BAB 18 NIZAR SYAKIRIN TEMPAT MELUAHKAN.

1.9K 102 14
                                    

Dari tadi aku hanya senyap sahaja. Aku sudah penat diperlaku seperti objek yang tidak bernyawa oleh Emeer. Jadi ini permintaan yang dia minta ketika di Meldives tempoh hari? Permintaan untuk jadikan Intan madu aku?.

Ya Allah sakit sangat!.

"You can cry if you want" ucap Eful yang masih tenang memandu.

"Why?" aku bersuara.

Eful memandang ke arah aku seketika tapi kembali fokus pada pemanduan.

"Why awak bawa saya keluar? Nanti mesti Emeer fikir saya teruk. Bila tahu suami nak kahwin lain, isteri pula boleh keluar dengan adik ipar, depan dia pula tu" Tanya aku tanpa perasaan.

"Sebab Eful diamanah oleh seseorang untuk jaga Ana dari jarak dekat" balas Eful.

Badan aku terus berpusing mendengar dia memanggil aku Ana.

"Tak semua boleh panggil saya dengan panggilan Ana, Eful!" keras aku bercakap.

Eful ketawa kecil.

"Later you will surely let me call you Ana" Eful nenjawab dan kembali fokus pada pemanduan tanpa menghiraukan aku lagi.

Ana. Panggilan itu hanya dipanggil oleh abang susuan aku dan rakan sepermainan kami dulu iaitu Apit. Mereka gemar memanggil aku Ana kerana dulu perangai aku yang suka berangan ingin menjadi seperti puteri raja. Memang nama Sofea juga puteri tapi aku lebih gemar dipanggil Ana kerana lebih istimewa bagiku.

Sunyi  menemani perjalanan kami sehingga ke sebuah rumah baglo dua tingkat. Eful berhenti seketika di pondok jaga rumah itu. Kelihatan seorang lelaki tegap berpakain hitam sedang berbual dengan Eful sebelum dia mengangguk seperti memberi izin. Eful terus memandu masuk ke dalam perkarangan rumah yang luas bak istana itu dan memarking di garaj yang disediakan.

"Jom" ajak Eful.

"Jap rumah siapa ni? Don't say it's yours" aku menuduh.

"Don't worry sister in law I will take care of you. Dan this is my business partner house" Eful mengenyitkan mata dan turun dari kereta.

Aku yang tidak mengerti apa yang terjadi turut keluar dari kereta dan mengikut langkah Eful. Ramai lelaki yang berpakaian hitam mengawal keliling rumah. Semua kacak dan sado sis!.

"Eful cakap la ni rumah siapa kalau tak saya tak nak masuk. Entah-entah awak nak culik saya sebab tak terima saya jadi kakak ipar awak kan?" awak menuduh Eful yang sedang berjalan di hadapan. Semua lelaki yang berjaga di hadapan rumah menunduk hormat kepada Eful dan.. Aku?.

Eh adik ipar aku ni mafia ke? Sampai semua tunduk hormat.

" Welcome" Eful mempersilakan aku masuk dengan tangan menahan pintu.

Aku masuk dengan lagak pura-pura berani kerana tidak mahu Eful fikir aku takut dengan lelaki seperti dia yang ramai menghormati.

Masuk sahaja ke dalam rumah mulut aku ternganga luas melihat rumah yang luas ditambah dengan perabot mewah.

Masuk sahaja ke dalam rumah mulut aku ternganga luas melihat rumah yang luas ditambah dengan perabot mewah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now