Bab 61 - Gaduh tengok bola 🤪🦋

2.5K 136 3
                                    

Di Rumah

Danial bahagia sekali ketika itu. Dia masih menggunakan kerusi roda. Disebabkan keadaan dia yang masih lemah, Aira melarangnya untuk tidak menggunakan kerusi roda.

Tetapi dia bahagia kerana mempunyai isteri seperti Aira. Aira menjaganya dengan penuh kasih sayang.

"Nah makan dulu." ucap Aira lembut sambil sua sudu yang berisi bubur ke arah mulut Danial.

Danial terus menuruti kemahuan dari isterinya.

"Sedap tak ?" soal Aira sejurus melihat reaksi wajah suaminya.

Danial sengaja sebenarnya. Dia sengaja ingin menyakat isterinya.

"Sedaplah. Thank you wifey sebab jaga aku." ucap Danial tulus.

"Eh mestilah, kau kan suami aku." respon Aira lembut.

"Eh b lupa pulak, bila kita nak bina family kecil kita ? Kata lepas grad. Janji palsu je !" sakat Danial sambil buat muka tiada mood.

Aira terus mencubit pipi suaminya.

"Eh kesitu pula dia. Dahlah b nak basuh baju jap. Hubby restlah dulu okay." ucap Aira mula tukar topik.

"B ? Hubby ?" soal Danial pula.

"Yup. Comel kan nama panggilan tu. So mulai sekarang i panggil you hubby." ucap Aira sambil sengih nampak gigi.

"Tapi i taknak panggil you b. I nak panggil you baby. My only one baby." ucap Danial lembut sambil pegang pipi isterinya.

"Manja semacam je dia ni. Nak apa sebenarnya ni ?" soal Aira mula curiga.

"Hubby nak stay up malam ni boleh ? Hubby nak tengok bola. Please." pinta Danial sambil buat muka comel.

"Yelah yelah. Malam ni je." ucap Aira akur dengan kehendak suaminya. Bukan apa dia sejenis tidak minat dengan bola jadi sebab tu dia tiada mood.

Dan satu lagi, nak tak nak dialah yang kena menjadi peneman suaminya untuk menonton perlawanan bola sepak tersebut.

Malam itu

Danial kelihatan leka menonton perlawanan bola sepak itu. Manakala Aira pula sedari tadi sudah tersengguk-sengguk dek rasa mengantuk. Tetapi demi suaminya dia tahankan jua rasa mengantuknya.

"Yes gol !!" Bergema isi rumah itu dengan jeritan lantang dari Danial.

Aira hanya bermain iphonenya tanda dia malas layan. Sesekali dia terlena jua di atas bahu suaminya.

"Yes gol !!!!" Bergema sekali lagi isi rumah itu dengan jeritan Danial.

Aira terus terjaga dek kerana jeritan dari suaminya itu.

"Tengok you kan i dah cakap, MU akan menang punya." ujar Danial penuh teruja.

Aira hanya senyum sinis. Dia tidak minat dengan bola sepak sesungguhnya. Jadi dia layan sahaja kerenah suaminya.

"Hubby, i ngantuk. Dah habis kan ?" tanya Aira yang sedari tadi asyik menguap.

Danial terus sengih nampak gigi.

"Tidur sinilah b. Belum habis lagi, hehe i nak tengok lagi." ucap Danial sambil tunjuk ke arah pahanya.

Aira terus jeling tajam.

"You pilih bola dari i ? Hish hubby ni !" marah Aira sambil mencebik.

Aira terus mengikuti arahan suaminya sejurus melihat tiada respon dari suaminya. Danial hanya mengabaikannya. Dia lebih memilih untuk menonton bola lagi. Fokus sekali dia saat itu.

Aira yang sudah baring di atas paha suaminya hanya bermain iphonenya seketika.

Kesal sekali dia saat itu.

Tak sampai 5 minit, dia terus terlelap di atas paha suaminya.

Danial terus menutup tv saat perlawanan bola yang ditontonnya itu tamat. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi di skrin iphonenya.

Dia terus sengih. Dia sengih kerana dia puas hati dengan perlawanan bola yang ditontonnya. Dan satu lagi kerana MU memang. Betapa gembiranya dia saat itu.

Tubuh kecil isterinya yang sedari tadi sudah terlena terus didukungnya. Dia terus membawa isterinya ke bilik.

Tubuh kecil isterinya terus dibaringkan ke atas katil. Kemudian dia terus meluru ke arah ruang tamu semula dan pap ! Lampu di ruang tamu terus ditutupnya.

Di bilik

Dia terus menyelimuti isterinya. Lantas dia terus berlalu ke bilik air.

Tampaknya Danial saat itu sudah bersiap. Songkok terus disarungkan di kepalanya. Dia saat itu selesai memakai baju t-shirt pendek dan kain pelikat.

Sejadah terus dihamparkan dan dia terus menunaikan solat sunat ketika itu.

Selesai sahaja menunaikan solat sunat, dia terus memanjatkan doa kepada yang tuhan yang maha Esa.

Wajah isterinya yang sudah nyenyak tidur dipandang sekilas. Dia terus senyum manis.





NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now