18

105 30 7
                                    

"Seohyun,"

Seohyun hampir terjerit kerana sebaik sahaja dia keluar dari biliknya, Minyoung sudah berdiri tegak di situ.
Dia menggosok dadanya.

"Kau buat aku terkejut."

"Sorry." Minyoung tersengih kecil. Dia mengemam bibir.

"Aku nak cakap dengan kau sikit."

Seohyun terkebil-kebil sebelum dia tersenyum. Rasa lega apabila Minyoung sudi bercakap dengannya. Kemudian, mereka bergerak ke sofa.

"Aku sebenarnya nak minta maaf." Ucap Minyoung sebaik sahaja mereka melabuhkan duduk.

"Eh? Kenapa nak minta maaf pula?"

"Sebelum ni aku marah kau. Aku cakap bukan-bukan dekat kau." Ujar Minyoung dengan rasa bersalah.

"Aku tuduh kau macam-macam. Seonghwa cerita semuanya dekat aku. Aku minta maaf sangat." Sambung Minyoung lalu menundukkan kepala.

Seohyun menarik tangan Minyoung lalu digenggam tangan mereka bersama.

"Aku tak sukalah kau minta maaf macam ni. Aku okey jelah. Aku tak salahkan kau pun." Pujuk Seohyun sambil menggosok tangan Minyoung.

Minyoung tersenyum. "Terima kasih. Kau baik sangat. Seonghwa layak untuk kau."

"A-apa kau merepek ni?"

Jelas wajah Seohyun kelihatan terkejut manakala wajah Minyoung berubah ceria.

"Aku cuba untuk move on. Aku sedar Seonghwa tak sukakan aku. Dia sukakan kau."

Seohyun merasakan Minyoung hari ini sangat pelik.

"Sekali lagi aku nak tanya, apa kau merepek ni?"

"Seonghwa beritahu yang dia sukakan kau."

Mata Seohyun membulat.

"Min, aku-"

"Aku okey je. Aku tak nak dah nampak terhegeh-hegeh sukakan dia lagi. Aku kena terima yang dia sukakan kau."

Minyoung tetap tersenyum walaupun hatinya mengatakan sebaliknya. Dia akan cuba untuk melupakan lelaki itu. Lagi pula Seonghwa sukakan Seohyun, kawan baiknya sendiri. Tidak salah kalau dia mendukung hubungan mereka berdua.

Seohyun pula kaku terdiam di situ. Dia mengutuk nama Seonghwa dalam hati. Dah kenapa nak sukakan dirinya pula?!

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now