BAB 33 KAMPUNG

2.4K 109 0
                                    

Suasana nyaman dan tenang ditambah hujan rintik-rintik yang membasahi bumi buatkan aku selesa untuk tinggal disini. Kampung Tokwan. Keluarga Mertua aku bawa aku tinggal disini, dibawah penjagaan Tokwan jauh dari Emeer. Kini aku berada di Kelantan. Dua minggu aku disini aku belajar erti untuk bahagiakan diri sendiri.

Selepas sahaja bonda pulang dari temankan aku tiga hari disini aku menangis sepuas-puasnya. Aku lepaskan rasa yang masih tersimpan didada. Rasa kecewa dan rasa cinta yang ada buat Emeer. Huh sungguh pengalaman ini mematangkan aku dalam hal untuk membuat keputusan. Keputusan dalam memilih dan menerima apa yang bakal terjadi dalam hidup.

"Termenung apa cucu menantu Tokwan ni" sergah Tokwan dengan tangan membawa dulang berisi kuih muih dan teh untuk minum petang.

Aku tersenyum nipis.

"Tak ada apa pun Tokwan just teringatkan mama dan ayah" aku membalas.

Sudah lama tidak berjumpa dengan kedua orang tua aku. Walaupon semalam aku sudah menelefon untuk bertanya khabar tapi hati ini masih sarat dengan rindu.

"Sudah la tu berdiri mari duduk makan, kesian cicit Tokwan asyik tunggu mommy dia termenung aje" panggil Tokwan.

Aku ketawa kecil.

"Iya Fea datang" aku menjawab. Tangan turun mengusap sedikit perut yang semakin membuncit. Tokwan sudah tahu aku mengandung begitu juga bonda, mama dan ayah. Nizar aku mahu beritahu sewaktu dia datang minggu depan. Tak sabar!.

"Cicit Tokwan baru nak makan kuih lapis tapi Tokwan dah buat. Haih memang dapat baca fikiran ke nih?" aku yang baru sahaja duduk terus sahaja bersuara selepas melihat kuih kegemaran aku yang tersergam elok di atas pinggan.

"Cicit ke cucu menantu?" usik Tokwan.

"Hehe dua-dua" aku tersengih malu.

Tangan laju mencapai kuih lapis dan terus disuakan ke dalam mulut.

"Ermm sedapnya masyaallah!" sungguh nikmat bila kuih itu melalui tekak.

Tokwan tersenyum senang.

"Ha makan banyak-banyak nanti tak ada la mengidam lagi kuih ni" arah Tokwan.

Aku mengangguk.

Kami diam menikmati kuih dan suasana sejuk dari hujan pada petang itu. Terasa seperti sedang dijaga oleh komander pula saat ini. Komander bidan!.

"Tokwan nak pergi kenduri esok dekat hujung kampung. Fea ikut ya?" beritahu Tokwan.

"Hmm naik apa? Jalan kaki ke?" Tanya aku pula.

"Eh tak la nanti kawan Tokwan datang dengan anak dan cucu dia ambil kita. Jauh juga nak pergi rumah kenduri tu jadi cucu dia nak bawakan" ucap Tokwan.

Aku mengangguk mengiyakan.

"Okay. Baju kurung Tokwan Fea pakai" aku membalas.

Habis itu Tokwan meminta diri mahu masuk kedalam bilik untuk melakukan kerja. Aku masih disitu menikmati kuih lapis dan teh o panas.

Sedang aku menghayati bunyi hujan yang turun tiba-tiba minda aku teringat memori yang terjadi sebelum aku ada disini.

Flashback.

Aku terdengar bunyi bising dari arah dapur. Bunyi seperti orang sedang bergaduh.

"Intan jangan buat pasal! Anak tu tak bersalah jadi jangan gugurkan hanya sebab dia bukan anak Emeer!" marah Kartini.

Muka kartini saat ini sangat tegang.

"Waktu Muaz nak bertanggungjawab kenapa Intan tak setuju?! Kenapa sekarang baru nak terhegeh-hegeh!. Itu anak dia jadi Biar dia tanggungjawab!" marah Kartini lagi.

Dahi aku sudah berkerut. Siapa Intan pada Kartini?.

"Jangan buat kerja gila!. Duduk sana elok-elok dengan Emeer dan bila tiba masa bagitahu Emeer Intan mengandung!" Kartini terus mematikan panggilan dan memusingkan badan untuk beredar. Tapi langkah terhenti selepas melihat Aku disitu.

"Apa hubungan akak dengan Intan?" aku bertanya.

Dia seperti gelisah.

"akak!" aku kuatkan suara.

"Anak saudara akak!" jawab dia kalut.

Aku terkejut.

"Anak saudara?" terkejut aku dengan kenyataan dia.

Kartini mengangguk takut.

"Jadi....."

"Jadi selama rahsia yang Fea simpan semua akak bongkar pada Emeer sebab dia kekasih Intan?" aku menahan sabar di hati.

Dia mengangguk lagi.

Kejam!. Wanita ini kejam!.

"Akak tahu saya sayang Emeer tapi kenapa akak buat macam ni?" aku menjerit.

Dia diam.

Wanita ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan Intan tetap bersama Emeer sedangkan dia tahu aku isteri Emeer yang sah!.

"Pasal hal pil peransang pun akak yang bongkarkan dan tukar pada air lain?" badan sudah menggeletar menahan marah.

Dia tunduk tanda mengiyakan.

"YA Allah akak!" perit hati aku saat mengetahui rahsia ini.

"Akak tahu tak bertapa terseksanya saya sebab akak!. Emeer layan saya macam sampah akak!. Sampah!. Saya isteri dia tapi dia lebihkan wanita lain. Dan yang paling menyakitkan manusia yang paling saya percaya dalam rumah ni sendiri yang tikam belakang saya. Iaitu akak! "marah aku.

" Fea akak minta maaf. Akak tahu akak salah. Akak sedar sekarang" dia mahu mencapai tangan aku tapi cepat sahaja aku tepis.

"Dah tak guna la akak! Perempuan depan akak ni dah menderita dah pun! Dah hampir mati sebab suami sendiri!. Tahniah dah berjaya satu anak sedara akak dengan pujaan hati. Tahniah!. Lepasni teruskan plan suruh Emeer jadi pak sanggup sebab dia layak. Dia sayang Intan kan?!" aku tersangat kecewa.

"Saya dua Muaz jumpa perempuan baik baik. Baguslah Allah tak Takdir kan dia dengan Intan perempuan busuk hati tu!. Terima kasih sebab jaga saya" aku terus beredar dan masuk ke dalam bilik tinggalkan kartini meratapi kebodohan diri saat ini.

End Flashback..

"Ya dia layak dapat Intan" tiada hati mahu membantu lelaki itu lagi.

***























Harini aku dan Tokwan akan pergi ke kenduri yang disebut Tokwan semalam. Kami berdua sedang bersiap sebelum kawan Tokwan datang ambil.

"Tokwan Fea dah okay kan?" Tanya aku sambil mengalihkan badan ke arah Tokwan.

"Dah cantik sayang oiii" balas Tokwan meleret-leret.

Aku tersenyum suka.

Pin pinnnn

"Sabar oiii" latah Tokwan.

Aku tergelak.

Tokwan terus turun selepas mendengar bunyi hon yang diberi dan aku terus mengambil kunci untuk mengunci rumah. Tokwan kalau kawan dah sampai rumah sendiri pun lupa.

Selepas siap aku terus menuju ke arah Tokwan yang sudah sakan berborak. Disini rancak disana rancak berdosahhh.

"Tokwan" tegur aku.

Kedua wanita itu menoleh.

"Dah?" Tanya Tokwan. Aku mengangguk.

"Ha Pah ni la cucu menantu aku" Tokwan perkenalkan aku dengan slang kelantan.

Aku hadiahkan senyuman.

"Uishh patut comey dooh! Untung mu Imah!" balas wanita yang bernama Pah.

Baru kaki mahu menuju ke arah kereta aku Di tegur.

"Sofea?".



18/12/2021

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now