BAB 20 DEMAM RINDU?

1.9K 107 4
                                    

Dua hari aku tidak pulang ke rumah entah apa la yang jadi. Sepanjang dua hari aku di rumah Nizar dapat juga aku tenangkan diri dan berehat daripada memenuhkan kepala aku dengan masalah yang tak sudah.

Sampai sahaja di rumah Emeer aku melihat kereta dia elok sahaja di parking di halaman rumah.

"Tak kerja ke?" kaki terus menapak masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum" ucap aku dan menutup kembali pintu utama rumah.

Sunyi.

"Waalaikumsalam Fea?" Kartini yang dari sibuk didapur munculkan diri selepas mendengar salam yang diberi.

"Ouh akak, buat apa? Sunyi je rumah" aku memberi senyuman.

Tetapi senyuman itu sedikit pun tak dapat membuatkan Kartini lega.

"Kenapa?" tanya aku selepas melihat wajah keruh Kartini.

"Tuan" ucap Kartini.

Ha sudah apa pula kali ni.

"Tuan demam" beritahu Kartini dengan wajah sedih.

"Dah dua hari dia demam. Dari petang semalam balik sahaja dia terus berkurung dalam bilik. Kak Tini dengar tuan mengamuk sampai habis barang dalam bilik dia rosakkan. Pagi tadi akak masuk nak tengok keadaan tuan sebab semalaman tak keluar bilik makan pun tidak Fea" sedih Kartini bila melihat keadaan Emeer yang pucat semalam. Tidak pernah tidak lihat Emeer sakit seteruk itu selama empat tahun berkhidmat untuk Emeer.

Aku tersentak.

"Emeer demam?" terkejut juga aku. Hari dia mengatakan dia mahu berkahwin dengan Intan elok sahaja keadaannya. Ini tiba-tiba demam.

Kartini mengangguk.

"Kak Tini suruh makan ubat pun dia tak nak Fea. Makan sikit pun tak nak, bila aku sua di mulut terus ditolak" ucap Kartini.

Sampai begitu? Haih.

"Mmm akak tengah buat apa tadi dekat dapur?" tanya aku menutup sekejap kisah Emeer.

"Akak tengah fikir nak masak apa untuk Tuan tadi, iyala semua benda ditolak risau juga akak nanti sakit lagi teruk" balas Kartini.

Mendengarkan itu buatkan hati aku dihambat risau. Sampai tidak mahu makan segala memang lagi teruk la gayanya.

"Tak apala biar Fea yang tengokkan Emeer. Fea nak minta tolong akak boleh?".

Kartini memgangguk.

"Tolong belikan susu dua kotak" suruh aku.

"Iyala akak pergi beli. Fea tolong pujuk Emeer makan ya?" pinta Kartini.

Aku tersenyum dan mengangguk.

Kartini terus mengambil beg dan menapak keluar dari rumah untuk ke supermarket membeli barang yang aku minta tadi.

Hilang sahaja kelibat Kartini yang menaiki taksi aku terus melepaskan keluhan berat.

"Aku dah setuju pun boleh sakit?" sinis sahaja ayat aku.

Mahu tidak mahu aku menapak juga naik ke bilik Emeer. Kalau bukan kerana aku masih sayang pada dia sudah lama aku tinggalkan dia sendiri di bilik itu. Boleh sahaja aku menelefon Intan untuk datang menjaga bakal suaminya tapi disebabkan hati ini benci melihat raut wajah gedik wanita itu yang tersenyum gembira dipertahan Emeer tempoh hari buatkan aku matikan niat aku tadi.

Berdiri aku menatap pintu kayu itu tanpa rasa ingin membuka.

"Kenapa Emeer? Kau patut bahagia sekarang" keluhan dilepaskan lagi.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now