BAB 22 MR DUDA PENGGANTI DIA

2.1K 102 0
                                    

Majlis akad nikah berjalan lancar pagi tadi. Alhamdulillah tiada apa yang menghalang pernikahan mereka semuanya baik. Kini tiba masa untuk majlis persandingan di sebelah malam. Rekaan pelamin yang tersangat mewah di hadapan depan cukup menarik perhatian para tetamu yang hadir. Jujur aku cakap perkahwinan mereka lebih gah dari perkahwinan aku dan Emeer dulu. Mungkin kerana Emeer tiada hati mahu berkahwin jadi dia hanya minta melakukan akad nikah dan kenduri biasa yang menjemput sanak saudara sahaja. Rakan Emeer pun tidak kelihatan tapi di majlis dia dan Intan tetamu boleh dikatakan hampir lima ribu orang!.

"Akak Sha nak pergi dekat naim kejap dia dah sampai" beritahu Eisha dan terus melangkah keluar dari dewan.

Aku hanya memerhati langkah dia dan kembali tunduk menghadap telefon di tangan. Kalaulah aku boleh lari sekejap dari mereka semua terutama Emeer mungkin aku sudah sampai di Cameron Highlands bagi menenangkan diri daripada terus tersakiti melihat kedua pasangan itu berbahagia.

"Sofea kan?" tegur Maria. Dia sudah lama mahu mendekati isteri pertama Emeer. Hati berasa serba salah yang teramat sangat dengan sikap pentingkan diri adiknya.

Aku menoleh.

"YA?" aku membalas.

"Saya Maria kakak Intan" Maria memperkenalkan diri.

Aku tersenyum nipis.

"Ya saya tahu hari nikah semalam Eisha kenalkan awak pada saya" ucap aku.

Maria tersenyum nipis.

"Ada apa Cik Maria nak jumpa saya?" aku jarang berkomunikasi dengan orang yang baru berjumpa sebab itu aku terus bertanya tujuan dia menyapa aku.

Maria kelihatan terkulat-kulat.

"Saya nak minta maaf atas apa yang adik saya lakukan pada Sofea" akhirnya dia melepaskan jua apa yang terbuku di hati.

"Dah jodoh mereka Cik Maria siapa saya untuk mempersoalkan semua" tenang aku membalas.

"Tapi Sofea isteri dan ada hak untuk menghalang!" keras suara Maria membalas.

Aku ketawa hambar.

"Biarla rahsia kenapa saya hanya biarkan suami saya berkahwin dengan Intan. Cik Maria kena mula terima jodoh mereka kuat. Assalamualaikum" aku terus bangun meninggalkan Maria sendiri di meja aku duduki tadi. Biarlah mahu dipanggil sombong atau sebagainya aku tidak kesah. Cukup bahaskan tentang Emeer dan Intan lagi aku sudah muak!.

Sedang berjalan dan termenung pada masa yang sama aku terjatuh dilanggar orang.

"Aduh" punggung terasa pedih kerana terjatuh dalam keadaan dirempuh agak kuat.

"Oh my god I'm sorry young lady" suara garau itu cepat saya meminta maaf dan membantu aku bangun.

"No its okay saya salah juga sebab tak tengok depan" aku membalas dan menatap lelaki yang aku langgar tadi.

"Sofea?"

"Encik Isyraf".

Serentak kami bersuara.

Dan ketawa.

"Saya dah ingatkan jangan panggil encik just Isyraf" ucap Isyraf.

Aku ketawa kecil.

"Maaf dah terbiasa" aku membalas.

"Jadi cuba biasakan. Nak panggil panggilan lain pun boleh juga" Isyraf cuba berjenaka.

"Panggilan apa? Mr duda?" aku membalas.

Isyraf ketawa kuat.

"Interesting. Boleh je awak nak panggil saya mr duda, saya terima dengan hati yang terbuka" dia tidak marah malah lebih suka aku memanggil begitu.

"Just kidding Isyraf, nanti awak fikir saya tak hormat awak pula sebab mempermainkan status awak" terasa hilang satu beban apabila berborak dengan Isyraf.

"Awak kenalan keluarga Tengku Murat ke?" tanya Isyraf. Dia mempelawa aku duduk di meja tempat dia duduk tadi. Aku hanya mengikut.

"Err yes boleh katakan macam tu" aku pamerkan senyuman kecil. Aku tidak akan beritahu aku isteri pertama kepada pengantin yang sedang berbahagia di pelamin mewah itu!.

"Awak pula?" Tanya aku pula.

"Tengku Murat kawan daddy saya. Boleh dikatakan saya pun business partner dia la. Jadi saya dijemput" Isyraf menyisip sedikit air di gelas kaca sambil mata menatap Emeer dan Intan di atas pelamin.

"Dia lelaki hebat bukan mampu setia pada Intan. Saya dengar dah tujuh tahun dia dengan Intan" Isyraf bersuara.

Aku diam.

Hebat, tapi bukan bagi saya Isyraf.

"Ya mungkin. Saya tak tahu sangat pasal mereka" aku berdalih. Mata juga dibawa melihat ke arah pelamin, mata aku dan Emeer bertembung saat itu. Aku perasaan pandang itu seakan memberi amaran tapi aku hiraukan dan kembali menoleh ke arah Isyraf.

"Imran kenapa tak bawa?" sengaja menukar topik.

"Dia tak nak ikut. Dia cakap boring datang kenduri orang koprat" ketawa kecil Isyraf terkenang bicara anak terunanya pagi tadi.

Aku turut ketawa.

"Sofea I'm sorry dah kena balik sebab ada family dinner pula malam ni. Great to see you young lady" Isyraf meminta diri, selepas kami berbalas senyuman dia terus pergi meninggalkan majlis.

Aku menatap Isyraf dari belakang sehingga dia hilang dari pandangan mata.

"New partner huh?" tegur Aedy dari belakang.

"Why not?" aku juga bangun dan ingin pulang. Tiada kepentingan sangat aku di majlis ini.

15/12/2021
Komen dan vote.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now