Epilog 2 - Aasudah perang ke ? 🦋

2.1K 123 0
                                    


Di dapur

"Hmm hubby, b nak keluar kejap boleh ?" tanya Aira penuh sopan usai sahaja mereka berdua bersarapan.

"B nak pergi mana ? Awal pagi pula tu ?" soal Danial yang mula merenung wajah isterinya lama.

"Hmm jumpa kawan. Boleh kan hubby ?" tipu Aira yang mula cuak.

Dia terus lagi cuak sejurus suaminya bangun. Danial terus mengikat rambut isterinya tanpa diminta oleh Aira.

"Boleh je, nak hubby hantarkan tak ?" soal Danial pula sejurus selesai mengikat rambut isterinya yang berwarna perang itu.

"Takpe - takpe. B boleh pergi sendiri. Thank you hubby. Tapi hubby nak keluar pergi mana ? Boleh drive ke ? Hubby kan masih lemah." tanya Aira pula yang mula berdiri.

Bahu isterinya terus dipegang lama.

"Takyah risau. Hubby okay je. Oklah b. Drive safe." ucap Danial sejurus dia mencium pipi isterinya.

Aira hanya diam lama saat itu. Kelibat suaminya yang mula menghilang hanya dipandangnya sahaja.

Malam itu

"B. Baby, baby." panggil Danial lantang. Dia kelihatan sangat gembira saat itu. Entah apa yang mengembirakannya.

Nampak sahaja kelibat isterinya, tubuh kecil isterinya terus dipeluknya erat.

"Baby, baby nak tahu tak. Hubby happy sangat ! "luah Danial penuh gembira.

Aira juga kelihatan gembira saat itu.

"Kenapa hubby ?" soal Aira yang mula pura -pura tidak tahu.

"Tengok ni !" tunjuk Danial ke arah skrin iphonenya.

"Alhamdulillah. Hubby dah dapat kerja. Wah pilot pula tu. Congrats hubby !" ucap Aira sambil peluk suaminya pula.

"Hubby pun speechless. Hubby taktahu pula yang hubby akan dapat job ni. Alhamdulillah maknanya tadi iv hubby dah lulus la. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah." ucap Danial penuh syukur.

Aira hanya mengusap belakang suaminya lama. Kini dia gembira apabila melihat suaminya gembira.

Keesokan harinya

Di bilik

Danial terus menghampiri isterinya yang masih lagi tidur.

"Morning sayangku." bisik Danial di telinga isterinya yang masih lena tidur.

Dia terus senyum melihat gelagat isterinya itu.

"B, hubby nak keluar jap. Alang - alang hubby tengok barang kat dapur macam dah habis, so biar hubby la pergi beli barang dapur. B ada nak kirim pape ?" soal Danial sambil mengusap rambut isterinya.

"Hmm okay." respon Aira yang masih mamai. Mengantuk sekali dia saat itu.

Selepas sahaja dia solat subuh berjemaah dengan suaminya, dia menyambung tidurnya kembali.

"Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Hehe comel." puji Danial yang mula sengih nampak gigi.

"Mengantuk sangat b ni. Oklah hubby pergi dulu." ucap Danial sejurus dahi isterinya dicium seketika.

Di Petronas

Danial yang selesai mengisi minyak keretanya terus membuka pintu keretanya.

"Danial Lee !"

Dia terus berpaling ke belakang sejurus namanya dipanggil.

Riak wajahnya terus berubah saat melihat pemilik wajah yang memanggil namanya tadi.

"Macam mana happy bro sekarang ?" soal Rayyan yang mula menghampiri Danial.

"Happy ? Mestilah aku happy. Aku bahagia dengan isteri aku. Eh silap dengan baby aku !" respon Danial berserta dengan perlian.

Huh ! Baby !" keluh si Rayyan.

Rayyan terus jeling saat itu. Menyampah sekali dia saat itu.

"Kau dah silap bro ! Aku tak maksudkan kebahagiaan kau dengan baby kau tu. Aku cuma nak ucap tahniah dekat kau sebab kau dah dapat kerja. Pilot pula tu. Satu lagi jangan lupa diri ! "ucap Rayyan sambil tuding jari ke arah Danial.

"Lupa diri ? Apa maksud kau ? Aku tak faham !" respon Danial yang mula hairan.

"Wife kau !" ujar Rayyan yang masih menuding jari ke arah wajah Danial.

"Maksud aku, baby kesayangan kau minta tolong aku. Tolong apa ? Dia suruh aku tolong luluskan IV kau. Jadi bro kau patut berterima kasih dekat aku ! Jangan nak berlagak sangat !" ucap Rayyan pedas sambil tepuk bahu Danial berulang kali.

Danial nampak terkejut saat itu. Tangannya terus dikepal. Wajah Rayyan direnungnya tajam.

Kini mereka berdua saling merenung antara satu sama lain





















NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now