21

103 29 1
                                    

Seonghwa hanya tersenyum melihat Seohyun yang sudah memejamkan mata. Dia perasan pipi gadis itu memerah dan tidak dinafikan, dia juga merasakan pipinya sendiri membahang.

Mata Seonghwa jatuh pada bibir merah Seohyun dan ikutkan hatinya, dia ingin melekapkan bibir mereka bersama. Tetapi dia tidak mahu gadis itu ketakutan dan rasa malu. Sejujurnya, dia juga berasa segan.

Tangan Seonghwa naik mengelus rambut Seohyun sebelum dia berdiri tegak semula. Dia mendaratkan tubuhnya di atas katil.

Perlahan-lahan Seohyun membuka matanya dan terlihat Seonghwa berbaring di sebelahnya dan menghala pandangan ke arah siling. Seohyun menghembus nafas lega. Bimbang bibirnya dinodai.

Seohyun meliarkan pandangan melihat sekeliling bilik Seonghwa. Kemas dan bersih. Pandai lelaki itu menguruskan bilik sendiri. Kemudian mata Seohyun terhenti pada meja lampu di sebelah katil. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Cantik, kan?"

Seohyun tersentak kecil dan berpaling melihat Seonghwa yang sudah bangun dari pembaringan dan duduk di sebelahnya. Gadis itu kembali melihat pada tempat tadi.

Di atas meja lampu itu, terletaknya sebiji pasu yang berisi beberapa kuntum bunga rose.

Seonghwa tersenyum melihat reaksi Seohyun yang tergamam dan kebingungan.

"Memang saya tak suka bunga rose dan selalu buang sebelum ini. Tapi.. bila tengok lama-lama, saya rasa ianya cantik. Dan bila saya tengok bunga-bunga tu semua.. saya teringat pada awak."

Seohyun terus berpaling dan dia dilanda kekejutan apabila sedar kedudukan wajah mereka begitu hampir. Dengan gelabah, Seohyun bangun dari situ dan terus Seonghwa menarik tangannya lalu dia terduduk kembali.

"Stay." Bisik Seonghwa dengan suara serak basahnya. Seohyun ikutkan sahaja.

Lama mereka berdiam diri, Seonghwa bersuara.

"Pasti Minyoung dah beritahu awak tentang perasaan saya, kan?"

Seohyun terdiam sebentar sebelum dia mengangguk perlahan. Jujur sahaja.

"Jadi?"

"Jadi apa?"

Seonghwa senyum dan tangannya naik menyelit rambut pada telinga Seohyun.

"Sudi tak awak balas perasaan saya?"

Mengambil masa beberapa saat, Seohyun membalas.

"Semua ni terlalu cepat. Entah sebab apa awak boleh sukakan saya. Lepas tu kita sendiri tahu yang kawan baik saya, Minyoung sukakan awak. Awak rasa benda ni patut ke?"Jelas Seohyun.

Seohyun tahu Seonghwa tidak bersalah kerana itu perasaan lelaki itu sendiri, dia tiada hak untuk menghalang. Tetapi dalam masa yang sama dia fikirkan Minyoung juga. Jika dia menerima Seonghwa, dia akan merasakan dirinya sedang mengkhianati kawan baik sendiri.

Seonghwa tidak membalas kata-kata Seohyun tadi, hanya senyap merenung wajah gadis itu. Dia fikir Seohyun akan terus bagi kata putus tentang perasaannya.

Jadi sebagai denda,

Dia menyatukan bibir mereka bersama.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now