Epilog 9 : Honeymoon ke LA🤍

2K 120 23
                                    

Di rumah Aira (Malam itu)

Kelihatan Danial, Johan, Liyaa dan Aira sedang berborak di ruang tamu. Sementara mereka yang lain tentu sudah mengisi perut di dapur.

Aira leka berbual kosong dengan Liyaa.

Begitu juga dengan Danial dan Johan.

Ada saja yang hendak diborakan. Entah apa yang diborakan mereka.

"Seriuslah nak pergi honeymoon ?" soal Johan dan Liyaa serentak seakan tidak percaya.

Mata mereka berdua sudah terlopong dek terkejut.

"Iya lah bro ! Yang kau nak terkejut sangat ni dah kenapa ? Dengki eh sebab tak dapat honeymoon ? Tu lah cepat - cepat lah nikah dengan si Liyaa ni. Jangan bertunang lama sangat." perli Danial padu.

Eh Danial Lee ni sempat lagi dia memerli pasangan dua sejoli itu.

Liyaa terus sengih tanda dia malu.

Johan juga sama.

Aira hanya gelak kecil. Lucu dia melihat karenah suaminya itu. Ada - ada sahaja si Danial Lee ini.

"Mana ada aku dengki bro. Kitorang cuma terkejut je. Ye lah Aira kan tengah pregnant lepas tu boleh pula kau ajak pergi honeymoon. Aku tahulah kau suami yang sweet." respon si Johan.

Danial terus gelak besar.

Bahu Johan terus ditepuknya kasar.

"Memang aku sweet ! Tapi bro ni aku ajak wife aku pergi honeymoon sebab sebelum ni kitorang mana sempat pergi honeymoon. Pergi kelas je. So sebab tu aku ajak wife aku pergi honeymoon. Tebus balik orang kata." ujar Danial sambil senyum sinis.

"Yelaa yelaa aku faham. Haish ! Takpe nanti bila aku dan Liyaa dah kahwin aku ajak pergi honeymoon juga." ujar Johan yang tak mahu kalah.

Mereka berempat terus gelak besar. Terhibur dengan karenah masing - masing.

Jap - jap mesti korang tertanya - tanya akan keberadaan si Shaila kan ?

Okay meh sini nak bagitau, sebenarnya si Shaila sudah pun menjadi isteri yang sah kepada Abang Am sejak 3 bulan yang lalu.

Jadi saat ini Shaila sudah tidak lagi menetap di Kuala Lumpur. Sebaliknya dia sudah menetap di Kelantan, iaitu kampung suaminya sendiri.

Disebabkan itulah, kelibat Shaila sudah lama tidak muncul. Kalau dia ada sudah tentu dia akan berkepit dengan Aira.

Mana taknya mereka berdua kan BFF.

FOREVER BEST FRIEND eh silap !!! BEST FRIEND FOREVER !!!! 🌹🤍

"Weh bro, macam mana kau boleh couple dengan Aira eh ? Ye laa aku kan kenal korang pun, korang dah kahwin. So aku nak tahulah. Macam mana kau pikat Aira. Aku yang playboy ni pun fail untuk pikat Aira." tanya si Johan ingin tahu.

Aira terus gelak kecil sejurus mendengarkan soalan dari Johan.

Dia terus sengih nampak gigi sejurus dirinya dipeluk lama oleh Danial.

Danial sempat juga mengenyitkan mata ke arah isterinya.

"Takyah tahu lah. Biar kitorang je yang tahu." respon Aira dan Danial serentak sambil senyum sinis.

Johan dan Liyaa terus mencebik tanda kesal.

Saat itu kenangan lama mula bermain -main di fikiran pasangan suami isteri itu. Aira dan Danial hanya senyum manis.

Kalau diingat balik, lucu juga awal fasa bermulanya kisah percintaan mereka berdua.

Geli hati mereka jika teringatkan balik kenangan lama. HAHAHA.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now