BAB 2 KENAPA TIBA-TIBA?

1.9K 82 13
                                    

Selepas sahaja mendengar hajat yang di beritahu mama tadi terus sahaja aku bergegas pulang ke rumah aku terpaksa meminta kebenaran dengan kak Mila untuk pulang awal dari watu biasa aku pulang kerana hal ini.

Disebabkan oleh perkara itu aku kini aku sedang berada di hadapan mama dan ayah diruang tamu hanya untuk memastikan apa yang dikatakan mama tadi hanya dusta semata-mata.

"Mama main-main kan tadi?" takut-takut aku bertanya.

Mama dan ayah saling berpandangan.

"Apa yang mama main-main Fea? Betul la ada orang datang meminang Fea pagi tadi" balas Ayah dengan nada tenang.

Dum!!.

Sekali lagi dada aku terasa seperti ditumbuk kuat. Meminang? Mengapa tiba-tiba? Dengan orang yang aku kenal kah?. Arghh serabut!

"Kenapa tiba-tiba ayah? Fea tak cakap pun nak kahwin kan? Lagipun Fea baru 23 ayah nak berhura hurey dengan kawan-kawan pun tak sempat lagi, nak menikmati hidup sendiri pun belum lagi sebab baru habis belajar. Apa pun Fea tak nak!" aku menolak habis-habisan. Sungguh aku masih tiada keinginan untuk berkahwin diusia muda, waktu sekarang aku merancang untuk kerja, travel dan bahagia kan mama dan ayah bukannya berkahwin!. Nehi!.

" Fea tak salah pun kahwin muda lagi bagus mudah nak dapat anak nanti kalau kesuburan dah mula ke penghujung susah pulak nak mengandung" mama pula bersuara.

What?! Mengandung lambert lagi la.

"Ma ayah tolong la Fea tak nak!. Lagipun Fea tak kenal pun lelaki tu cinta apa tah lagi kenapa pulak keluarga dia datang meminang Fea nak suruh kahwin dengan anak mereka. Mama dengan ayah nak Fea tak bahagia sebab kahwin dengan orang yang Fea lansung tak cinta macam tu? " aku bukan berdoa untuk benda yang tak baik tapi sungguh untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah kenal dan tahu asal usul mahu pun perangai buat kan aku gerun.

" Fea cinta boleh dipupuk sayang ayah. Mama dengan ayah pun pak long yang kenalkan bahagia saja sampai sekarang. Jadi apa salahnya bercinta selepas nikah lebih indah bukan jalan ceritanya?" pujuk mama tidak putus asa.

Aku diam. Aku masih dengan pendirian aku untuk menolak tapi melihat raut wajah tua di hadapan aku yang setia menjaga aku dengan penuh kasih sayang sedari lahir buat kan pendirian itu kian pudar. Sementelah pula aku merupakan anak tunggal mereka puteri kesayangan.

"Fea takut" aku menunduk.

"Apa yang Fea takut?" Tanya Ayah.

"Macam mana kalau lelaki tu tak sama macam ayah?. Macam mana kalau dia tak sama macam mana ayah sayang dan jaga Fea?. Fea tak nak bila kahwin dia hanya terpaksa untuk terima Fea atas sebab tertentu Fea takut......" jujur itu yang aku rasa bila melibatkan perkahwinan.

Pasangan itu terdiam.

Sampai begitu sekali pemikiran anak mereka terhadap perkahwinan? Takut untuk dekat dengan lelaki kerana takut tidak dilayan seperti yang dibayangkan?.

" Shh inshaallah dia lelaki yang baik. Fea buat istikarah mana tahu Allah jawab semua soalan yang Fea ragu-ragu?. Semua di tangan Allah Fea, sejauh atau seteruk mana Fea menolak dia jika Allah cakap dia maka dialah. Jadi istikarah inshaallah semua Jawapan yang Fea nak ada dekat situ" pujuk mama.

Aku mengangguk.

"Fea naik atas dulu dah penat assalamualaikum" terus sahaja aku bangun dan menuju ke atas ke bilik aku.

Aku terus duduk di atas katil dan memikir kan tentang hal ini.

"Kahwin? Tak pernah terlintas dek akal untuk berkahwin di usia muda tapi dipinang juga. Hmm adakah ini waktunya?".

Sementara di bawah.

"Awak rasa betul ke keputusan kita ni Fa untuk satu kan anak kita dengan anak Murat?" tiba-tiba encik Hafiz jadi ragu dengan keputusan sendiri selepas mendengar luahan hati anak tunggalnya.

"Saya pun tak tahu abang. Tapi apa pun kita doa je la inshaallah Emeer lelaki terbaik" balas Puan Syifa.





























"Kenapa buat keputusan tanpa bincang dengan Emeer dulu?! Emeer ni patung ke sampai nak kena belakang kan Emeer?" kuat suara Emeer noah melantun di dalam rumah agam yang besar milik Tengku Murat itu.

"Emeer kami bukan nak belakangkan Emeer tapi ini yang terbaik buat Emeer!" ucap Puan Esmira tak kurang kuat juga.

"Yang terbaik? Bonda tahu tak lagi lima bulan Emeer dengan Intan akan bernikah?! Jadi kenapa bonda buat keputusan bodoh macam ni pergi pinang orang lain untuk jadi isteri Emeer?!" makin kuat suara Emeer.

Ahli keluarga yang lain lebih selesa menjadi pemerhati tiada hati mahu mencampur urusan anak beranak itu terutama Tengku Murat.

" Emeer, Intan tu dah terang lagi bersuluh dia curang dengan Emeer apa lagi yang Emeer nak dari perempuan curang macam tu?!. Kalau dulu sebelum bonda tahu dia macam tu mungkin bonda boleh terima dia sebagai menantu bonda tapi tidak sekarang selepas perangai kotor dia tunjuk kan pada bonda! " jujur dia Kecewa dengan wanita bernama Intan. Selama ini dia sanjung dan sayang akhirnya malukan mereka sekeluarga dengan perangai jalang!.

" Habistu perempuan yang bonda pinangkan tu baik sangat ke? Entah-entah lagi teruk dari pelacur" sangat sinis kata-kata Emeer.

"Tengku Emeer Noah! Baba tak pernah ajar untuk bercakap kurang ajar sebigini rupa pada orang lain!. Emeer pernah berjumpa dengan dia ke sampai Emmer layak untuk tuduh dan hina dia begitu?!" jerkah Tengku Murat selepas lama menahan sabar.

"Baba pun sokong dia? Wau bagus betul perempuan tu. Jangan ingat dia boleh dapat perhatian keluarga ni dia akan dapat perhatian dari Emeer juga jangan harap! Sampai mati pun Emeer akan benci perempuan yang dah jadi perampas dalam hubungan Emeer dan Intan!.

"Kalau bonda dan baba masih nak Emeer kahwin dengan dia dan puaskan hati bonda dan baba fine I did. Tapi jangan tanya kenapa bila dia dimadukan selepas sebulan berkahwin dengan Emeer!" selepas mengucapkan kata yang menyakitkan itu Emeer terus beredar dari rumah agam.

" Saya tetap dengan keputusan saya Emeer akan kahwin dengan Sofea. Saya lebih rela Sofea jadi menantu saya dari perempuan jalang tak sedar diri tu" cemuh Puan Esmira.





















So amacam okay tak?. Cer Komen sikit.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now