BAB 14 ENCIK ISYRAF

1.8K 95 5
                                    

Hari baru muncul lagi. Selalunya selepas solat subuh aku turun ke bawah untuk menyediakan sarapan tapi tidak untuk hari ini dan lusa. Awal pagi lagi Emeer sudah memberitahu untuk bersiap pada pukul tujuh pagi untuk keluar bersarapan. Selepas itu kami akan meneruskan aktiviti yang lain ikut pada keadaan.

Aku hanya bersiap ala kadar sahaja kerana sebentar lagi mahu tukar juga kepada pakaian mandian.

Trutt..

Bunyi dari telefon menandakan ada mesej masuk. Aku terus mencapai telefon dan melihat gerangan yang rajin menghantar mesej di pagi hari.

Unknown

Fea kalau ada benda buruk jadi bagitahu aku ASAP!.

Melihat kan pesanan pun aku sudah tahu siapa, Aedy la si penyibuk itu!. Setahu aku beza antara waktu Meldives dan Malaysia tiga jam, kalau disini pukul 7 jadi disana pukul 5 pagi.

"Awal betul awak bangun Aedy" sanggup betul berjaga mata kerana risau kan aku.

Trutt..

Unknown

Aku tahu Intan ikut trip honeymoon KORANG kan? Jawab aku Fea, jangan buat aku risau!.

Dahi sudah mula mengerut. Macam mana dia tahu? Dia scandal Intan kah?.

Unknown

Aku tahu kau baca please jawab aku Fea..... Emeer ada buat kau nangis ke?.

Masih tidak berputus asa dia bertanya.

Kringg... Kring...

Unknown is calling

Tidak mahu membuat dia asyik mengganggu pagi aku yang indah ini aku terus mengangkat panggilan dari dia.

"Hello" ucap aku.

"Fea! Apasal aku mesej kau tak balas!?" keras suara Aedy bertanya.

"Aedy saya okay la yang awak nak risau sangat kenapa?" walaupun aku tersentuh dengan sikap perihatin dia aku masih ingat aku isteri orang, aku masih perlu menjaga batas aku supaya tidak berlebih dengan lelaki yang bukan muhrim dengan ku.

"Aku risau kan kau lah sengal! Kalau aku tak risau aku tak ada nak bangun awal pagi macam ni semata-mata nak call kau!" perli Aedy.

Aku ketawa kecil.

"Kau ketawa?!" suara Aedy semakin keras apabila mendengar ketawa aku.

"Aedy dengan ni, saya okay je saya enjoy this holiday. Memang Emeer bawa Intan tapi saya buat tak tahu je lah. Lagipun saya boleh tengok laut, mandi kolam best apa" beritahu aku.

"Nasib baik kau enjoy juga" lega Aedy.

"Tapi macam mana awak tahu Intan ikut eh?" pelik juga aku.

"Kalau kau nak tahu bila balik Malaysia aku orang pertama kau kena jumpa. Bye!" terus dia matikan panggilan.

Aku ternganga dengan sikap selamba seorang Aedy ini.

"Macam macam" tergeleng geleng kepala dengan sikap Aedy.

Tok Tok Tok.

Bunyi ketukan pintu itu mematikan senyuman aku tadi. Sudah dapat mengagak siapa sebenarnya. Tidak membuang masa aku terus menuju ke pintu.

"Dah nak keluar ke?" Tanya aku sejurus membuka pintu.

Emeer yang segak memakai t-shirt Polo berwarna biru cair itu tidak menjawab malah mata tekun memerhatikan aku.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now