Aira dapat kawan baru 🖤 🦋

1.6K 99 1
                                    

Shaila terus melabuhkan punggung disebelah Aira tanpa disuruh.

Aira yang sedang khusyuk menjamu selera tidak sedikitpun mempedulikan kehadiran rakan sebiliknya.

Manakala Shaila pula, seperti kebiasannya asyik berbicara walaupun Aira tidak memberikan sebarang respon.

Johan terus meluru kearah meja yang didiami gadis idamannya.

Dia terus menyuruh Shaila memberikan kerusi miliknya kepadanya.

Shaila terus akur dan mula bangun dari kerusinya.

Belum sempat Johan hendak membuka bicara, gadis itu terus bangun dari kerusi.

Dia terus mengheret Shaila beredar bersamanya.

Johan kelihatan sedikit terkejut dengan tindakan drastik gadis itu. Semua mata pelajar lain terus tertumpu kearah Johan.

"Apa pandang-pandang ? Tak pernah tengok orang?" maki johan bengang sejurus bangun dari kerusi.

Dia juga mula beredar dari kafe kerana malu.

Di bilik Doktor Hazim

Laila terus senyum apabila nampak kelibat Hazim meluru masuk kedalam biliknya.

Hazim yang masih memakai baju seragam doktornya hanya selamba memandang Laila.

"Kau nak apa ?" tanya Hazim acuh tak acuh.

Laila terus jeling lelaki itu.

"Kau nak Aira kan ?" Soalan Laila sedikit mengejutkan Hazim.

"So, apa kaitannya ? That my business not your business."

Laila terus bangun dari kerusi dan segera menghampiri Hazim.

Lantas pipi Hazim dipegang.

"Syhhhh don't say no. Actually itu urusan kita berdua !"

Hazim terus tepis tangan Laila.

"Apa maksud kau ?"

Lelaki itu seakan tidak faham.

"Bodoh juga kau eh, nama aja doktor. I mean...aku nak Danial, kau nak Aira so why not kita bergabung ? Aku boleh dapatkan Aira untuk kau, macam mana ?" tawar Laila senang hati.

"Okay aku faham, tapi how ?" Hazim mula mencapai kata sepakat.

Laila terus angkat sebelah keningnya. Dengan serta - merta satu senyuman sinis terpancar di wajahnya.

Di dorm Aira

Aira mula hairan apabila rakan sebiliknya mula menangis.

Shaila, Liyaa dan Ana sedari tadi asyik menangis sebaik sahaja mereka balik ke dorm.

"Kenapa dengan korang ni ?" tanyanya pelik.

"Hmm, ketua bencikan kami semua ke ?" taanya Shaila mewakili yang lain.

"Bila masa aku cakap aku bencikan korang ? Jangan nak judge aku eh !" marah Aira pula.

"Tapi since dari first day ketua masuk asrama lagi ketua tak borak pun dengan kitorang. Kitorang tegur ketua pun ketua tak layan, apa salah kitorang ?" tanya Shaila lagi.

Aira segera hulur satu kotak tisu kepada shaila.

"Dah lap air mata korang. Takvpayah nangis buruk jadinya. Aku tak pernah benci siapa-siapa pun. Niat aku baik, aku nak stay hostel tanpa ada sebarang masalah." luah Aira memberi penjelasan.

"Tapi kenapa korang still beria nak kawan dengan aku eh ? Siap panggil aku ketua bagai, peliklah korang ni. Kalau orang lainlah, mesti dah taknak kawan dengan aku." tanya Aira pula.

"Kitorang ikhlas nak kawan dengan ketua, pada mulanya Liyaa ingat ketua ni sombong tapi Liyaa tahu hati ketua baik. Hmm Liyaa terus kagum dengan ketua. Sekarang ketualah ketua kitorang. Lagipun..."

"Lagipun apa ?" tanya Aira pendek.

"Lagipun ketua cantik sangat ..."

Liyaa sempat gelak.

"Sempat lagi korang kan, aish dah meh sini."

Keempat - empat gadis itu mula berpelukan.

"So now kita dah official jadi sahabat ye !"jerit Shaila gembira.

Mereka berempat terus meleraikan pelukan.

"Hmm, aku sebenarnya tak kisah pum kalau nak ada ramai kawan ! Cuma aku nak warning. Jangan sesekali tikam aku dari belakang okay? Kalau ada salah faham bincang and kalau ada masalah bagitau. Aku memang tak pandai nak pujuk orang yang tengah sedih. Soo...lets wrap for today !" Aira ingin tutup perbualan.

"Jap ketua, apakata kita berkenalan semula ?" cadang Ana mula membuka bicara.

"Haa yela."

Aira mula akur.

Mereka berempat terus berborak.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now