BAB 4 RUMAH BARU HIDUP BARU

1.8K 83 1
                                    

Selepas sahaja selesai solat subuh aku terus bersiap ala kadar untuk turun ke bawah. Iyala aku baru sahaja masuk ke rumah ini tak kan la aku mahu bersenang lenang seperti mem besar tambahan pula semalam aku langsung tidak turun. Sungguh aku tidak sedar langsung semalam aku tertidur di sejadah sampai solat isyak pun aku tertinggal, bangun-bangun sahaja aku sudah berada di atas katil. Mungkin Emeer yang angkat kerana sedar sahaja aku melihat dia sedang enak tidur di sebelah.

Turun sahaja dibawah sudah kelihatan ibu mertua aku sedang sibuk memasak didapur dibantu oleh beberapa pembantu rumah.

"Assalamualaikum" teguran aku mendapat perhatian semua yang berada disitu.

"Waalaikumsalam eh Fea sini meh" panggil bonda.

Aku berjalan menuju ke arah bonda.

"Maaf bonda semalam Fea tertidur penat sangat" rasa bersalah berhurung di dada.

"Ish apa pulak nak minta maaf, dah Fea penat bonda faham. Lagipun Emeer pun bagitahu Fea penat" bonda ni tak pernah tak senyum tau!.

Aku tersenyum manis.

"Bonda nak masak apa untuk sarapan?" aku menukar topik.

"Bonda masak mihun goreng dengan sandwich je, itu saja yang kena dengan tekak penghuni dalam rumah ni" beritahu bonda.

"Ooo, ada apa yang Fea boleh tolong?" Tanya aku.

"Tolong bonda bancuh teh boleh?" pinta bonda. Aku hanya mengangguk dan terus menuju ke arah kabinet teko.

"Fea buat ikut Fea aje" beritahu bonda lagi.

Sedang aku membuat air Eisha masuk dan menyerbu ke arah bonda.

"Bondaaaa......" meleret-leret dia memanggil bonda seperti ingin meminta sesuatu.

"Ada apa Sha?" bonda layankan juga walau dalam keadaan sibuk.

"Shaa nak keluar dengan Naim jap lagi boleh?" dengan mata sengaja dicomelkan dia memujuk bonda, hampir sahaja ketawa aku mahu meletus disitu.

"Aip asyik Naim cuba la spend time dengan bonda pulak" bebel bonda.

"Ala dengan bonda dah selalu" Eisha terus memujuk sambil meliarkan mata ke sekeliling dapur.

"Eh kak Fea pun ada?" Eisha terkejut melihat kewujudan aku disitu.

"Ingat dah tak nampak akak" sengaja aku mahu mengusik.

"Mana ada la akak Sha tak perasan tadi" nafi Eisha.

"Boleh eh bonda" tapi pujukan tetap berjalan.

"Minta dengan baba. Fea naik panggil Emeer untuk sarapan" arah bonda.

Aku mengangguk.

Naik sahaja ke atas aku melihat Emeer masih terbaring elok di atas katil tanpa baju. Selepas subuh tadi dia menyambung tidur malas mahu mengacau aku hanya meninggalkan dia tadi.

Kaki menapak mendekati katil untuk mengejutkan Emeer tapi tangan aku teragak-agak mahu menyentuh badannya kerana teringat akan amaran yang dikeluarkan petang semalam.

"Ehem.. abang bangun sarapan" tidak terlalu kuat suara aku gunakan. Tiada respon.

"Abang bangun sarapan yang lain dah tunggu" kuatkan sedikit suara takut dia masih terasa nyaman di alam mimpi. Tapi hampa usaha aku sia-sia.
Melihat usaha aku hanya menggunakan suara tidak berjalan akhirnya aku mendekatinya dan menyentuh sedikit bahu yang terdedah itu untuk menggoncangkan badan bagi mengejutkannya.

"Abang bangun" ucap aku lagi. Sedikit gerak balas yang diberi oleh Emeer.

"Ermm" hanya itu balasannya. Huh susah betul!.

"Encik Emeer Noah bangun la sarapan yang lain dah tunggu pukul berapa awak nak makan kalau macam ni gayanya?" agak kasar bicara aku tapi nak buat macam mana bukan main susah lagi mahu mengejutkannya.

"Cit, jangan kacau la aku nak tidur" marah Emeer.

"Awak nak marah kejap lagi la, sekarang kita turun dulu makan kenyangkan perut boleh?" pujuk aku.

"Tak nak" tolak Emeer.

"Emeer jommm" aku menarik perlahan lengannya untuk menurut tapi hampa dia hanya keraskan badan.

"Urghh fine! Suka hati awak la. Kalau nak makan awak turun tau saya tunggu dekat bawah" pesan aku dan menapak turun dari katil.

Turun sahaja aku sudah melihat ahli keluarga yang lain sudah berkumpul di meja makan. Terlihat baba, Eisha, Eful dan Erfan sudah ada disitu. Eful adik selepas Emeer dan Erfan selepas Eful, Eisha bongsu. Aku juga baru tahu tentang itu sehari sebelum aku bernikah

Bonda yang melihat aku turun terus menanyakan tentang Emeer.

"Ha Emeer mana Fea?"

"Abang Emeer penat kot bonda dia nak tidur. Tak apa la makan dulu nanti abang Emeer nak makan Fea boleh sediakan" ucap aku tersenyum manis.

"Biar saja dekat Emeer tu Fea mari makan, nak tunggu dia bangun raya tahun depan pun tak turun lagi" baba mengarah.

Belum sempat aku menjawab Emeer mencelah.

"Dah bangun dah pun, tak payah la nak sindir Emeer" Emeer menjawab dan dia menyaingi langkah aku turun ke bawah dalam keadaan sedang menyarungkan t-shirt putih di badan berotot miliknya.

"La terasa ke?" sindir baba.

Emeer hanya diam malas mahu berbalah. Penat berbalah semalam pun tak hilang lagi.

"Fea tunggu apa lagi mari makan" panggil bonda yang melihat aku masih berdiri statik di tangga.

"Ouh ha bonda" kalut aku turun dan mengambil tempat di sebelah Emeer.

"Abang nak makan apa?" tanya aku.

"Mihun" senada dia menjawab.

Aku mencedokkan mihun ke atas pinggan dan telur goreng.

"Hmm untung la makan dicedokkan minum disuakan" Eisha mencelah.

"Kau pun nanti layan suami macam tu la adik" sampuk Eful.

"Eish sibuk lau kau ngah" meluat dengan perangai angah yang selalu menyampuk percakapannya.

Aku hanya diam dan menjamu selera. Biasala hidup adik beradik.

"Lepas makan Emeer nak balik sana dengan Fea" beritahu Emeer pada keluarganya. Aku sudah tahu tentang itu dan tidak membantah kerana itu keputusan dia dan dia suami siapala aku mahu menghalang.

Bunyi hentakan nyaring garfu terhasil.

"Emeer Noah!" marah bonda.

"What?" dengan malas Emeer menjawab.

"Kita dah bincang hal ni semalam bukan?" geram dengan sikap degil seorang Emeer Noah.

"Dan Emeer tetap dengan keputusan Emeer" dia teruskan suapan dimulut.

"Biarla dia Mira, dia dah berkeluarga. Nak buat apa pun senang ada privasi nanti" baba malas mahu mengkeruhkan keadaan cukuplah semalam dia hampir sakit jantung dengan perangai Emeer.

"Huh!" bonda mengeluh.

"Fea habis makan kemas barang kita balik" arah Emeer dan terus naik ke atas selepas makan.

Aku ditinggal bersama keluarganya. Kenapa disaat ini aku berasa seperti kehadiran aku langsung tak dialu alukan oleh mereka? Terutama Emeer.

"Jangan ambil hati Fea" pesan bonda.

Aku tersenyum.

5/12/2021
Jangan lupa vote dan Komen
Thanks❤️

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now