09

113 35 0
                                    

Keadaan di dalam kereta itu hanyalah sunyi. Seonghwa fokus memandu manakala Seohyun termenung ke luar tingkap. Sesekali itu Seonghwa mengerling ke arah Seohyun, risau gadis itu tidak selesa berada dengannya. Takut trauma dengan gangguan lelaki asing tadi.

Tiba-tiba bunyi aneh datang dari perut Seohyun. Gadis itu memandang Seonghwa seketika sebelum berdehem seketika. Malu.

"Lapar ke?" Tanya Seonghwa tanpa memandang gadis itu. Fokus pada pemanduan.

Seohyun mengangguk perlahan. Dia menyandar dengan penuh selesa. Tiba-tiba rasa mengantuk dan selepas itu dia terlelap.

Seperti lama tertidur, Seohyun terjaga sebelum sedar yang Seonghwa tiada di sebelahnya. Dia memerhati sekeliling dan mendapatinya mereka sekarang berada di depan sebuah mini mart.

Kemudian Seonghwa memasuki kereta bersama satu plastik di tangan. Dia hulur pada Seohyun dan gadis itu mengambil sebelum melihat isi di dalam.

Penuh dengan makanan.

"Banyaknya." Gumam Seohyun perlahan.

"Saya beli banyak untuk awak makan."

Terus Seohyun mendongak. Dia fikir Seonghwa tidak dengar tadi.

"Makanlah." Ujar Seonghwa sebelum menghidupkan kereta dan bergerak pergi.

"Awak nak bawa saya pergi mana?" Tanya Seohyun setelah beberapa minit perjalanan. Sambil itu dia membuka satu bungkusan roti coklat.

"Rumah awaklah."

"Awak tahu ke rumah saya dekat mana?"

Senyap.

Seonghwa memperlahankan keretanya sebelum berpaling pada Seohyun. Iya juga, mana dia tahu rumah gadis itu di mana.

🍓

Minyoung mengintai di sebalik langsir, melihat Seohyun yang baru keluar dari sebuah kereta. Berkerut keningnya melihat kereta itu. Rasanya pernah lihat. Dia mengecilkan mata cuba melihat pemandu namun tidak jelas.

"Min, kau belum tidur?" Tanya Seohyun sebaik sahaja memasuki rumah, terlihat Minyoung di sofa.

"Belum."

Minyoung perhatikan sahaja Seohyun yang melabuhkan duduk di sofa.

"Siapa yang hantar kau tadi?"

Soalan Minyoung itu membuatkan Seohyun jadi kaku. Mati kalau dia jawab Seonghwa.

"Kawan."

"Kawan?"

"Iya, kawan sekelas. Terserempak tadi jadi dia tumpangkan aku balik rumah." Jelas Seohyun dengan rasa berdebar.

Minyoung mengangguk perlahan.

"Tapi.. aku macam pernah tengok kereta tu."

Seohyun menelan liur.

"Ala kau ni. Ramai je guna kereta macam tu. Bukan Seonghwa je."

"Aku tak mention pun Seonghwa."

Ya Tuhan, kenapa dengan aku ni? Seohyun mencarut dalam hati.

"Aku tak terfikir pun kereta Seonghwa tadi. Aku just cakap aku pernah nampak kereta tu. Kenapa? Seonghwa ke yang hantar kau?" Minyoung cuba menduga kawannya itu.

Seohyun kelu lidah. Dia tidak mahu jujur, risau Minyoung akan kecil hati. Jadi dia menidakkan semuanya.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now