BAB 30 MENCARI KETENANGAN

2.4K 122 13
                                    

Pokok pokok dan gerai jualan di sepanjang jalan raya itu lebih menarik minat aku daripada mengganggu perbualan ketiga lelaki di dalam kereta ini.

Sedari tadi tangan tidak lepas dari mengusap perut yang kempis ini. Terasa tenang dan gembira pada masa yang sama bila mengetahui tentang berita ini. Tapi sayang. Berita yang sepatutnya disambut oleh suami disisi hanya terkubur begitu sahaja. Bagaimana perasaan ibu mengandung yang lain bila mahu memberitahu suami masing-masing tentang kehamilan?. Mesti seronok kan? Apatah lagi riaksi suami yang tersangat teruja.

"Kita singgah taman metropolitan boleh? Lagi pun baru pukul 5.20 petang. Saya nak ambil angin" Tanya aku pada mereka.

Ketiga lelaki itu menoleh kearah aku selepas mendengar permintaan aku tadi.

"Tapi Puan belum makan, kalau sakit nanti macam mana?" Tanya Sufian dengan nada risau.

"Awak singgah Mcd beli bubur untuk saya sekali boleh?. Please.... Dah hampir sebulan saya duduk terperap je dalam rumah. Otak saya perlukan udara dan suasana yang lain. Awak nak saya jadi gila ke sebab tengok benda sama?" aku menguji mereka.

Tiga lelaki itu Saling berpandangan. Takut ketahuan dengan Emeer.

"Don't worry Emeer tak kesah percayalah!. Dia pun mesti tengah happy dengan Intan sekarang" aku meyakinkan lagi.

"Baiklah" putus Mikael.

Sufian dan Zaed menatap tidak percaya.

"Puan juga manusia yang perlukan udara segar dan tempat yang ada orang ramai supaya minda Puan tidak rasa lain" mudah Jawapan Mikael untuk memberitahu aku dan sekaligus pahamkan dua rakannya.

Aku sudah tersenyum.

"Lepas kita beli bubur saya bawa Puan ke sana" beritahu Mikael.

Aku mengangguk.

"Terima kasih" ucap aku.



















"Abang dapat tak call Emeer dengan Sofea?" Tanya Puan Esmira pada Tengku Murat.

Tengku Murat menggeleng.

"Dah hampir dua puluh kali saya Call Emeer. Sofea lagi lah terus masuk voice mell" jawab Tengku Murat.

Kini semua ahli keluarga Emeer berkumpul di ruang tamu rumah banglo Tengku Murat. Semua risau dengan keadaan Sofea yang sudah sebulan menghilangkan diri tanpa khabar berita. Kali terakhir mereka bertemu adalah hari perkahwinan Emeer. Setahu mereka Emeer membawa Intan pergi bercuti tapi bagaimana dengan Sofea? Takkan lelaki itu abaikan isteri pertama kerana sudah ada isteri kedua.

"Telefon Fea dimatikan" ucap Eful tiba-tiba.

Semua melihat dia.

"Dia tak kan mudah je tak nak angkat call orang. Kalau tak angkat pun mesti dia call balik atau mesej" sambung dia lagi.

Eisha mengangguk mengiyakan kata-kata angahnya.

"Sofea lari ke?" Tanya Puan Esmira takut.

"Hesh jangan mengarut lah!" marah Tengku Murat. Tidak suka isteri dia buat kesimpulan sebegitu.

"Eisha ada call tapi still sama tak angkat jugak" cerita Eisha.

Mereka mengeluh.

"Malam ni kita pergi rumah along macam mana?" putus Erfan yang dari tadi diam berfikir.

"Bonda setuju!. Haritu kita pergi macam tak ada orang, malam ni kita pergi lagi mana tahu Fea ada" sokong Puan Esmira.

"Baba pun" sokong Tengku Murat juga.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now