BAB 39 SEDARLAH SAYANG

3.4K 140 12
                                    

Kawasan Tanah perkuburan itu semakin ramai tinggalkan selepas selesai sesi pengebumian Muhammad Syakir Naufal. Ya bayi yang berusia sebulan itu sudah selamat di kebumikan oleh bapanya sendiri, Emeer Noah. Rata-rata ahli keluarga yang datang semua mengalirkan air mata sewaktu melihat Emeer meletakkan mayat itu ke dalam Tanah tadi. Anak yang di tunggu-tunggu kelahirannya oleh seorang ibu bernama Sofea Ariana pergi menghadap ilahi di dalam usia yang terlalu muda!. Baru berusia sebulan di dalam kandungan ibu dia sudah diambil kembali oleh sang pencipta.

Emeer duduk bersila di atas tikar yang dibawa dihadapan kubur anaknya. Tangan di letakkan di atas Tanah merah yang masih baru.

"Assalamualaikum anak daddy" panggil Emeer. Air mata mulai turun.

"Maaf daddy buat anak daddy pergi dulu sebelum dapat jumpa mommy... Daddy salah sayang. Daddy kejam dengan mommy. Daddy selalu abaikan mommy. Daddy jahat sayang" esakan kuat sudah berbunyi dari Emeer.

"Daddy cakap daddy sayang mommy tapi daddy langsung tak jaga mommy elok-elok. Daddy selalu abaikan mommy. Daddy buat mommy macam manusia yang tak ada hati dan perasaan sayang. Macam mana daddy nak berhadapan dengan mommy lepas ni? Dia dah benci daddy sangat" Emeer menunduk. Dia Kecewa dengan diri sendiri.

"Maafkan daddy sayangg. Daddy tak layak berdampingan dengan wanita sebaik dan secantik mommy Syakir. Dia wanita hebat! Dia cekal!. Dia sabar dengan segala karenah daddy yang kadang-kadang ni boleh minta penyepak" Emeer ketawa hambar terkenang sikap Sofea.

Sungguh wanita itu wanita yang sangat penyabar. Wanita itu terima sahaja segala makian, cemuhan dan cemburu di hati dengan sikap yang Emeer tunjukkan. Tambahan sewaktu dia beritahu mahu berkahwin dengan Intan.

Bagaimana dia boleh menjadi buta untuk nampak wanita setulus dan sebaik Sofea? Kenapa dia masih memilih batu jalan dari batu mutiara?.

"Daddy minta diri dulu ya sayang? Daddy ada tanggungjawab lain untuk selesaikan sekarang. Nanti ada rezeki daddy datang jumpa anak daddy lagi ya?. Inshaallah daddy cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik untuk mommy lepas ni ya?. Doakan daddy!" habis melontarkan kata Emeer terus bangun dan melipat tikar tempat di duduk tadi. Kubur itu dilihat buat kali terakhir sebelum kaki menapak meninggalkan tanah perkuburan Islam itu.

Sampai di kereta dia terus masuk memulakan perjalanan untuk pulang.
























Intan melemparkan semua barang di dalam bilik rumah ibu bapanya.

"Arghhhh aku benci kau Sofea Ariana! Kau perampas!!!!" jerit Intan Kuat.

Dia membaling semua barang berharga ke lantai sehingga pecah berderai.

Ibu bapa Intan yang berada di luar sudah risau mendengar barang yang dihempas ditambah pula dengan jeritan anak mereka.

"Intan bawa mengucap Intan! Jangan buat perangai macam orang tak ada Iman!" marah Encik Halim bapa Intan.

"Betul tu Intan, kita boleh bincang jangan jadi macam ni! Semua bukan salah Sofea sahaja! Salah Intan juga yang nak ambil risiko untuk kahwin dengan Emeer!" sokong Puan Maimun.

Awal-awal mereka sudah melarang anak perempuan bongsu mereka untuk tidak mengahwini suami orang supaya tidak menjadi hal sebegini. Tengok lah sekarang huru hara jadinya!.

"Dia perampas! Emeer hak Intan bukan hak perempuan tu!!" marah Intan.

Maria dah Najmi yang baru sampai terkejut dengan Bunyi barang yang dihempas dari bilik adiknya.

"Apa jadi mak?" tanya Maria. Najmi yang sedang mendukung anak hanya diam di belakang.

"Adik kamu balik-balik sahaja mengamuk marah cakap Emeer curang. Nak curang apanya kalau Emeer tu dah ada bini!" balas Encik Halim.

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now