BAB 26 DALAM KAWALAN DIA

2.4K 126 15
                                    

Aku diam dalam pelukan Emeer. Dalam pelukan yang dulu hangat tapi kini penuh kebencian!. Dia layan aku tidak ubah seperti seorang pelacur saat ini. Ya aku tahu Emeer ada hak keatas aku tapi bukan dengan cara ini!.

Merasakan pergerakan dari belakang aku terus mengesat pipi yang dibanjiri air mata tadi. Semalaman aku tidak tidur sebab lelaki ini. Aku penat!.

"Dah bangun hmm?" suara serak basah Emeer kedengaran dari celah leher.

Aku diam tidak membalas.

"Fea" panggil Emeer lembut.

Aku mahu bangun. Memandangkan dia sudah sedar mudah kerja aku untuk bangun kerana kalau tidak kuat Emeer memeluk sampai susah aku mahu melepaskan diri.

Tangan memegang lengan Emeer supaya lepaskan pinggang aku tapi malah ditarik kembali dekat ke dadanya.

"Lepas Emeer" pinta aku.

"No! Pandang abang Fea" balas Emeer.

Aku tersenyum sinis. Abang? Sudah basi!.

Aku tidak mengalah untuk melepaskan diri. Emeer yang geram dengan sikap aku terus pusingkan badan aku menghadap dia.

"Pandang muka abang Fea" arah Emeer.

"Fea!".

"Jangan gunakan panggilan abang saya benci!" jerit aku dan kembali meronta.

Emeer memeluk kuat tubuh aku sehingga aku berhenti meronta.

"Saya penat Emeer...." lirih suara aku.

Emeer diam, bibir dilekapkan di dahi Sofea.

"Saya penat dengan sikap awak Emeer Noah. Berapa banyak personality yang awak boleh buat? Setiap hari awak berubah. Apa lagi salah saya pada awak?" aku melepaskan tangisan kuat di dada Emeer.

"Shhh, I'm sorry" ucap Emeer.

Maaf? Sudah terlambat Emeer. Hati aku cukup terluka sebab kau!.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Awak ada Intan Emeer.... Jadi pergi pada dia" sayu suara aku.

"Aku mahukan kau Sofea bukan dia"

"Jadi untuk apa awak duakan saya Tengku Emeer Noah!" aku menjerkah dan menolak kuat tubuh Emeer supaya menjauh.

Emeer tersentak dengan perlakuan Sofea.

"Sttt... Auu" aku merintih kesakitan akibat pergerakan tadi di bahagian kemaluan.

"Fea".

"Jauh!"

Aku menghalang Emeer dari mendekat.

"Fea sakit! Jangan degil boleh tak?!" tertahan suara Emeer menahan marah kerana kedegilan Sofea.

"Saya sakit sebab awak!" jerit aku kuat.

Biar dia mahu gelar aku perempuan seperti apa pun aku sudah tidak kesah. Aku penat.

Aku bangun dari katil dengan keadaan selimut menyelimuti badan. Kaki terus menapak masuk ke dalam bilik mandi tanpa sedikit pun melihat ke arah Emeer.

Masuk ke dalam bilik mandi aku terus buka pancuran air hujan dan biar air membasahi badan. Aku terduduk lemah.

"Kau jahat Emeer! Aku benci kau!" aku jerit sekuat hati biarkan Emeer dengar.

"Kau kecewakan aku lagi dan lagi" aku merintih menahan sakit dan kecewa.

Aku menangis sepuas hati melepaskan keperitan di hati.

Emeer di luar bilik memarahi diri kesal dengan sikap cemburu. Dia bersalah pada Sofea tapi hanya cara ini untuk ikat Sofea terus bersama dia.

Kring.... Kring...

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now