Senyumanmu terlalu comel 🦋

2.3K 159 5
                                    


Di rumah Laila

"Nah, kau guna duit ni. Pergi beli ubat, takpun pergi bersihkan luka kau. Jijik aku tengok. " arah Laila sambil hulur not 50 ringgit kepada Adam.

Adam terus pegang pipinya.

"Gila kau, 50 ringgit je. Mana cukup perempuan ! Danial tumbuk aku bertalu - talu, dah lebam biji mata aku, so tak cukup. Bak sini 100 ringgit." arah Adam tegas.

Laila terus jeling Adam, lantas not 100 ringgit diserahkan kepada Adam.

"Dah pandai nak demand eh kau, dah berambus dari rumah aku and ingat starting tomorrow,
jangan nak gedik pergi kelas. Kang tak pasal - pasal rahsia kita bocor ! Dah berambus sekarang !" halau Laila sejurus menolak tubuh gempal lelaki itu keluar dari rumahnya.

Pintu rumah terus ditutup kasar.

Adam hanya jeling.

"Kedekut betul, kerja yang kau bagi punyalah susah tapi upah hampeh." keluh Adam yang masih memegang pipinya yang sedari tadi sudah lebam dan berdarah.

Di tempat parkir kenderaan

Perlahan - lahan kelopak matanya dibuka, dia cuba untuk berdiri. Kepalanya terus disentuh. Danial terus mengeluh berat apabila melihat darah ditangannya, kepalanya mula berasa berat dan sakit.

Danial gagal untuk bangun dek kerana pendarahan di kepalanya.

Lantas, iphone dari poket seluar jeannya diambil.

Dia cuba menghidupkan iphonenya dan apabila iphonenya berjaya dibuka terus mendail nombor seseorang.

Dengan serta - merta iphonenya terlepas dari tangannya dan jatuh ke atas jalan apabila tubuhnya mula hilang kawalan buat kali yang kedua.

Di Hospital

Usai sahaja menerima rawatan, akhirnya Danial segera membuat bayaran di kaunter bayaran.

"Encik, tak kena warded ke ? Sepatutnya dengan keadaan encik sekarang, encik patut kena warded." tegur jururawat yang bertugas.

"No nurse, keadaan saya okay. Lagipun saya dah mintak kebenaran dengan Doktor Hazim, dia dah setuju untuk bagi saya discharge. Btw saya busy lately dengan kelas lagi. Maklumlah student sebab tu saya tak boleh kena warded. Berapa eh nurse ?" soal Danial sambil membuka dompetnya.

"Soal bayaran encik jangan risau, dah ada orang bayar pom." respon jururawat itu lagi.

"Dah bayar ? Siapa nurse ?" soal Danial serius tapi masih tetap senyum.

"Entah saya pom taktau, tapi tadi masa encik dirawat ada sorang perempuan. Perempuan muda sebaya encik, dia tolong bayarkan rawatan encik. Katanya dia kekasih encik." terang jururawat itu sambil senyum.

"Btw encik boleh tolong jangan senyum ?" pinta jururawat itu pula.

"Jangan senyum ? Kenapa eh ?" soal Danial pelik.

"Tak kuat saya nanti encik. Encik terlalu kacak ! Kalau encik senyum lagilah saya tak kuat." ujar jururawat itu jujur.

"Hm, sorry for ask, tapi macam mana rupa that girl ?" tanya Danial serius.

"Takpe encik, seingat saya perempuan tu tinggi lampai dan kulit sawo matang. Haaa yang penting muka dia ada iras pelakon Aprena Manrose, ala Aprena yang ......"

"Keluarga Senrose, saya pom kenal artist tu. Okaylah nurse, thank you for that info. Btw nah saya bayar sekali lagi. Yang pasal bayaran tadi, awak boleh ambik je duit tu. Tapi yang ni baru bayaran yang real. Satu lagi girlfriend saya bukan dia." ucap Danial sejurus meletakkan not RM 50 keatas meja pendaftaran.

Dia segera beredar dari situ dengan dahi yang berbalut.

"Tapi encik, balance 20 ringgit ni nak kasi siapa ?Laaa makin aku panggil, makin hilang kelibat dia. Hm rezeki kau Mina harini, bersyukur jela. Dahlah hensem, baik pula tu." ucap jururawat yang mula senyum bahagia.

Di rumah

Dua hari kemudiannya, pembalut di dahinya mula dia buang.

Walaupun dahinya masih berdarah, namun dia tetap kuat semangat. Danial segera mencuci lukanya dengan kain basah. Perlahan - lahan dia membersihkan lukanya.

Selesai mencuci luka lantas, dia ambik tisu dan lap dahinya yang masih ada kesan luka.

Lantas, kunci kereta miliknya terus dicapai.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now