Lamaran Danial ditolak ? 🦋

1.7K 130 1
                                    

Ketika mereka membeli iphone tadi, Danial dengan lajunya menyimpan nombornya di buku kenalan iphone tersebut. Saat itu mereka berdua pun mula bertikam lidah lagi dek gara - gara nama yang disave oleh Danial.

"Laa asal kau save hubby ?" soal Aira sejurus membuka buku kenalan iphonenya.

"Kenapa ? Salah ke ? Lagipun aku tak rasa salah juga kalau aku save "hubby" sebab nanti  kita memang akan kahwin juga." terang Danial pula.

"Yes tapi bukan sekarang, bukan esok and bukan saat ni ! So tak payahlah save nama macam ni." marah Aira serius.

"Hmm, aku bukannya apa. Kita dahlah beraku - kau, so sekali - kala why not kita jadi macam pasangan lain. That why aku save macam tu. Biar sweet sikit even kita memang dah sweet !" terang Danial jujur.

Aira hanya jeling Danial.

"Tak payahlah, aku tak suka."

Maki Aira lalu segera menukar nama tersebut.

"Yang ni aku suka !" ucap Aira sambil tunjuk iphonenya kearah Danial.

"My monyet ? Kejam betul kau, punyalah cantik aku save nama kau ! Kau pula save nama aku monyet, takde nama lain ke ? "keluh Danial sedikit kecewa.

"Takde !" Aira terus gelak.

"Terima la hakikat yang muka kau macam monyet ! Alaa monyet pun aku sayang tau, kau patut bersyukur." Aira masih gelak.

"Suka hati kaulah b ! Asal kau bahagia !" tutur Danial acuh tak acuh.

Di dalam bilik Aira

Aira kemudiannya terus baring ke atas katilnya. Iphone tersebut terus dimatikan.

Sungguh ketika saat ini, dia tidak mampu untuk berfikir. Saat ini dia hanya perlu berehat. Akhirnya dia terus tertidur usai menelan ubatnya.

Di kafe

"Apa ? Danny lamar Aira ?" tanya Laila bengang.

"Hmm, tu lah pasal. Aku yang ada kat sana pun terkejut beruk. Apatah lagi Aira." terang Adam sambil meneguk air kopi.

"Tak guna, tak perkara tu takkan terjadi ! Aku kena buat something and aku perlukan pertolongan kau."

Adam segera kenyit mata.

"Macam biasalah bos, bayarannya mana ?"

Laila terus jeling Adam. Dia terus tunjuk garpu kearah Adam.

"Kau nampak garpu ni ? Better kau buat kerja kau kalau kau nak melihat lagi ! Kang buta kau nanti !" ugut Laila.

"Yela bos !" Adam terus akur kerana cuak.

Di rumah Aira

Datin Maria terus mengeluh berat.Wajah Aira dipandang penuh kasih sayang.

"Dua hari sebelumnya, Danny ada jumpa mami dekat butik. Hmm dia juga dah mintak izin mami untuk propose b."

Aira terus naik hantu apabila mendengar penjelasan maminya.

"So mami pom dah tau ? Jadi selama ni mami berpakat dengan Danny ? Apa semua ni mami ?Apa yang korang expect dari b ? B akan kahwin ?Macam tu ? Mami tak logik and tak masuk akal ok kalau mami support Danny. B masih muda, 18 tahun mami ! B tak ready lagi nak jadi isteri dia. Mami pun tau kan." marah Aira tidak puas hati.

Satu keluhan berat dilepaskan lagi.

Wanita itu mula teringat akan perbincangannya dengan Danial tempoh hari.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now