Aira dilamar ? 🦋

1.8K 148 6
                                    

Selesai sahaja mengisi perut di restoran mcd, Aira terus menunggu Danial di luar restoran kerana sudah masuk waktu zohor,dan Danial memintanya menunggu di situ sementara Danial singgah ke surau berdekatan mall untuk menunaikan solat zuhur.

Aira tidak ikut sekali kerana dia saat itu lagi bendera merah. Nasib baiklah Danial memberikan iphonenya kepada Aira, kalau tak sudah pasti dia akan berasa bosan.

Iphone milik Danial terus dibuka, lantas kamera dibuka dan penuhlah gambar swafotonya dalam galeri iphone Danial.

Dia terus senyum apabila puas hati melihat gambar swafoto yang diambilnya. Dek kerana berasa bosan menunggu, Aira terus mengatur langkah ke Pavilion kerana ingin berbelanja di sana.

Danial terus mengatur langkah kearah restoran Mcd. Dia terus mundar-mandir mencari kelibat Aira setelah kelibat Aira di situ tidak kelihatan.Danial mula risau akan Aira.

Pada mulanya dia menyuruh Aira menunggunya di dalam kereta,kerana dia bimbang dengam keselamatan Aira, namun gadis bertubuh kecil itu berkeras ingin menunggunya di situ sahaja.

Oleh itu Danial terpaksa akur dan meninggalkan Aira keseorangan walaupun dirinya tidak rela.

"Mana kau b ? Apa aku nak jawab dekat aunt nanti ? Aunt dah percayakan aku and aku dah rosakkan kepercayaan dia. Lelaki jenis apa aku ni !" keluhnya berat.

Akhirnya langkah kakinya terus diatur ke satu tempat. Nampak sahaja kelibat Aira yang selesai berbelanja, dia terus heret Aira sedikit kasar beralaskan lengan baju gadis itu.

"Airabella binti Qayyum, boleh tak dalam satu hari kau tak buat aku risau hah !" marah Danial serius.

"Sorrylah, dah aku bosan tadi so aku pergi Pavi." ucap Aira pinta kemaafan dari Danial.

"Dahlah, better kita balik jela sekarang ! Nanti tak pasal-pasal kau hilang lagi !" ajak Danial tiada mood.

"Noooo, kau dah janji nak tengok wayang. Lagipun esok aku dah attend kelas ! So harini je aku free. Kau tak boleh mungkir janji, kalau tak..." ugut Aira yang sudah mula serius.

"Kalau tak apa ?" tanya Danial juga tiada mood.

"Kalau tak, kita break." ugut gadis itu pula.

"Break lagi ? Hm yela jom." Danial terus akur dengan kehendak Aira. Gadis itu terus gelak kecil kerana puas hati.

Di cinexplex

Aira kelihatan khusyuk menonton movie kegemaranya, Danial pula sebaliknya hanya memakan popcorn.

Sesekali wajah Aira dipandangnya. Selesai sahaja menonton movie tersebut, Aira bingkas bangun. Orang ramai juga mula bangun. Danial terus duduk di hadapan Aira, lantas kotak cincin terus dikeluarkannya.

Cincin berlian di dalam kotak tersebut segera disuakan kearah Aira. Orang ramai yang melihat situasi itu terus tepuk tangan.

"Hmm, b will u marry me ?" lamar Danial tiba-tiba. Aira terus tergaman apabila melihat tindakan Danial.

Aira terus memandang di sekelilingnya, kelihatan orang ramai masih tidak berganjak dari panggung wayang tersebut.

Danial pula masih setia menyuakan cincin berlian tersebut kearah Aira.

"Hmm, aku nak pergi toilet jap." ujar Aira sambil segera beredar dari situ.

"Hmm ok." tutur Danial perlahan.

Salah seorang penonton lelaki yang turut berada di situ terus menepuk bahu Danial.

"Don't worry bro, dia pasti akan terima. Btw goodluck bro !" ujar lelaki tersebut.

Akhirnya orang ramai mula beredar dari situ dan meninggalkan Danial keseorangan.

Danial yang sedari tadi masih setia menunggu kehadiran Aira. Jam di tangannya terus dikerling. Lagi 10 minit sebelum panggung wayang tersebut akan ditutup.

Dia bingkas berdiri, cincin berlian tersebut terus dimasukkan semula kedalam kotak. Lantas kotak tersebut dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeannya.

Danial terus beredar dari situ tepat jam 11 malam.

Di rumah Aira

Aira hanya merenung iphone barunya yang dibeli oleh Danial tadi. Kata- kata Danial masih tergiang-giang di telinganya.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now