BAB 36 AKHIRNYA

2.8K 127 17
                                    

Aku tersenyum melihat karenah Imran yang sedang bermain bersama kucing peliharaan Tokwan. Imran tidak mahu ikut papanya ke Kuala Lumpur untuk selesaikan kerja kerana mahu tinggal dengan aku Di sini. Katanya sudah lama tidak berjumpa jadi aku ikutkan sahaja lagipun aku rindu juga dengan anak murid aku yang seorang ini.

"Imran tak penat ke main dengan Abu dari tadi?" aku menegur Imran.

Dia menggeleng.

"Tak sebab Abu behave" jawab Imran dengan tangan yang masih membelai bulu di badan Abu.

"Tapi belum makan lagi nanti papa Tanya cikgu Ana nak jawab apa?" Tanya aku.

"Hmmm cakap Imran yang tak nak makan sebab nak teman Abu" Imran memberi idea.

Aku ketawa kecil.

"Eleh nak teman Abu sebenarnya memang tak nak makan kan?" aku menduga dia.

Imran tersengih.

Aku terus menggeletek tubuh dia sampai dia ketawa kepenatan.

"Cikgu Ana no!" jerit Imran diselang dengan tawa. Dia terus bangun dan menggeletek aku pula.

"Amboi seronok nampak?" tegur Tokwan.

Kami berdua terus berhenti.

"Cikgu Ana yang mula Tokwan" Imran terus berlari ke belakang Tokwan untuk menyembunyikan diri.

"Eleh tau takut!. Baru geletek sikit dah lari" usik aku.

"Haih kamu ni Fea dah jangan kacau dia" marah Tokwan.

"Iyalah" aku menurut.

Sedang kami bergelak tawa di bawah pangkin itu, masuk sebuah kereta mewah ke dalam perkarangan rumah kampung milik Tokwan. Kereta siapa pun aku juga tidak tahu.

Kereta itu terus dihentikan betul-betul di hadapan tangga rumah yang membolehkan untuk naik ke rumah. Aku, Tokwan dan Imran tidak lepas melihat kereta itu dari masuk sehingga diberhentikan. Hati berasa berdebar seperti ada sesuatu yang akan jadi. Selepas seketika pintu belah pemandu dibuka dan muncul orang yang membawa kereta itu keluar sambil mata tidak lepas menatap kami. Atau lebih tepat ke arah aku.

"Fea" panggil dia.

Badan aku mengeras. Kaki automatik terus mengundur ke belakang. Aku takut melihat dua disini. Kenapa dia muncul lagi selepas dia tinggalkan aku sendiri?.

Emeer yang melihat reaksi terkejut dari Sofea itu menapak mendekati Sofea.

"Fea..." panggil Emeer.

"Jangan dekat!" jerit aku menghalang.

Langkah Emeer terhenti.

"Kau buat apa dekat sini?" kasar aku bertanya.

Emeer terkejut dengan panggilan yang digunakan oleh Sofea begitu juga dengan Tokwan.

"Sofea.." panggil Tokwan pula.

"Kenapa dia boleh ada dekat sini?! Tokwan bagitahu ke?" perhatian aku kini beralih pada Tokwan.

Tokwan Kelihatan seperti teragak-agak.

"Kenapa! Kenapa bagitahu lelaki ni!" aku menjerit marah. Tangan terus dikekapkan di perut selepas merasa sedikit pedih.

"Fea please jangan macam ni sayang. Abang datang dekat Fea sekarang. Abang ada dengan Fea" pujuk Emeer.

Aku ketawa sinis.

"Cukuplah Emeer Noah dengan lakonan kau! Aku benci!. Kau buat aku macam perempuan simpanan kau je kan? Kenapa dah puas dengan Intan then datang cari aku pula?!" jerkah aku.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now