BAB 9 TOKWAN IMAH

1.8K 83 4
                                    

Sudah genap tiga bulan aku menjadi seorang isteri kepada Tengku Emeer Noah. Tiada apa yang menarik di antara hubungan kami berdua. Sejak dari kejadian tiga bulan lalu dia makin dingin dengan aku, layan pun acuh tak acuh sahaja seperti aku ini hanya bibik yang diupah di dalam rumah itu. Kadang aku pelik bagaimana dia tahu tentang rancangan itu sedangkan dia tidak dengar pun apa yang aku katakan.

Hujung minggu begini memang aku hanya akan duduk rumah luangkan masa sendirian selepas seminggu penat bekerja. Melayan drama mahupun membaca buku itulah rutin yang aku lakukan. Ada suami pun seperti tiada suami terasa hidup seperti bujang sahaja.

"Petang ni kita balik rumah bonda tokwan datang" malas-malas Emeer memberitahu.

Aku tersentak disergah sebegitu. Terus aku paling kan wajah melihat dia.

"Tokwan?" tanya aku hairan. Sebelum ini tak pernah dengar pula pasal tokwan.

"Tokwan aku la ibu kepada bonda" kasar Emeer membalas.

Aku hanya mengangguk. Dengan seorang Emeer aku tidak boleh bercakap banyak dia seolah anti mendengar suara aku. Jika dengar saja mesti mahu melenting, alergik sangat kot.

"Okay" itu saja aku balas.

"Pukul 5 tepat aku dah nak bertolak kalau kau lambat pergi sendiri aku tak ada masa nak tunggu orang macam kau" sindir Emeer dan mengambil tempat di kerusi panjang seperti katil kecil di tepi pintu sliding yang menempatkan kolam renang.

Aku mencebik. Nasib la aku datang bulan kalau tidak mahu kalut dengan solat asar lagi. Memang la dekat rumah bonda boleh solat tapi kalau dah diajak berborak masa mana pula aku nak menyelit naik ke bilik.

Selepas perbualan tadi kedua kami hanya diam. Aku lebih selesa menonton drama di kaca television daripada menatap lelaki beku di sebelah.

Dia seolah tidak wujud di sebelah kerana aku menonton drama seperti aku sendirian di situ. Bergelak tawa, menangis dan tersengih sendirian melihat hero yang kacak!.

"Ehemm" Emeer berdehem.

Aku hanya diam kang kalau aku tanya mahu diamuk pula.

"Ehemm... Ehemm" makin kuat deheman Emeer. Tapi masih aku hanya diam.

Emeer yang melihat aku hanya diam tidak menegur terus bangun dan menuju ke arah kolam. Sikit pun aku tidak mengerling ke arahnya. Biarlah dia begitu lebih selesa sendiri.

"Feaa!!" jerit Emeer.

Pada mulanya aku hanya diam tapi selepas dua kali dipanggil aku menapak keluar juga.

"Ada apa?" tanya aku kepada Emeer yang sedang berendam di dalam kolam.

"Ambilkan aku tuala kejap lagi aku nak guna" arah Emeer.

Aku menurut sahaja.

Selepas mengambil tuala aku meletakkan di atas meja dan terus berjalan pergi dari situ.

"Siapa izinkan kau pergi?" tanya Emeer.

Jalan aku terhenti.

"Habistu abang nak apa?" masih lembut nada aku berikan walaupun dalam hati mahu sahaja memaki hamun. Mengganggu aku tengok drama!.

"Teman aku" ringkas sahaja arahan Emeer. Dia terus menyambung mandian yang tergendala tadi.

Aku sudah ternganga. Gila ke apa mamat ni?.

"Abang mandi la Fea nak masuk" aku membantah arahan Emeer.

"Sofea Ariana jangan buat aku ulang!" tegas Emeer.

Aku mengeluh dan mengambil tempat di kerusi. Mata hanya memerhati tingkah laku Emeer tanpa ada niat mahu menegur atau mengganggu.

Emeer yang perasan Sofea tidak lepas dari menatap terus sahaja dia membawa diri ke tepi kolam.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now