BAB 31 DICULIK KELUARGA MERTUA

2.4K 136 27
                                    

Seperti yang dirancang oleh Erfan malam ini mereka akan menerjah rumah Emeer untuk mengetahui keadaan Sofea. Semua sudah berada didalam kereta yang dipandu Eful untuk pergi ke cyberjaya.

Setelah mengambil masa dalam 30 minit akhirnya mereka sampai di rumah banglo dua tingkat itu.

"Rumah bercahaya abang mesti ada orang punya" ucap Puan Esmira sambil mata meliar di sekeliling rumah.

Selepas memarking kereta di hadapan pagar rumah, semua orang turun dan terus menuju ke pintu. Zaed dan Lukman yang berjaga malam ini terus bersedia berkawal kerana terdengar suara di luar pagar rumah.

"Assalamualaikum" ucap Tengku Murat.

Zaed dan Lukman saling berpandangan.

Kedua mereka terus berjalan menuju ke pintu pagar untuk melihat gerangan yang datang.

"Waalaikumsalam" jawab mereka serentak selepas membuka pagar.

Terkejut bukan kepalang lagi buat keluarga Tengku Murat selepas melihat kedua jejaka yang asing wajahnya daripada pengetahuan mereka berada di dalam rumah milik Emeer dan Sofea. Eful yang melihat terus meluru dan mencengkam kolar baju milik Zaed.

"Kau siapa! Mana Sofea?! Mana kakak ipar aku?!" jerkah Eful.

Zaed yang tidak sedia terus terangkat sedikit kerana cengkaman Eful yang kuat.

"Eh encik ni kenapa?" marah Zaed.

"Aku Tanya mana SOFEA?!".

"Eful jangan buat tindakan yang terburu-buru!" tegas Tengku Murat membalas.

Tapi itu tidak sedikit pun buatkan Eful melepaskan cengkaman di leher Zaed. Apa yang penting saat ini nyawa Sofea rakan baik merangkap kakak iparnya lebih penting. Dia sayang wanita itu. Tempoh sebulan ini sudah buatkan dia mahu gila memikir dan mencari keberadaan Sofea. Aedy dan Nizar juga tidak tahu tentang dimana Sofea berada.

"Encik sabar, Puan Sofea ada dekat dalam jadi tak perlu kot encik nak bertumbuk dekat sini. Kita boleh bincang dengan baik" Lukman mencelah. Dia sudah sesak melihat Zaed diperlaku sedemikian rupa. Mikael, Anas dan Sufian tiada malam ini kerana ada kerja yang perlu mereka selesaikan.

Puan Esmira yang tadi hanya diam memerhati terus bersuara selepas mendengar nama menantunya disebut.

"Mana menantu saya?" kalut Puan Esmira bertanya.

Kini tumpuan Lukman dan Zaed tertumpu pada Puan Esmira.

"Dekat dalam Puan" beritahu Lukman.

"Bawa kami masuk, saya nak jumpa dengan menantu saya. Eful let go" mudah sahaja arahan Tengku Murat. Tanpa membuang masa dia terus berjalan masuk dan diikuti Puan Esmira di belakang.

Eful melepas kasar kolar baju milik Zaed dan mendengus kuat.

"Kalau jadi apa-apa dekat Sofea korang aku cari dulu" keras amaran yang diberi Eful pada dua lelaki itu. Kemudian dia pula mengambil langkah mengikut ibu bapanya.

Lukman mengambil langkah di hadapan bagi memudahkan dia membuka pintu utama.

"Ehem" dia berdehem mengurangkan gugup. Gila kau tak gugup? Semalam Puan muda pengsan dan masuk hospital, harini keluarga majikan dia datang tanpa diberitahu pulak tu. Tak ke naya waktu tu dia tengah main mobile lagend? Habis kalah.

Tok.. Tok... Tok..

"Puan ada dekat ruang tamu ke?" Tanya Lukman selepas mengetuk pintu.

Aku yang berada di dapur tersentak mendengar bunyi ketukan pintu.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now