BAB 8 AKU BUKAN DIA

2K 87 5
                                    

Air mata yang sedia mengalir di pipi semakin lebat apabila terkenang kejadian semalam. Kau bodoh Sofea Ariana! Kau bodoh!.

Flashback

Emeer mendekatkan muka ke cerok leher aku. Sedang aku menghayati setuhannya aku terdengar bunyi ketawa  dari belakang telinga. Mata yang dipejam tadi terus terbuka setelah tersedar badan Emeer sudah menjauh.

Emeer ketawa kuat.

"Tak sangka kau boleh termakan juga umpan aku kan?" sindir Emeer dengan ketawa yang tidak henti.

Mata aku bergerak gerak menatap Emeer, aku tidak faham apa yang dia Cuba sampai kan.

"Maksud abang?" tanya aku.

Emeer menatap aku dengan sisa ketawa tadi.

"Kau fikir aku teransang ke dengan ubat kau bagi?" serius Emeer bertanya. Tiada lagi gelak tawa yang dihasilkan, yang tinggal hanya wajah beku dan bengis.

Membulat mata aku.

"Macam.. macam mana?" bisik hati aku.

"Macam mana aku tahu? Hey perempuan kau kalau dah murah memang sanggup guna cara kotor macam ni ke nak PERHATIAN dan BELAIAN AKU!!" herdik Emeer kuat.

Aku terkejut dengan jerkahan kuat itu. Badan aku terus menggigil takut melihat wajah bengis Emeer. Tidak pernah dia pamerkan wajah sedemikian sebelum ini hanya wajah yang garang sahaja tidak pernah sebengis ini.

" Fea.. Fea.. ".

" Fea apa?!" jerkah Emeer lantang. Suara Emeer saat ini mampu menggegarkan satu taman perumahan ini.

"Fea cuma nak abang sayang dan terima Fea macam mana abang sayang dan terima Intan!" aku menjerit melepas kan rasa sesak di dada.

Emeer ketawa kuat. Ketawa yang sangat sinis.

Dia menarik rambut Sofea menatap wajahnya dan duduk mencangkung.

"Eh perempuan kau nak aku layan kau macam aku layan Intan? Dalam mimpi la sial!. Kau siapa nak aku layan baik, kau lupa ke kau tu hanya perampas yang datang dalam hubungan aku dan dia! Jangan pernah bermimpi untuk aku terima kau apa tah lagi sentuh badan kotor kau ni!" jerkah Emeer lagi.

Aku sudah teresak-esak menangis kerana kecewa dan menahan sakit diperlaku sedemikian rupa oleh suami aku sendiri!.

"Apa salah Fea abang? Fea pun tak minta untuk jadi orang ketiga dalam hubungan abang dan dia. Fea buat semua ni hanya untuk kebahagiaan kita abang, kebahagiaan yang perlu kita bina" lirih suara aku.

"Kebahagiaan tak akan pernah terjalin antara Sofea Ariana dan Emeer Noah, tak pernah!. Aku hanya cinta kan Intan seorang dan bukan kau tapi kenapa kau susah sangat nak faham?. Aku ignore kau, aku layan kau buruk untuk benci kan kau! Bukan suruh kau try hard untuk goda aku sebab aku tak akan pernah tergoda! "marah Emeer.

" Abang tolong Fea merayu bahagia kan Fea dan kita masih boleh baiki hubungan kita. Abang lupa kan Intan dan kita bersama" aku masih memujuk Emeer. Entah keberanian apa yang ada dalam diri sampai aku berani membuat permintaan gila ini.

Membulat mata Emeer.

"kau nak aku lupa kan Intan?! Hoi bodoh Intan tu kekasih aku cinta kau tak ada hak nak suruh aku buat macam tu!" terus Emeer menampar kuat pipi aku.

Aku terkaku. Emeer menampar aku?.

"Abang tampar Fea?" bergetar nada suara aku.

Emeer tersengih sinis.

"Haah apasal marah?. Kau tak layak untuk marah" pedas Emeer membalas.

Aku kembali menunduk.

"Apa... Apa lagi yang Fea perlu buat asalkan abang dapat terima qada dan qadar yang Allah tetapkan untuk kita?" sungguh aku sudah buntu lagi.

"Betul kau nak tahu?" Tanya Emeer.

Aku mengangguk.

"Kau perlu terima Intan sebagai madu kau!" Emeer terus berlalu keluar dari bilik tapi sempat dicapai baju yang dibuka semasa melakukan projek tak jadi tadi.

"Ouh sebelum tu, kalau kau masih terlintas nak buat perkara macam tadi baik kau lupa kan sebab aku tak teringin nak sentuh badan perempuan murah macam kau. Sanggup serah diri walaupon lelaki tak minta hanya kerana lapar kan belaian" sinis Emeer.

Aku mengetap bibir.

"Terima Intan sebagai madu? Haha baru empat hari bernikah sudah mahu dimadukan?" mengapa sadis sangat hidup aku ini?.

End Flashback

"Kenapa dia sekejam itu? Apa salah aku pada dia?" makin kuat esakan aku.

Aku duduk sambil memeluk kuat kaki. Jahatkah aku berbuat demikian pada suami sendiri? Aku tidak semurah itu, aku melakukan semua perkara hanya untuk memastikan kebahagiaan aku terjamin. Tapi aku silap aku pula yang diherdik dan dihina.

Cahaya dan suasana pada pagi subuh itu menghayat hati. Suasana yang tenang dan damai, dikala yang lain sibuk tidur dan beribadah aku sendirian menangisi nasib hidup yang aku alami.

Mama, ayah Fea tak mampu teruskan. Walupun baru lima hari aku sudah terasa seperti lima tahun!.

"Ya Allah sabar kan hati aku dan ajarkan aku untuk kuat menempuh ujian mendatang" dan perlahan-lahan mata tertutup kerana keletihan menangis sepanjang malam.


9/12/2021
Maaf jika typo
Komen dan vote
Thanks.
#Emeerkejam!.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ