Aira tinggalkan Danial ? 🦋

1.9K 114 0
                                    

Aira terus tersedar daripada tidur sejurus dengan serta-merta iphonenya terus berdering menandakan ada panggilan masuk.

Aira masih waswas samada untuk menerima panggilan tersebut atau hanya menolaknya sahaja kerana nombor itu tiada dalam kenalannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menerima panggilan tersebut. Sempat juga dia kerling ke arah suaminya yang masih lagi tidur.

"Hello." sapa satu suara di talian.

"Johan ? Kau Johan kan ? Macam mana kau boleh dapat nombor aku ?" soal Aira setelah mengenali suara tersebut.

"Haa I Johan, wah pandai you guess. I dapat nombor you dari instinct I je." sakat Johan.

"Serius lah, mana kau dapat nombor aku ?" marah Aira.

"Yelaa I ambil dekat Prof. Ni I call u just nak bagitau yang esok kita ada kelas." terang Johan mula serius.

"Hah ? Seriously ? Bukan ke esok kita masih cuti ? Asal ada kelas pula ? Kau tak tipu kan ?" Aira inginkan kepastian.

"Yela I tak main - main pun. I serius ni. Esok kita ada kelas. Prof cakap nak bincang pasal lawatan kat Kelantan tu. So dia suruh I kasitau you."

Aira mula diam seketika.

"Hmm, jam berapa ?" tanyanya pendek.

"Around kul 9 pagi esok." ujar Johan pula.

"Hmm, k." balas Aira tiada mood.

"Okay you. Goodnight....."  Ayat Johan terus tergantung di situ kerana Aira sudah end call.

Johan hanya senyum.

Di dalam bilik Aira kelihatannya sedang lagi berfikir.

Wajah Danial terus dipandangnya lama. Ingin sahaja dia kejutkan Danial sekarang namun dia batalkan sahaja hasratnya kerana dia tidak mahu menganggu tidur Danial.

Aira memilih untuk memberitahu Danial tentang hal itu pada esok hari.

Pagi itu, Aira bersiap awal.

Tepat sahaja jam 7pagi, dia sudah selesai menyiapkan sarapan buat Danial.

Danial masih lagi berehat selepas selesai solat subuh dengan isterinya tadi.

Aira terus senyum apabila melihat Danial sudah tidur semula.

Lantas bubur buatannya terus diletakkan keatas meja berserta dengan segelas air putih yang masih suam.

Laju tangannya mencapai sehelai kertas. Laju dia terus mengambil sebatang pen dan jarinya mula menulis di atas kertas tersebut.

Selesai sahaja menulis, dia terus meletakkan kertas tersebut ke atas meja.

Dia terus mencium dahi suaminya seketika.

Aira segera mencapai beg tangannya. Dia mula beredar dari kondo Danial.

Dia sebenarnya lagi terburu-buru kerana dia perlu pulang ke hostel dahulu untuk mengambil laptopnya.

Di bahu jalan

Aira kelihatannya risau.

Matanya asyik melirik jam di skrin iphonenya. Sudah jam 7.50 pagi namun dia masih tidak dapat menahan mana - mana teksi lagi.

Aira terus berasa lega apabila ada sebuah kereta yang mula berhenti di bahu jalan.

"Jomlah I hantar you Aira." ajak Johan setelah keluar dari kereta.

Pada mulanya Aira enggan tetapi akhirnya dia akur, setelah dipujuk oleh Johan.

Lagipun dia tidak mahu terlewat ke kelas.

Di kondo

Danial yang mula sedar dari tidur terus mengeluh berat.

Dia terus mencapai kertas yang ditinggalkan Aira yang tertera:

~Sorry Danny, aku tak dapat nak tunaikan janji aku. Aku ada kelas harini. Sorry again. Gws ok ? Takecare and bila kau dah bangun jangan lupa makan. Aku ada masak bubur lebih sikit harini. Pagi ni kau makan yang aku dah letak atas meja, yang selebihnya aku simpan kat dalam peti ais. Nanti panaskan dulu before makan okay? Sayang kau. Yang ikhlas b.

Danial terus merenung mangkuk bubur tersebut. Dia terus tiada semangat untuk makan bubur tersebut setelah mendapati Aira mungkir janji.

Di dalam kereta, Aira hanya diam sahaja.

Rasa bersalahnya pada Danial mula bersarang di fikirannya. Johan hanya fokus kearah pemanduannya.

"Phone you berdering tu." ujar Johan tiba - tiba.

Aira terus mematikan iphonenya sejurus menolak panggilan Danial.

"Kenapa tak jawab ?" tanya Johan pula.

"Saja !" ucap Aira pendek.

"Oh okay. " balas Johan mula mengerti.

Di kondo

Danial terus merenung cincin berlian di atas meja.

Nampak sahaja cincin itu dia terus teringatkan dengan perbualannya dengan Aira tempoh hari. Waktu itu,  dia dan Aira baru sahaja selesai menziarahi kubur arwah mami Aira dan arwah mamanya sendiri.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now