BAB 21 MASIH DISISI WALAU DISAKITI.

1.9K 105 6
                                    

Aku hanya menatap wajah pucat itu yang sedang enak menjamah nasi dan sup ayam aku sediakan tadi.

"Sedap?" aku bertanya.

Emeer hanya mengangguk tanpa sikit pun menoleh ke arah aku. Dia yang meminta untuk makan nasi putih dan sup ayam panas. Pada mulanya aku mahu masak bubur, makanan lembut bagi mengurangkan sakit tekak apabila dimakan tapi Emeer menolak. Katanya tidak suka makan bubur dan tak pernah seumur hidup dia makan bubur tawar itu. Bonda hanya akan masak nasi putih dan sup ayam ketika dia demam.

"Ada nak makan apa-apa lagi?" aku bertanya lagi.

"Nak milo panas boleh?" minta Emeer.

Aku mengangguk. Habis sahaja Emeer makan aku terus mengangkat pinggan dan meletakkan di singki sebentar lagi aku akan basuh. Selepas itu aku terus mencapai ubat yang sudah aku letakkan di atas meja di tepi penapis air supaya aku tidak lupa.

"Makan ubat pula!" suara ceria aku lontarkan.

Emeer sudah masam muka.

"Tak nak!" tolak Emeer.

"Abang cakap nak cepat sihat kena la makan ubat. Apa badan je sado tapi makan ubat pun takut" sindir aku. Tangan terus menghulur ubat yang sudah aku keluarkan dari bekas ke arah Emeer.

Emeer pandang sahaja ubat-ubatan itu tanpa ada rasa ingin menyentuh.

"Emeer Noah. Awak masih ada tanggungjawab tau nak kena buat. Kalau awak degil tak nak makan ubat bila nak sihat?" tegas aku bercakap.

"Fea kan ada jaga abang" balas Emeer terus menatap wajah aku.

Aku terpana. Pertama kali dia bahasakan diri dengan panggilan abang selepas perjanjian kami di Meldives dulu.

"Tak setiap masa Emeer Noah" aku balas kata-kata dia yang aku akan sentiasa ada untuk dia setiap saat.

"Fea marah dengan keputusan abang untuk kahwin dengan Intan?" wajah kacak itu tidak lepas menatap aku.

Bodoh Emeer!. Kau tanya soalan Bodoh!. Apa perasaan seorang isteri bila tahu diri akan dimadukan!!.

Aku pamerkan wajah kosong.

"Hak saya dah lama tak ada untuk marah pada awak" perlahan aku menjawab.

"Saya tak layak Emeer untuk marah apatah lagi halang. Disaat... disaat awak memilih Intan dan setia pada Intan walaupun selepas kita berkahwin disaat itu saya hilang hak untuk buat sesuatu keputusan melihatkan hidup awak" aku menatap Emeer dengan mata yang sudah berair.

"Awak tanya saya marah atau tak? Jika saya diizinkan sumpah saya rasa macam... Macam saya tak berguna langsung pada awak. Kahwin, tapi suami? Sikit pun tak pernah sayang dan cintakan saya isteri yang sah. Awak cakap saya bukan Intan yang layak dapat cinta awak, Dan disaat itu saya tanya pada diri" aku berhenti seketika dan mendongak menahan air mata.

"Apa tujuan perkahwinan ini kalau tiada hala tuju jikalau suami layan isteri sendiri tak kurang hanya sebagai teman serumah?" aku ketawa kecil.

Emeer terdiam. Tidak dia sangka itu yang dirasa oleh Sofea selama ini. Pikir dia semua baik-baik sahaja.

"Jadi, jika saya diberi peluang untuk bersuara dan tentukan hidup suami saya Emeer Noah boleh saya minta awak batalkan perkahwinan tu dan kita mula hidup baru. Kita lakar kisah cinta kita semula boleh?" aku bertanya.

Emeer menunduk. Dia menggeleng.

Aku tersenyum kelat.

" See, awak sendiri tak mampu. Jadi jangan tanya pada saya, adakah marah bila suami saya nak madukan saya!" aku mencapai tangan Emeer dan meletakkan ubat itu di tapak tangannya. Aku terus menuju ke dapur untuk membuat air milo yang diminta tadi.

Di dapur air mata aku kembali lebat menurun.

"Kenapa Emeer kau ungkit perkara yang cuba aku lupakan!?" aku bisik perlahan.

"Kau kejam!" esakan kuat aku lepaskan.

Emeer yang dimeja makan termenung sendiri.

"Aku jahat Fea, kau boleh katakan aku jahat tapi jangan pernah sesekali bencikan aku" masuk bulan ini sudah tiga kali Emeer menangis. Hanya kerana Sofea Ariana.

***


































Keadaan dirumah agam milik Tengku Murat sangat gamat dengan sanak saudara yang hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan Emeer dan Intan pada hari esok. Perkahwinan yang dirancang tiga bulan lalu kini bakal menemu waktu. Aku?, jangan risau aku masih kuat untuk mendengar suami aku melafaz akad wanita lain esok hari.

Aku kini sedang duduk di hadapan gubahan hantaran menolong sanak-saudara membuat hantaran bagi pihak Emeer. Pihak suami aku. Ramai yang mengucapkan kata selamat. Ada yang meminta aku sabar dan yang paling win mereka cakap aku mandul, Hahaha. Sebab? Sudah nak masuk setahun berkahwin aku masih tidak mengandung dan mereka berkata kerana hal itu Emeer berkahwin lain supaya dia ada pewaris. Lucu bukan?. Kalau aku cakap Emeer dan aku langsung tidak pernah melakukan perkara itu di hadapan mereka mahu terdiam semua. Tapi aibkan? Aku sabarkan sahaja.

"Akak?" panggil Eisha.

Aku tersedar dari lamunan.

"YA?".

"Jom la makan dari tengah hari tadi Sha tengok akak asyik tolong mak ngah buatkan gubahan" ajak Eisha. Dia tahu kakak iparnya terkesan dengan perkahwinan ini tapi apa daya dia untuk menghalang? Dia tiada hak kerana Emeer hanya abang.

"Boleh juga akak pun dah lapar" aku hanya setuju kerana aku tahu ramai dari tadi berbisik sesama sendiri apabila melihat aku. Konon mahu protes dengan tidak mahu makan, aku tak seteruk itu mahukan perhatian manusia.

Aku dan Eisha menuju ke dapur untuk mengambil makanan.

"Eh Fea" panggil Tokwan.

Aku tersenyum.

"Bila Tokwan sampai?" aku terkejut melihat Tokwan yang berada di dapur.

"Dari petang tadi, akak sibuk sampai tak perasan tokwan datang" celah Eisha.

Aku ketawa kecil.

"Maaf, Fea buat kerja sampai tak sedar apa jadi dekat sekeliling" ucap aku.

Tanpa kata Tokwan terus memeluk tubuh aku.

"Maafkan cucu Tokwan Fea" ucap tokwan dengan tangisan.

Eisha yang tadi ingin makan terus hilang selera melihat adegan itu. Dia juga turut mengalirkan air mata.

"Tokwan" aku memanggil.

"Kenapa Fea tak cerita pada Tokwan?. Kenapa Fea simpan sendiri" Tanya tokwan.

Simpan sendiri? tentu tidak. Semalam aku berjumpa Nizar dan melepaskan segalanya. Eful juga ada. Hanya dua lelaki itu yang melihat bertapa lemahnya seorang Sofea Ariana semalam. Mama dan Ayah tahu tapi aku kata pada mereka aku okay. Semua ini dah tertulis jadi tak perlu marah pada Emeer kerana aku yang selama ini mengganggu hubungan mereka. Aku hanya pamerkan senyuman pada mama dan ayah.

"Sebab Fea isterilah kena biar Emeer bahagia" aku menjawab. Aku sudah berjanji hari ini dan esok aku tidak mahu menangis.

"Kamu kuat Tokwan tahu" bisik Tokwan.

"Sofea!" panggil seseorang keras di muka pintu dapur.

Kami berpaling.

"Aedy" sebut aku perlahan.

Aedy terus menuju ke arah aku dan menarik lengan aku kuat mengikut dia keluar dari dapur.

"Abang Aedy!" jerit Eisha.

"Aedy" panggil aku.

"Diam Sofea!" keras suara Aedy.

Tetamu yang berada di ruang tamu hanya menyaksikan adegan Aedy menarik aku keluar dari rumah.


Maaf buat awak semua sakit hati lagi.

14/12/2021
Komen dan vote
Thanks.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now