BAB 40 KAU TIPU AKU

3.8K 139 18
                                    

Emeer bergegas balik ke rumah keluarga Intan pada hari ini. Dia sedar dia juga sudah hampir seminggu lebih abaikan isteri keduanya. Dia sudah berfikir habis-habisan untuk dia lepaskan Intan dengan cara yang baik. Dia tahu dia mungkin tidak dapat melayan Intan seperti dulu lagi kerana dia yakini hatinya kini hanya milik seorang wanita yang bernama Sofea Ariana Binti Hafiz. Wanita itu bidadari syurganya.

Sampai sahaja di perkarangan rumah taman milik Encik Halim kening Emeer terus berkerut melihat sebuah kereta yang sangat asing dipemikirannya. Kalau tidak salah, itu bukan kereta milik kakak iparnya.

Emeer tanpa membuang masa terus menapak masuk ke dalam rumah tapi baru sahaja ingin memberi salam dia sudah mendengar pergaduhan dari dalam.

"Apa nak jadi dengan kau ni Intan! Selama ni aku didik kau dengan ajaran agama yang cukup tapi ini yang kau balas pada kami!" jerkah Encik Halim.

Langkah Emeer terus terhenti.

"Abah bukan salah Intan abah! Lelaki ni yang perangkap Intan abah!" Intan yang duduk melutut di kaki Encik Halim sudah teresak-esak menangis.

"Intan you tak boleh salahkan I sorang dalam hal ni! Kalau you tak setuju semua ni tak akan jadi!" marah lelaki yang dituduh tadi.

Puan Maimun sudah bengis wajahnya. Tidak dia sangka anak yang selama ini di bela habis-habisan menjadi wanita yang tak berguna!. Sudah bersuami tetapi masih mencari lelaki lain untuk berzina! Nauzubillah.

Emeer yang sudah tidak tahan dengan tanda tanya terus memberi salam.

"Assalamualaikum" ucap Emeer.

Semua yang berada di rumah itu terus menoleh ke arah Emeer yang berada di hadapan pintu rumah.

Mata Intan membulat.

"Waalaikumsalam" jawab Puan Maimun dan Encik Halim serentak.

"Baru sampai ke Emeer?" Tanya Puan Maimun.

"Ya mak. Maaf Emeer lama tak datang" Emeer meminta maaf.

"Tak apa mak faham" jawab Puan Maimun.

Puan Maimun tersenyum nipis. Dia faham dengan keadaan menantunya sekarang. Dia sekeluarga sudah tahu tentang apa yang terjadi apa Sofea, isteri pertama Emeer. Mereka turut berduka cita. Tidak sangka sampai begitu impak yang Sofea hadapi kerana anak mereka.

Emeer melihat ada seorang lelaki yang bert-shirt putih sedang duduk di sofa sambil melihat Intan yang melutut di kaki Encik Halim. Kakak dan abang iparnya juga ada tapi mereka kelihatan seperti tidak berminat dengan apa terjadi di dalam rumah itu.

"Apa yang jadi ni?" Tanya Emeer yang sudah tidak tahan bertanda Tanya lagi.

Semua diam. Intan sudah menikus takut. Dia takut jika Emeer marahkan dia.

Emeer yang melihat semua dia terus mendengus. Mata dibawa menatap Intan yang sedang duduk di lantai.

"Intan?" Tanya Emeer lagi.

"Intan I Tanya you!"

"Mereka kena tangkap basah Emeer" jawab Maria marah.

Emeer terbungkam.

"You....." Emeer mati kata.

Intan terus laju sahaja mendapatkan kaki Emeer.

"No bukan salah I sayang bukan! Lelaki tu yang perangkap I tolong lah percaya!" jerit Intan merayu-rayu sambil tangan di tunjuk ke arah lelaki tadi.

Emeer diam. Sejujurnya dia masih terkejut.

Lelaki tadi tersenyum sinis. Dia sudah naik bosan dengan sikap Intan saat ini. Asyik dia yang dipersalahkan. Jadi tadi waktu sama-sama suka tidak pula ada soal kenal atau tidak kenal. Suka sahaja si Intan ini dibelai oleh dia. Sampai lupa diri itu berstatus isteri!.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now