BAB 6 TERUSKAN KERANA HALAL

1.7K 83 1
                                    

Pagi ini aku bersiap awal kerana tidak mahu terlalu kalut untuk menyediakan sarapan pagi. Sudah menjadi isteri ini tugas sudah berbeza dari kehidupan bujang, dulu mama yang sediakan atau aku hanya akan makan di kedai sahaja tapi kini sudah bersuami tak kan lah mahu beli lagi kan?.

"Eh kak Tini?" terkejut juga melihat dia lagi awal dari aku. Aku kerling melihat jam di tangan masih awal baru pukul 6.40 pagi.

"Eh Fea, awal turun?" Tanya Kartini.

"Fea dah mula masuk kerja jadi tak nak kalut Fea siap awal lagipun nak sediakan sarapan buat Abang Emeer lagi" beritahu aku.

"La buat apa susah-susah? Kak Tini kan orang gaji disini jadi biar la akak yang buatkan" balas Kartini.

Aku jalan mendekati peti sejuk dan mengambil bahan untuk memasak. Semalam sempat aku meninjau kawasan dapur.

"Saya dah jadi isteri orang kak, itu dah jadi tugas rasmi saya untuk melayan suami" aku meletakkan barang di atas meja.

"Kalau macam tu tak apa la akak buat kan air ya?" Tanya Kartini.

Aku mengangguk.

Selepas sahaja Kartini pergi aku terus memulakan kerja aku untuk menyediakan sarapan pagi buat Emeer. Walaupon dia benci akan aku tugas seorang isteri tak boleh aku abaikan.

Setengah jam masa yang diambil untuk memasak nasi goreng akhirnya siap. Aku meletakkan mangkuk berisi nasi itu di meja makan dan menapak naik ke atas untuk menyalin pakaian untuk ke tempat kerja. Mesti ramai yang hairan baru tiga hari bernikah sudah memulakan kerja. Tak ada apa yang perlu dihairankan jika layanan suami aku sahaja sudah seperti itu jadi jangan pelik jika aku dan dia langsung tidak berhoneymoon bagai.

Aku menukar t-shirt biasa tadi kepada baju kurung kedah berwarna merah jambu dan dipadankan dengan tudung bawal juga warna yang sama. Selepas rasa semua sudah sempurna aku mengambil beg dan barang yang penting turun ke bawah.

Turun sahaja aku sudah melihat Emeer sedang elok duduk di meja makan sambil menatap ipad di tangan. Jam aku kerling sudah pukul 7.15 pagi.

"Assalamualaikum" tegur aku. Tapi hampa hanya sunyi yang membalas.

"Abang nak makan apa? Nasi goreng ke roti?" masih bertanya walaupon aku tahu dia tidak akan membalas.

"Kalau tak nak tak apa la Fea tak nak paksa" malas sudah mahu memaksa jadi aku biarkan sahaja.

Aku duduk di kerusi berhadapan dia dan menyendukkan nasi ke pinggan. Boleh la alas perut sebelum mengajar kanak-kanak buas di taska nanti.

"Kak Tini buat kan saya kopi" arah Emeer.

"Biar saya buat" celah aku.

"Err tuan...

" Kartini buat kan saya kopi" nada keras Emeer keluarkan.

"Baik tuan" terus sahaja Kartini menghilang selepas mendapat arahan.

"Saya kan bole....

" Kau pekak ke?! Aku cakap buat hal masing-masing kan! " marah Emeer.

" Tapi saya isteri awak biarlah saya yang buat kan!" tegas aku menjawab.

Sengihan sinis Emeer berikan.

"Isteri yang tak layak berdamping dengan aku" kasar dia menjawab.

Terus aku terdiam.

"Saya dah mula kerja, maaf baru maklumkan sekarang. Pukul 3 baru saya balik pergi dulu assalamualaikum" aku terus menghulur tangan tapi tidak dibalas. Terus sahaja aku bangun keluar dari rumah, hilang terus selera untuk makan selepas di kata sedemikian rupa oleh suami sendiri. Heh isteri yang tak layak berdamping dengan dia? Jadi dia fikir aku mahu kan  semua ini?.

Aku memandu kereta proton Iris ke taski Seri Ayu dengan hati yang duka lara. Walupun begitu aku harus sabarkan hati kerana syurga pada suami. Aku tidak mahu menjadi isteri nusyuz kerana kurang ajar dengan lelaki yang bergelar suami aku.

Sampai sahaja di taska aku terus keluar selepas mengambil barang. Sudah ada beberapa murid yang hadir. Di taska ini khas untuk murid dari umur empat tahun sehingga enam tahun jadi, waktu datang selalu ibu bapa mereka akan hantar pada pukul 7.40 ke 7.50 tapi sekarang baru pukul 7.30 masih awal.

Sedang aku berjalan menuju ke dalam terdengar ada suara yang menegur.

"Cikgu Ana" jerit Imran dan melambai

Aku tersenyum dan membalas lambaian.

"Hai Imran awal datang harini" tegur aku.

Imran yang datang bersama bapanya terus mendekati aku.

"Emm nak jumpa tehah awal" mudah sahaja jawapan dia.

"Amboi dah berbaik ehh" usik aku.

Imran tersenyum malu.

"Imran cepat la" jerit Tehah dari dalam. Rupanya dia datang lagi awal.

"Bai cikgu, papa Imran nak jumpa Tehah" terus dia berlari masuk mendapat kan Fatihah.

"Imran jangan lari" tegur Isyraf. Aktif sangat anak teruna seorang itu.

"Biasa la tu Encik Isyraf" balas aku.

"Hmm yang biasa la kena tak biasa kan" keras sahaja suaranya.

Erkk salah timing la hmm.

"Kalau macam tu saya masuk dulu la" pinta aku.

"Kejap" tahan Isyraf.

"Ya" tanya aku.

"Awak dah lama kerja sini kan?" soal Isyraf dengan raut wajah tanpa senyuman.

Aku mengangguk mengiyakan.

"Jadi cuba praktikkan diri sebagai cikgu jangan asyik nak sibuk hal orang" tegas Isyraf.

Aku mengerut kan kening.

"Sibuk hal orang? Apa maksud encik" sungguh aku tak faham.

"Jaga mulut awak dan kawan sekerja awak kalau tak nak tempat ni bankrup" Isyraf mendekat dan membisikkan kata itu di telinga aku.

"Apa hak encik nak kata saya dan rakan saya sebegitu?!" jujur aku marah. Dia seperti memperlekehkan tempat aku mencari rezeki.

"Saya duda atau tidak bukan urusan awak semua jadi tak perlu hasut anak saya tentang dia tiada ibu atau tidak!" marah Isyraf.

Membulat mata aku. Jadi dia menuduh aku hasut anak dia tentang seorang Imran tiada ibu macam tu? Hey aku masih ada manners la! Tak ada masa nak sibuk hal orang gila ke apa.

" Eh encik dengar sini saya ni nak sibuk hal encik pun tak ada masa apatah lagi nak hasut anak encik tu tentang dia tak ada mak ke apa ke. Lagi pun kami disini sebagai pengajar bukan penghasut perkara negatif. Kalau ada pun itu urusan encik dan orang itu bukan dengan saya! Jadi pergi cari dia bukan datang dekat saya nak cakap bukan-bukan. Kalau awak fikir awak kaya dan boleh bankrup taska ni awak silap sebab Allah tahu segala-galanya!" suara aku tinggi kan. Sakit hati sahaja aku berada di situ lama-lama terus sahaja aku beredar.

Bagai mahu menangis sahaja sekarang ini. Sudah la pagi tadi diherdik Emeer sekarang dituduh duda cerewet itu pula. Arghhh serabut!!.

7/12/2021
Nak double update tak?
Komen dan vote okay.
Thanks.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now