BAB 5 HIDUP KAU, HIDUP AKU

1.9K 84 6
                                    

Suasana di dalam kereta milik Emeer sunyi sepi, tiada siapa diantara kami yang mengeluarkan kata mahupun bunyi dari radio. Mungkin Emeer lebih gemar suasana sunyi daripada bising dipersekitarannya, aku yang hanya menumpang tidak berani bersuara takut dicemuh.

"Ermm maaf mengganggu tapi Fea nak tanya abang ke yang angkat Fea ke katil semalam?" ragu juga mahu bertanya tapi soal ingin tahu melebihi segalanya aku lontarkan juga kata.

"Hmm. Kau menghalang laluan aku nak ke meja tempat aku bersiap sebab tu aku angkat kalau tidak memang aku biarkan sahaja" dingin suara Emeer membalas.

"Terima kasih" walau agak terasa dengan kata-katanya tapi aku sabar kan sahaja kerana dia suami.

Selepas agak lama perjalanan akhirnya kami sampai di sebuah banglo dua tingkat milik Emeer di Cyberjaya. Bagi aku suasana di sekeliling agak menarik dan memudahkan penghuni di taman ini melakukan aktiviti riadah.

Emeer yang keluar dari kereta hanya biarkan aku sendiri selepas dia mengangkat beg baju miliknya sahaja! Aku ulang miliknya sahaja!. Susah sangat nak tolong angkat kepunyaan isteri agaknya.

Selepas sahaja mengambil barang aku di bonet kereta, aku terus berjalan menuju ke pintu utama banglo dua tingkat itu. Ternyata sudah ada seorang wanita bawa 40 an mungkin yang sudah menunggu aku di pintu masuk.

"Selamat datang puan" ramah kartini.

"Terima kasih err...."

"Saya Kartini Puan" tersenyum manis Kartini melihat reaksi aku yang agak bingung mahu memanggil dia apa.

"Ouh kak Kartini, saya Sofea panggil je Fea tak perlu Puan sebab bukan saya yang bayar gaji akak" jujur bukan aku yang bayar gaji dia jadi tidak perlu menghormati aku dengan memanggil Puan segala.

"Iyala Fea, jom akak bawa ke bilik. Sini beg akak bawakan" pelawa Kartini.

"Tak apa saya masih larat nak angkat" tolak aku lembut.

Kartini hanya mengangguk dan terus mengajak aku naik ke atas menuju ke bilik aku. Fikir aku bilik bersama Emeer tapi tolahan aku salah.

"Ni bilik Fea?" tanya aku.

"Ya ni bilik Fea, Emeer yang bagitahu kak Kartini semalam sebelum balik sini" beritahu Kartini.

"Ouh, bilik abang Emeer?" tanya aku lagi.

"Tu yang depan pintu warna kelabu. Master bedroom" balas Kartini.

Malas mahu bertanya lebih aku hanya mengucap terima kasih lagi pada kak Kartini dan meminta diri untuk berehat seketika. Dia hanya akur dengan permintaan aku.

Masuk sahaja di bilik aku meletakkan beg baju aku di tepi dinding.

Masuk sahaja di bilik aku meletakkan beg baju aku di tepi dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bilik itu lebih kecil dari bilik aku Di rumah mama dan ayah. Terdapat ruang di tengah hanya cukup-cukup untuk aku mendirikan solat.

"Huh kenapa jadi macam ni?. Bukan ke tempat isteri disisi suami? menjaga pakai, makan dan kebajikan suami?" keluh aku sendiri.

"Memang itu tugas seorang isteri" sampuk satu suara dari belakang. Aku  pusingkan badan.

"Abang...."

"Tapi kau tak layak untuk buat semua itu pada aku" senang sahaja Emeer berkata tanpa memikirkan hati dan perasan aku.

"Tapi kenapa? Fea isteri abang yang sah disisi agama" tanya aku.

Emeer berjalan mendekati aku. Dia berpusing mengelilingi tubuh aku.

"Kesian kau kan, mesti kau tak tahu kenapa kau dikahwinkan dengan aku" sinis Emeer.

"Apa abang cakap ni?" sungguh aku tidak faham.

"Bonda pinang kau untuk kahwin dengan aku sebab dia tak nak aku kahwin dengan kekasih hati aku I tan!" jerkah Emeer.

Hampir sahaja aku terduduk dek jerkahan kuat yang dihasilkan oleh Emeer.

"Apa???" tergetar badan mendengar kenyataan itu.

"Jadi jadi bodoh la Sofea Ariana!. Kau jangan fikir aku suka pada kau sebab itu aku kahwin dengan kau!" kasar Emeer.

"Jadi kenapa kahwin juga dengan Fea kalau abang tak nak pun dengan perkahwinan ni!" nada aku semakin tinggi. Jujur hati aku mulai pedih dengan kenyataan yang baru aku tahu saat ini.

Emeer ketawa.

"Untuk puaskan hati bonda dan baba. Aaa untuk sakitkan kau juga sebab setuju untuk terima sedangkan aku dan beri amaran untuk tolak" tenang sahaja Emeer saat ini.

"Amaran? Mesej tiga bulan lepas?" terkejut bukan kepalang lagi buat aku.

"Yes itu aku!. Kau tahu kenapa aku hantar mesej itu tak berhenti? Sebab aku nak kau tolak supaya aku dan Intan boleh bersatu menjadi pasangan suami isteri!" nada yang kecewa aku dengar dari Emeer.

"Sepatutnya sekarang aku dengan dia dah bahagia di tempat percutian honeymoon yang kami rancang selama ini. Tapi semua hancur sebab kau datang dalam hubungan kami!. Kau tak kurang macam perampas aku daripada Intan kau tahu tak" marah Emeer lagi.

"Abang tak boleh salah kan Fea sorang! Ini juga bukan kehendak Fea!" sakit lagi hati dituduh sebagai perampas.

"Eh tak payah nak berabang sangat la dengan aku jijik tahu tak! Yang layak hanya Intan bukan kau!" terus Emeer menolak badan aku sehingga jatuh terduduk di lantai.

"Kau dengar sini baik-baik Sofea Ariana, walaupun kita berkahwin kehidupan kita masih seperti dulu sewaktu sebelum berkahwin tak ada apa yang akan berubah terutama layanan aku pada kau!. Mulai hari ini hidup kau, hidup aku. Aku cuma akan beri nafkah zahir sahaja pada kau dan jangan harap nafkah batin aku akan lakukan pada perempuan perampas seperti kau!" selepas puas menghina Emeer terus menapak keluar dari bilik aku.

Setitik demi Setitik air mata aku mulai membasahi pipi.

" Apa yang kau mahu uji aku YA Allah? Rasa ini sakit sangat "rintih aku sendiri.

6/12/2021
Maaf jika ada kesalahan
Vote dan komen
Terima kasih

MENGAPA AKU YANG HARUS BERKORBAN?.. Where stories live. Discover now