Dating di Sephora 🦋

1.8K 153 1
                                    

Masuk sahaja di mall, Aira terus meluru ke Sephora. Danial hanya jeling apabila dirinya juga diheret sekali oleh gadis itu. Danial hanya menunggu di hadapan pintu keluar kedai kosmetik tersebut, mana taknya kedai itu hanya menjual barang - barang kosmetik wanita menyebabkannya langsung hilang minat.

Aira kelihatannya masih sibuk memilih kosmetik. Hampir 3 jam menunggu Aira, akhirnya gadis itu baru selesai memilih kosmetik.

Danial terus membawa produk kosmetik pilihan Aira ke kaunter bayaran, Aira disuruhnya tunggu di luar kedai itu.

Juruwang di kedai itu terus tersenyum.

"Encik selalu ke belanja kat sini ?" tegurnya sambil khusyuk mengira harga produk - produk tersebut.

"Jangan salah faham, ni bukan barang i. I tolong bayar je." ucap Danial perlahan.

"Saya tak cakap pun ni produk encik, pape encik sporting gila." puji juruwang itu lagi.

"Haa I tolong bayarkan je, calon isteri i yang pilih. Btw produk ni semua, macam ada function sama je, ke berbeza ? Sorry, soalnya i kurang tahu." tanya Danial sambil renung kearah produk yang menjadi pilihan Aira.

"Ha'aa produk ni produk yang sama. 3 daripadanya foundation, 4 daripadanya concealer, yang 3 ni concealer then....."

"How much ?" potong Danial tanda tidak berminat untuk ambil tahu.

Dia terus mengeluarkan dompetnya.

"Oh semuanya RM 900 encik, nak bayar pakai kad or cash ?" tanya juruwang itu ramah sambil memasukkan kesemua produk tersebut kedalam plastik.

"Cash je, nah." Danial terus hulur not RM 900 ringgit kepada juruwang tersebut.

"Ok thank you encik, nanti datang lagi ya. Hmm encik boleh kita bergambar ?" tanya juruwang perempuan itu.

"Bergambar ? Dengan i ? Why ? I bukan artis." tanya Danial kerana dia tiada mood untuk bergambar.

"Memang encik bukan artis, tapi muka encik mirip artis. Tapi saya lupa nama dia. Ala, saya lupa. Tapi encik memang hensem." puji juruwang itu ramah.

"Haha ada - ada je u. Takdelah i biasa je ! Oh nak bergambar eh ? Okay, kejap !" Danial terus panggil Aira.

"Nak bergambar kan miss, jom !" ajak Aira tiba-tiba.

"Miss tolong ambilkan gambar saya dengan dia eh." pinta juruwang tersebut sambil menyerahkan telefonnya kepada gadis yang berambut perang itu.

"Your pleasure, sure." respon Aira sambil senyum sinis.

"Okay ! 1,2,3 done !" jerit Aira laju sejurus selesai mengambil gambar.

Telefon milik juruwang tersebut terus diserahkan semula kepada juruwang tersebut.

"Btw miss, dah tak perlu edit gambar tu dah cantik." tutur Aira sambil heret Danial keluar dari kedai kosmetik tersebut.

Juruwang tersebut terus tepuk dahinya.

"Eh perempuan tu ! Satu gambar pun tak elok dia ambil ! Muka aku blur je. Takde seni langsung!" bebel juruwang tersebut.

"Nak bergambar konon." bebel Aira tidak puas hati sejurus sampai di restoran kegemarannya.

"Kau dah kenapa ? Daritadi lagi aku perati muka kau merah dah macam bom nak meletup, asal ni?" tanya Danial berserta dengan gelak tawa.

"Diamlah kau monyet !" maki Aira tiada mood.

Sampai sahaja minuman yang diordernya, Aira terus sedut jus epal itu. Pipi gebunya terus dijentik oleh Danial seperti biasa dengan menggunakan kunci keretanya. Functionya kunci kereta Danial Lee. Hahaha.

"Kalau ye pun dahaga, baca doa dulu !" tegur Danial serius sambil merampas minuman Aira. Lantas minuman tersebut diminumnya.

"Aku dah bacalah dalam hati, eh kau ni monyet memang cari pasal kan. Air aku pun kau nak kebas. Tadi aku suh order, gedik taknak order !" marah Aira lagi sambil mengunyah ayam mcd kegemarannya.

"Nak sikit, suap aku ?" pinta Danial sambil nganga mulutnya.

"Alaaa kesian anak mama, lapar ye." usik Aira sambil acah - acah suap Danial, padahal dia sendiri yang makan ayam tersebut.

"Kalau tak ikhlas baik tak payah !" marah Danial sedikit kecewa. Aira terus sumbat tulang ayam tersebut ke dalam mulut Danial.

"Nah have fun monyet !" tutur Aira sambil gelak. Danial hanya jeling Aira.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now