EPILOG:SELAMAT TINGGAL KEKASIH ABANG

5.1K 177 38
                                    

Bunyi tangisan di Tanah perkuburan Islam itu menandakan bertapa mereka terkesan dengan pemergian arwah.

Mayat yang diletakkan di atas keranda itu diangkat dan dihulurkan ke arah beberapa lelaki yang sudah siap sedia menunggu. Salah seorang yang sangat menanti jenazah itu ialah Emeer Noah, suami kepada jenazah yang akan dikebumikan pada petang itu Sofea Ariana Binti Hafiz. Begitu juga Encik Hafiz bapa kepada arwah. Baru kali ini semua melihat Encik Hafiz menangis seteruk ini. Selama ini dialah yang paling kuat! Dialah yang menjadi sumber kekuatan kepada isterinya. Tapi kali ini dia tidak dapat menyembunyikan lagi kesedihan yang sarat didada. Dia sudah kehilangan puteri yang selama ini dijaga tapi.

Emeer memegang kejap tubuh kaki milik isterinya bersama dengan ahli keluarga yang membantu dan diletakkan perlahan lahan ke dalam lubang yang sudah digali.

Puan Syifa bagai hilang roh melihat jenazah anak perempuannya sudah berada di dalam kubur. Hanya jasad yang ada tapi semua perasaan sudah hilang dibawa Sofea. Dia tidak sanggup melihat kepergian anaknya. Dia tidak kuat!. Dia lemah.

Puan Esmira yang sudah dibanjiri air mata berada di pelukan Eisha. Dia baru sahaja baru lepas dari sedar pengsan. Tidak dia sangka secepat ini Sofea pergi meninggalkan dirinya. Tidak ketinggalan kehadiran lima lelaki yang pernah menjaga Sofea selama sebulan tempoh hari. Bagai mimpi bagi mereka selepas mendapat khabar berita tentang kepergian Puan mereka. Isyraf turut ada.

Emeer keluar dari lubang kubur selepas sudah meletakkan tubuh Sofea begitu juga dengan yang lain. Nizar mengambil alih Aedy untuk menanam kembali kubur itu. Dia cuba untuk kuat ketika melihat wajah adik susuannya untuk kali terakhir pagi tadi di hospital. Sofea dikebumikan betul-betul di sebelah kubur Muhammad Syakir Naufal. Kubur anaknya.

Selesai sahaja mereka duduk di tepi kubur untuk imam membacakan talkin. Satu sahaja keadaan pada petang itu ditambah dengan mendung yang seakan menghormati kepergian Sofea Ariana.

"Bismillah hir rah man nir rahim. KULU NAFSIN ZAA IKATULMAUTT.

Subhanallah Walhamdulillah Walailahhaillah Allahuakhbar.

Maha suci Tuhan yang bersifat Baqa' dan Qidam, Allah yang berkuasa mematikan setiap yang bernyawa. Maha Suci Allah Tuhan yang telah menjadikan mati dan hidup untuk menguji sesiapa di kalangan hambanya yang terbaik sewaktu hayat".

Semua tekun mendengar bacaan imam.

"Maha Suci Allah Tuhan yang menjadikan lubang kubur kubur ini, sebenar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar, Dan sebesar-besar peringatan kepada kita yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan binasa, melainkan zatNYA yang lahir ke dunia ini, kita semua akan kembali menghadap Allah sebagaimana telah kembalinya saudari kita saat ini.

Wahai Sofea Ariana Binti Syifa. Wahai Sofea Ariana Binti Syifa. Wahai Sofea Ariana Binti Syifa. Ingatlah janji-kami Allah terhadap kamu, sebelum kamu lahir ke dunia ini, hinggalah waktu kamu meninggalkan dunia ini. Saat kami telah masuk ke negeri Akhirat.

Ingatlah janji-janji kamu...... Kamu mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Dan kamu mengaku bahawa Nabi Muhammad
S. A. W. adalah pesuruh Allah.

(sumber Internet.)

Habis sahaja taklin dibawa ahli keluarga diberi ruang untuk menziarahi kubur. Orang pertama yang mendekati kubur Sofea sudah semestinya Puan Syifa dan Encik Hafiz. Dua manusia inilah yang selama ini menjadi penguat seorang Sofea Ariana. Jatuh bangun Sofea mereka lah yang akan sentiasa ada bersama, dari Sofea lahir sehinggalah Sofea pergi meninggalkan mereka.

"Assalamualaikum anak mama" ucap Puan Syifa dan mengusap Tanah yang baru sahaja digali tadi.

"Fea penat ya sayang? Sayang penat sangat ya sebab tu Fea tinggalkan mama dengan ayah?" Tanya Puan Syifa lembut.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now