07

113 33 3
                                    

Seohyun yang sedang duduk di sofa rasa tidak senang hati. Matanya memaku pada pintu bilik Minyoung yang tertutup kemas. Tadi dia ada dengar kawannya itu menangis. Banyak kali juga dia pujuk untuk buka pintu tetapi Minyoung tidak menghiraukan dirinya.

Keluhan dilepaskan. Tidak faham betul dia dengan Seonghwa. Minyoung bukan main lagi cantik tetapi lelaki itu senang-senang je menolak cinta gadis itu. Langsung tidak beri peluang.

Seohyun terus bangun apabila pintu bilik Minyoung dibuka. Segera dia mendapatkan gadis itu.

"Kau okey ke?" Tanya Seohyun walaupun tahu kawannya itu tidak berapa okey.

Minyoung menggeleng kecil. Matanya kelihatan sembab. Seohyun tarik lembut tangan Minyoung, bawa ke meja makan.

"Kau duduk dulu. Aku panaskan lauk yang aku beli. Dari pagi kau tak makan."

Baru mahu berlalu ke dapur, tangan Seohyun ditahan. Minyoung menyuruh untuk duduk dan Seohyun ikutkan sahaja.

"Kau tahu tak sesiapa yang suka Seonghwa?"

Kening Seohyun berkerut dengan soalan Minyoung itu.

"Tak. Kenapa?"

"Seonghwa tolak cinta aku sebab ada orang lain sukakan dia."

Entah mengapa, Seohyun jadi berdebar.

🍓

Seohyun berlari anak mengejar langkah Seonghwa yang menuju ke garaj motor.

"Seonghwa!"

Seonghwa berpaling dan dengan refleks hujung bibirnya menaik apabila melihat gadis itu.

"Kenapa tolak cinta Minyoung?"

"Huh?"

Wajah Seonghwa berubah bingung. Sebaik sahaja Seohyun berhenti di depannya, soalan itu dilontarkan padanya.

"Minyoung mana ni?"

"Yang confess dekat awak haritu."

"Oh."

Oh sahaja?

Seohyun memandang Seonghwa dengan rasa tidak puas hati.

"Tapi kenapa?"

"Awak nak melebih dah kenapa?" Tanya Seonghwa. Pelik dengan sikap gadis itu.

"Dia kawan saya."

"Terus awak tak cemburu sebab dia sukakan saya?"

"Saya-"

Seohyun terdiam. Kalau dia beritahu yang dia sebenarnya tidak sukakan lelaki itu, apa Seonghwa akan percaya?

Seohyun mengeluh perlahan. Dia mengelap peluh di dahinya. Mereka masih berdiri di situ, di bawah cahaya matahari yang terik. Kemudian, Seonghwa menarik tangan Seohyun berlalu ke garaj motor untuk berteduh.

"Saya sebenarnya tak sukakan awak." Beritahu Seohyun apabila Seonghwa melepaskan tangannya.

Seonghwa tidak terkejut, hanya tayang muka biasa.

"Sanggup berkorban demi kawan sendiri?"

"Eh bukan-"

"Sudah."

Seonghwa berpaling dan menuju ke motor miliknya. Seohyun sudah menepuk dahi sendiri.

Semakin rumit jadinya.

ROSE ✔︎Donde viven las historias. Descúbrelo ahora