17

103 27 1
                                    

Seohyun asyik memandang pada jam di dinding. Televisyen di hadapan langsung tidak menarik perhatiannya. Dia risau dengan Minyoung. Tadi Seonghwa datang dan mengajak Minyoung keluar. Dia tahu tujuan lelaki itu yang ingin menjelaskan semuanya pada Minyoung. Tetapi sampai sekarang gadis itu belum pulang. Sudah tiga jam.

Tidak lama selepas itu, bunyi pintu dibuka kedengaran. Pantas Seohyun menoleh dan kelihatan Minyoung yang baru memasuki rumah. Dia bangun dari sofa.

"Minyoung,"

Seohyun menyeru lembut, berharap kawannya itu mahu berinteraksi dengan dirinya. Namun Minyoung sekadar memandangnya seketika dengan wajah kosong sebelum dia membawa diri ke dalam bilik.

Seohyun menghela nafas panjang. Dia boleh lihat riak wajah Minyoung yang nampak kecewa.

Apa Seonghwa kata yang bukan-bukan pada gadis itu?

Seohyun mula berfikiran negatif. Pasti lelaki itu mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati Minyoung.

Mahu telefon Seonghwa pun, nombor telefon lelaki itu dia tidak ada. Tunggu hari esok sahajalah kalau mahu berjumpa.

🍓

Seonghwa mematikan enjin motornya sesudah memarkir motor di garaj. Dia membuka helmet sebelum dikejutkan dengan kehadiran Seohyun di sebelah.

"Ada apa?" Tanya Seonghwa dengan dingin tanpa memandang gadis itu. Dia sibuk membetulkan rambutnya sambil melihat cermin sisi motor.

Seohyun sedar Seonghwa mula bersikap dingin dengan dirinya sejak dia menyuruh lelaki itu berjumpa dengan Minyoung.

"Maaf ganggu awak pagi-pagi." Ujar Seohyun perlahan. Seonghwa hanya berdiam diri.

"Semalam awak keluar dengan Minyoung, awak cakap apa dekat dia?" Tanya Seohyun. Seonghwa menoleh.

"Semua. Saya beritahu saya tak suka dia dan tak boleh terima dia. Kenapa?"

"Awak cakap dengan dia elok-elok, kan?"

Seonghwa merenung tajam pada Seohyun.

"Apa? Nak suruh saya minta maaf sambil keluar air mata?"

"Eh, bukan begitu." Seohyun mengemam bibir. Cakap dengan Seonghwa macam cakap dengan perempuan.

Seonghwa menghela nafas panjang sebelum turun dari motornya.

"Semua dah settle. Terserah dia nak terima ke tak."

"Tunggu."

Seohyun menarik hujung lengan baju Seonghwa apabila lelaki itu mula mahu berganjak pergi.

"Saya nak minta maaf. Saya marah awak sebelum ni dan paksa awak untuk terima kawan saya." Ucap Seohyun perlahan dan dia menunduk sedikit.

Wajah Seonghwa yang dingin tadi berubah biasa. Tangannya yang baru ingin mengelus rambut Seohyun, dia turunkan kembali. Dia berdehem.

"Awak tak ada salah pun dengan saya." Ujar Seonghwa, lembut.

Seohyun mengangkat kepala dan mereka membalas pandangan sebelum dia tersenyum kecil.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now