BAB 10 KESAYANGAN SEMUA

1.8K 91 1
                                    

Dari petang tadi aku sampai sehingga sekarang masih melekat di sebelah tokwan. Banyak perkara yang kami bualkan, tokwan aku pergi ke tandas pun ditanya takut sungguh aku hilang gamaknya.

"Ha lupa tokwan nak tanya pasal kamu berdua. Iyalah dari tadi asyik berborak pasal tokwan dengan kampung je sampai lupa pengantin baru" ucap tokwan.

Mendengar sahaja mahu bercerita tentang aku dan Emeer badan aku terus mengeras. Tiada apa yang menarik dalam hubungan kami yang ada dingin semata-mata.

"Tokwan nak tahu apa bukan ada yang menarik pun, biasa la orang kahwin macam tokwan juga dulu-dulu" Emeer membalas bagi menutupi masalah dalam rumah tangga kami.

"Tak ada lah opah nak juga tahu tentang kamu berdua, kamu kenal lepas nikah mesti lagi romantik boleh pegang sana sini nak bermesra lebih-lebih pun tak kesah sangat sebab dah halal" masih sempat Tokwan mengusik.

Aku sempat melihat Emeer mempamerkan senyuman sinis tapi sekejap sahaja.

"Haritu kami cuti sekejap je kan? Kalini ambil la cuti lama sikit pergi honeymoon. Untung-untung tokwan dapat cicit" tokwan berseloroh.

"Bonda setuju" sokong bonda.

"Baba pun" sokong baba.

"Dah lama dah pun tak payah nak honeymoon bagai la Tokwan" tolak Emeer. Dia seakan tidak suka dengan permintaan keluarga.

"Betul tu Fea pun kerja banyak susah nak cuti dekat taska tu tokwan" aku mencelah.

Adik beradik Emeer hanya diam. Eisha sekali sekala menyampuk juga begitu Erfan. Eful hanya diam, sangka aku dia tidak berapa suka aku Di keluarga ini kerana tempoh hari ada juga aku menegurnya tapi hanya dijeling.

"Tak apa la kalau macam tu. Lambat lagi tokwan nak dapat cicit" sayu sahaja suara Tokwan.

Aku diam.

Selepas sahaja siap kemas meja makan aku naik ke bilik. Memandangkan tokwan ada kami akan tinggal disini untuk malam ini jadi mahu tidak mahu aku akan tidur sekatil dan sebilik dengan Emeer.

Aku mengambil tuala dan mandi dahulu sementara Emeer masih berada di bawah bersama adik lelakinya dan baba berbual.

Keluar sahaja dari bilik mandi aku sudah melihat Emeer berada di atas katil sambil menatap telefon bimbit. Nasib aku sudah memakai baju di dalam tadi kalau tidak free sahaja aku buat pertunjukan depan dia.

Aku berjalan menuju ke meja solek tanpa menghiraukan dia.

"Kau nak ke pergi honeymoon?" tanya Emeer tapi mata tetap di telefon.

"Tak nak" aku membalas.

"Kenapa tak nak? Kau sepatutnya happy dan bersorak aku tawarkan nak bawa kau pergi honeymoon" Emeer bertanya lagi.

"Sebab saya bukan pengantin yang awak inginkan" mudah sahaja aku menjawab. Betul apa dia tidak pernah mahu kan aku jadi untuk apa dia in gin membawa aku honeymoon. Buang masa dan duit dia sahaja.

Aku dengar Emeer mendengus.

"Bagus la kau sedar diri" bukan sindir tapi lebih kepada tidak puas hati.

"OK" aku terus bangun dan menuju ke katil, aku mengambil satu bantal tidur dan bawa ke sofa tapi sempat ditarik oleh Emeer.

"Nak pergi mana?" tanya Emeer.

"Tidur la" jawab aku.

"Mana Sofa?" Tanya dia lagi.

Aku mengangguk.

"Ah tak ada, tak ada. Katil aku sebesar alam ni kau tak nak tidur sini tidur" marah Emeer.

"La biar Fea tidur atas sofa lagi pun dekat rumah sana pun kita tak tidur sekali kan so Fea tak selesa" tolak aku. Bantal di tangan aku terus merentap bagi melepaskan dari pegangan Emeer. Aku terus menuju ke arah sofa meninggalkan dia yang masih merenung aku tajam.

Aku meletakkan bantal di atas sofa dan terus baring.

"Urgg lega dapat baring" lampu ditutup dan aku memejamkan mata. Baru lima minit berbaring badan aku terasa melayang. Terus mata terbuka besar melihat Emeer sudah mengangkat aku ke katil.

"Ish apa ni?! Fea nak tidur la, lepas!" aku menggerakan badan supaya di lepaskan.

"Diam Sofea Ariana sebelum aku betul-betul aku ambil hak aku nanti" Emeer memberi arahan. Aku hanya abaikan, aku masih meronta. Dia terus meletakkan badan aku kasar di atas katil.

"Sakit tahu tak! Abang ingat badan Fea batu ke?" marah aku.

"Aku cakap tadi duduk elok-elok kan?" senang sahaja Emeer menjawab.

Aku menjeling dia dan kembali bangkit untuk menuju ke sofa tapi sayang badan aku kembali ditolak dan dia terus menindih.

"Eh abang dah kenapa tepi la!" aku tolak kuat badan dia tapi tidak berjaya kerana dia sengaja mengeraskan badan.

"Kenapa pula aku kena tepi hm? Aku ada hak apa nak sentuh kau. Setakat nak cium kau nak sentuh sikit-sikit tak berdosa pun sayang" lembut Emeer menjawab.

SAH! sah Emeer dah kena sampuk. Dari pagi tadi perangai dia lain macam tak seperti selalu Emeer yang beku!.

"Abang tolong la, Fea ngantuk ni" aku meminta.

"Tolong apa tidur kan Fea hmm?" dia mencium rambut aku dan tangan kiri diletakkan di pinggang. Kejung badan.

"Aban... Abangg please bangun" aku memohon dengan suara tertahan tahan.

Emeer tidak mengalah dia makin galak mencium rambut aku dan makin lama makin turun ke pangkal leher. Terasa lembut bibirnya menyentuh kulit leher aku.

"Abang..." aku makin lemah dengan sentuhan dia.

Emeer menggigit leher aku sampai aku sedikit menjerit.

"Abang! Sakit" beritahu aku.

"Shuhh sikit je" balas Emeer.

Dia kembali mencium di leher dengan rakus, aku mahu melawan tapi tidak berdaya kerana Emeer menahan kedua lengan aku Di atas kepala.

"Okay done!" Emeer tersengih berpuas hati melihat hasil seni yang dibuat dileher aku.

Aku melepaskan keluhan berat.

"Tired hmm?" Emeer mengusap pipi aku.

Aku mengangguk. Penat meronta!.

"Baru sikit dah penat?" Tanya Emeer nakal.

Aku menghiraukan dia dan terus mengambil bantal di sebelah diletakkan di kepala dan terus menarik selimut menutupi badan.

Emeer juga merebahkan badan di sebelah tapi tangan diletakkan di pinggang aku.

"Abang..".

"Shuh tidur, I need my bantal peluk. Kau ingat tiga bulan tidur aku lena ke kau tak ada kat sebelah sebagai bantal peluk hmm" Emeer membisikkan di telinga.

"Suka hati la Fea ngantuk" malas mahu melayan Emeer yang pervert ini aku terus melelapkan mata. Sebelum aku betul-betul terlena aku merasa pelukan di pinggang semakin diketatkan.

"I'm sorry darling" bisik Emeer. Dan akhirnya aku belayar ke alam mimpi. Bye anak-anak.

10/12/2021
Say hello to Emeer new. Eh
Komen and vote.
Thanks.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now