BAB 32 BIAR DIA MERANA!

2.7K 140 32
                                    

Kaki Emeer menekan laju pedal minyak kereta Mercedes Benz S class miliknya yang sedang meluncur Di atas jalan raya Kota Kuala Lumpur. Dia takut dan dia risau selepas mendapat mesej dari baba memaklumkan Sofea akan tinggal bersama mereka selepas ini. Hati dia tidak tenteram selepas mendapat sepotong ayat dari babanya melalui aplikasi whatsapp.

Sofea with uf. You don't want her right?. So enjoy newlyweds with your honeymoon.

Mesej itu yang buatkan dia terus kelam kabut untuk pulang ke rumah tempat dia menyembunyi Sofea.

Intan yang berada di sebelah sudah memegang erat pemegang kereta yang disediakan. Kelajuan yang Emeer gunakan buatkan jantung dia berdetak laju. Dia masih belum mahu mati! Anak dalam kandungan dia masih belum melihat dunia!.

"Sayang kenapa you bawak macam nak mati cepat ni! Kita baru balik honeymoon sayang, please calm down" Intan bersuara mematikan suasana tegang yang dirasai.

"Diam Intan!" keras suara Emeer memberi arahan.

Lampu isyarat yang dari jingga mahu bertukar kepada merah itu membuatkan Emeer lajukan pecutan agak sempat tanpa perlu dia buang masa untuk menunggu Lampu hijau yang seterusnya.

"Emeer!!!" jerit Intan. Dia terkejut Emeer lajukan pemanduan. Hampir sahaja Emeer melanggar Lori di hadapan mereka.

"I kata diam Intan!. Jangan sampai I tinggal you dekat sini!" jerkah Emeer.

Intan terus diam tidak berkutik. Dia takut dijerkah Emeer sebegitu rupa. Tidak pernah dimarahi Emeer walau sekalipun selama mereka berhubungan.

Perjalanan dari lapangan terbang ke cyberjaya mengambil masa kira-kira satu jam itu akhirnya sampai juga. Lepas meletakkan kereta ala kadar di laman rumah, Emeer terus keluar tanpa sedikit pun menoleh ke arah Intan yang sudah terpinga-pinga sendirian di tempat duduk penumpang.

"Mana isteri aku?" Tanya Emeer kasar.

Kelima-lima lelaki itu hanya diam dan menunduk. Kuasa Tengku Murat lagi kuat dari arahan Tengku Emeer.

"Aku Tanya mana Isteri aku bodoh!" jerkah Emeer dan menendang motor miliknya di sebelah.

Mereka terkejut.

"Tengku Murat suruh Tengku jumpa dia sendiri kalau nak jumpa Puan" Sufian bersuara mematikan bisu diantara mereka tadi.

"Aku yang bayar korang atau baba yang bayar KORANG?!" Tanya Emeer tidak berpuas hati.

"Maaf Tengku kami tak dapat buat apa-apa" Sufian kembali menunduk.

Emeer mendengus.

Intan yang sudah keluar dari kereta ingin mendekati Emeer bagi menenagkan lelaki itu. Dia sakit hati mendengar Emeer bertanya tentang Sofea. Dasar plastik! Acah nak lari untuk Emeer cari!.

"Arghhhhh!!!!!" jerit Emeer kuat di laman rumah itu.

Intan yang mahu mendekat terus terhenti mendengar jeritan itu.

"Fea....." panggil Emeer perlahan.

"Why you chose to leave? You said you will stay with me?" badan terus melorot jatuh.

Lima lelaki itu sedikit pun tidak menghiraukan tangisan yang mula keluar dari lelaki itu. Puan Sofea lebih terseksa la dari dia!.

"Sufian" panggil Emeer.

"YA Tengku" jawab Sufian.

"Hantar Intan balik rumah lagi satu" arah Emeer dan terus bangun menapak masuk ke dalam kereta tadi.

Sufian hanya menurut. Tetapi Intan sudah terbeliak biji mata. Kaki laju sahaja mahu mendekati kereta Emeer tapi sayang lelaki itu terus mengundurkan kereta dan meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now