BAB 3 NIKAH YANG TAK DIRELAKAN

1.9K 88 6
                                    

Pernikahan di usia 23 tahun tidak pernah aku impikan kini menjadi kenyataan. Selepas empat bulan dari tarikh aku dirisik keluarga Tengku Murat akhirnya hari keramat ini aku akan dinikahkan dengan anak lelaki sulungnya iaitu Tengku Emeer Noah pada 2 November 2021. Siapa sangka lelaki yang tak pernah aku kenal mahupun berjumpa bakal menjadi teman sekatil aku di malam hari, menjadi imam di setiap waktu solat dan penjadi pembimbing aku ke syurga dalam masa tidak sampai lima minit dari sekarang?.

Ramai keluarga belah keluarga aku dan keluarga pihak lelaki sudah hadir di masjid Al Ihsan untuk sesi akad Nikah yang bakal berlansung sebenar lagi. Gementar usah ditanya, bagai mahu aku cabut sahaja jantung kerana terlalu gementar.

Sedang enak melayan perasaan seorang diri di tempat bahagian pengantin perempuan, terasa tangan aku diusap lembut oleh seseorang.

Aku menoleh.

"Bakal menantu bonda gementar ya?" Tanya Puan Esmira sambil tersenyum manis menatap wajah Sofea.

Aku hanya tersenyum janggal. Tidak tahu bagaimana mahu membalas kerana aku tidak terlalu rapat dengan dirinya.

"Sikit" ringkas aku menjawab.

"Ala biasa la tu nak nikah mesti gementar, bonda pun rasa kan benda yang sama juga" Puan Esmira sangat suka akan Sofea sejak kali pertama melihatnya. Siapa sangka gadis yang baru sekali bertemu ini mampu menambat hati tuanya untuk dijadikan menantu selepas dikecewakan oleh Intan bakal menantu hantu itu!.

"Terima kasih bonda" tidak tahu mahu ucapan apa apa aku hanya berterima kasih. Kadang aku hairan dengan sikap wanita ini, bagaimana dia boleh menerima aku sedangkan hanya melihat dari jauh tanpa pernah bertegur sapa?.

"Boleh kita mulakan?" Tanya Tok kadi pada pengantin lelaki.

Aku yang tadi berborak terus sahaja menumpukan perhatian pada acara pernikahan. Sempat aku menatap wajah bakal suami aku Emeer Noah, segak bukan kepalang lagi buat lelaki bergelaran tengku itu.

"Boleh Tok" balas Emeer dalam tidak rela.

"Bismillahhirahmannirahim. Tengku Emeer Noah bin Tengku Murat, aku nikah akan dikau dengan anak aku Sofea Ariana binti Hafiz dengan mas kahwinnya seutas rantai tangan dan senaskah Al Quran tunai" senafaz Encik Hafiz melafazkan ayat itu.

Emeer menarik nafas dalam, difikirannya selepas ini tanggungjawab yang selama ini dia impikan bersama Intan bakal tercapai tapi semua hanya khayalan semata-mata. Tanggungjawab bukan keatas Intan tapi Sofea!.

"Aku terima nikah Sofea Ariana binti Hafiz dengan mas kahwinnya seutas rantai tangan dan senaskah Al Quran tunai" alhamdulullah dengan sekali lafaz dia sudah bergelar suami.

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah" ucap Tok kadi.

Air mata aku mengalir tanpa dipinta terus sahaja aku memeluk tubuh mama dari sisi dengan begitu erat.

"Fea tak jadi isteri ma" tangisan kecil berbunyi dari aku.

Mama mengusap perlahan bahu aku.

"Alhamdulillah. Jadi isteri yang baik dan solehah pada suami. Jangan bebankan suami ya sayang?" pesan mama.

Aku mengangguk.

Selepas melepaskan tubuh mama aku memeluk tubuh bonda pula untuk mengusap rasa syukur.

"Terima kasih bonda terima Fea" ucap aku ikhlas

"Terima kasih juga jadi menantu bonda" balas bonda.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now