04

123 37 4
                                    

Seohyun berada di bus stop, menunggu bus ataupun teksi yang lalu. Hari ini dia tidak pulang bersama Minyoung, rakan serumahnya itu kerana gadis itu ada tugasan berkumpulan.

Sedang dia menunggu, ada seseorang yang melabuhkan duduk di sebelahnya. Seohyun pula tidak mahu ambil tahu. Dia bersandar ke belakang lalu memejamkan mata. Penat satu hal, sekarang musim panas. Berpeluh mukanya.

"Nah,"

Seohyun celik matanya dan sehelai sapu tangan berwarna merah menjamah pandangannya. Tidak terus ambil, Seohyun menoleh ke tepi. Membulat matanya dan terus dia menegakkan badan.

"Seonghwa, buat apa dekat sini?"

Seonghwa ketawa mendengar suara terkejut Seohyun. Dia mengambil tangan Seohyun lalu diletakkan sapu tangan tadi ke atas tapak tangan gadis itu.

"Muka awak berpeluh. Lap." Seonghwa membetulkan duduknya, menghadap ke hadapan. Seohyun yang masih terkejut diabaikan.

Seohyun mengerdipkan matanya berulang kali. Masih tidak percaya. Dengan rasa sangsi, Seohyun mengelap muka dengan sapu tangan pemberian lelaki itu. Ini kalau ternampak oleh Minyoung dia duduk berdua dengan Seonghwa, mahu merajuk gadis itu.

"Kenapa sanggup habiskan duit belikan rose untuk saya? Baik awak simpan je duit awak tu."

Tangan Seohyun yang tengah mengelap tadi terhenti. Dia menoleh pada Seonghwa. Setelah menghadam ayat lelaki itu tadi, dia membuka mulut.

"Bukan saya yang-"

Dan mulutnya tertutup kembali.

"Apa? Nak cakap bukan awak yang hantar?" Seonghwa menoleh pada Seohyun dengan pandangan tajam. Dia tidak tahu ke pandangan dia tu terlalu menggoda?

Seohyun menggigit bibirnya. Ingin sahaja dia memberitahu Seonghwa perkara sebenar tetapi dia sudah berjanji dengan Minyoung untuk merahsiakan hal itu. Tapi kalau tak beritahu, nanti Seonghwa akan berterusan menganggap dirinya menyukai lelaki itu.

Ha susah!

"K-kalau awak tak suka, saya akan berhenti hantar."

"Hei, kenapa nak berhenti?"

"Awak kan tak suka. Membazir."

"Memang pun membazir. Saya selalu buang."

Seohyun tergamam seketika. Walaupun hadiah yang selalu dia hantar itu bukan daripadanya tetapi dia agak terasa dengan perbuatan Seonghwa itu. Kalau Minyoung tahu lagi sakit hati gadis itu.

"Tapi takkan awak nak give up macam tu je?"

"Huh?" Muka Seohyun berkerut.

"Teruskan kejar saya. Buat sampai saya jatuh pada awak." Dan selepas itu Seonghwa bangun dan pergi.

Seohyun terkaku. Masalahnya bukan dia yang suka tapi Minyoung!

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now