat dia melihat Danial masih lagi berkepit dengan iphonenya.

Soalannya langsung tidak dijawab oleh Danial.

"You dah makan ke ? Kalau tak i suruh akak siapkan makanan buat you." soal Aira yang sudah ber i, you.

Tampak sekali saat itu Aira sudah tiada mood. Buktinya dia sudah menukar cara panggilannya yang dari mummy, daddy kepada i, you.

Laju tangan Aira melempar bantal ke arah Danial dek dia bengang dengan sikap suaminya itu yang sedari tadi asyik mengabaikannya.

Danial masih lagi pura - pura bermain iphonenya lagi saat itu walaupun telah dipukuli dengan bantal.

"Suka hati you lah. I malas dah nak layan you ! Akak, akak !!!! Aira dahaga. Nak air." panggil Aira lantang yang memang tampak sudah tiada mood.

Wajah suaminya tidak lagi dipandangnya.

Dia hanya bermain iphonenya sahaja.

Danial terus menutup iphonenya saat melihat wajah isterinya yang sudah masam seperti cuka.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now