01

278 47 12
                                    

"Hwa pergi dulu, ma."

"Hati-hati di jalan."

Seonghwa mengumam kecil mendengar pesanan daripada mamanya. Pintu rumah dibuka dan seperti biasa, sekuntum bunga rose bersama nota kecil terletak elok di atas karpet rumput kecil berhadapan dengan pintu masuk.

Seonghwa memandang pemberian tersebut. Sudah hampir seminggu gerangan misteri menghadiahkan bunga rose untuknya. Dia sendiri tidak tahu siapa tetapi yang Seonghwa tahu orang itu semestinya seorang perempuan. Tak boleh bayangkan kalau lelaki yang hadiahkan bunga untuknya.

Seonghwa tunduk sedikit badannya lalu mencapai bunga rose bersama nota kecil tersebut.

Good morning sunshine.

"Buang masa sahaja."

Hadiah tadi disimpan ke dalam beg kecilnya. Tunggu masa sahaja untuk buang.

Seonghwa menghidupkan motor sebelum memecut laju ke kolej.

🍓

"Macam mana? Hari ni dapat lagi?"

Seonghwa tidak terus menjawab pertanyaan dari Hongjoong itu sebaliknya melabuhkan duduk di atas kerusi, sebelah dengan Hongjoong. Beg diletak ke atas meja sebelum dibuka dan hadiah pagi tadi dikeluarkan.

"Dia tak ada tulis apa-apa ke dekat note tu? Maksud aku, nama dia."

Seonghwa geleng kecil. "Tak ada. Siapa je nak dedahkan nama dia dekat crush sendiri."

"Jadi kau nak kata dia sukakan kau la?"

"Takkan benci sampai nak hantar bunga bagai." Seonghwa menjeling Hongjoong. Itu pun nak ditanya.

Hongjoong mengabaikan jelingan dari Seonghwa. Dia ambil note itu sebelum dibaca.

"Kau akan percaya tak apa yang aku akan cakap?"

"Kau belum cakap lagi, macam mana aku nak percaya."

Hongjoong meneliti nota kecil tersebut sebelum memandang Seonghwa.

"Aku rasa pernah tengok tulisan ni." Hongjoong menggosok dahinya. Seonghwa memandang kosong.

"Kau serius ke ni?"

"Iyalah. Cuma tak tahu dekat mana."

Seonghwa membiarkan Hongjoong meneliti kertas kecil itu. Dia mengeluarkan buku pelajaran. Malas nak fikir gerangan misteri itu. Lebih elok belajar.

Beberapa minit Seonghwa mula belajar, dia menoleh ke belakang. Dari tadi lagi Seonghwa merasakan dirinya diperhati. Betul tekaannya. Seonghwa hanya tayang muka biasa apabila ada seorang gadis terus menundukkan muka apabila mata mereka bertemu.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now