24

174 31 4
                                    

Seohyun mencapai beg sandangnya sebelum keluar dari bilik, menuju ke ruang tamu. Minyoung tiada di rumah, sudah berangkat ke kolej kerana kelasnya bermula seawal jam lapan. Sedangkan kelas Seohyun bermula jam sepuluh.

Sofa diduduki Seohyun lalu telefonnya dilayan. Sebenarnya dia sedang menunggu Seonghwa datang mengambilnya kerana lelaki itu sejak semalam lagi beria mahu datang. Terima sajalah.

Hubungan mereka berdua berjalan dengan lancar untuk seminggu ini. Pada awalnya, kekok juga Seohyun ingin melayan Seonghwa seperti teman lelakinya. Mujurlah Seonghwa pandai memainkan peranan dan dia mengikuti sahaja rentak lelaki itu.

Dalam masa yang sama, Seohyun dapat melihat sisi lain yang ada pada Seonghwa. Lelaki itu selalu mengambil berat tentang dirinya, menelefon setiap malam untuk menanya khabar. Kadang-kadang Seonghwa selalu mengadu masalah dan membuatkan lelaki itu kelihatan comel bagi Seohyun. Manja.

Telefon di tangan Seohyun berdering dan nama Seonghwa muncul. Segera dia angkat.

"Saya dah sampai." Ujar Seonghwa.

"Okey."

Talian dimatikan. Seohyun bangun lalu bergerak ke pintu masuk. Siap kunci pintu, kereta Seonghwa di luar rumah dihampiri.

"Morning." Seonghwa yang sudah berdiri di hadapan pintu kereta tersenyum lebar.

"Morning too."

Mereka membalas senyuman. Pintu bahagian sebelah pemandu, Seonghwa bukakan untuk Seohyun.

"Thank you."

"You're most welcome, honey."

Setelah itu, mereka mula bergerak ke kolej.

🍓

Untuk pertama kalinya, Seohyun datang bersama Seonghwa ke kolej. Agak segan juga Seohyun apabila Seonghwa menggenggam kemas tangannya sambil menuju ke kelas. Dia perasan ramai pelajar perempuan yang melihat-lihat ke arah mereka berdua.

"Awak," Seohyun menjengket sedikit kakinya lalu membisik pada telinga Seonghwa.

"Apa?" Tanya Seonghwa seraya menunduk kepalanya, memudahkan Seohyun berbisik dengannya.

"Malulah orang tengok." Seohyun menjuihkan mulut ke arah tangan mereka.

Mata Seonghwa terarah pada tangan mereka sebelum dia tersenyum lebar.

"Biarlah orang nak tengok. Biar semua tahu awak tu saya punya."

Selepas itu, Seonghwa tidak menghiraukan lagi renungan tajam daripada Seohyun, hanya berjalan seperti biasa sehinggalah sampai ke kelas.

Di depan pintu masuk lagi, Hongjoong yang sedang duduk itu terkejut melihat Seonghwa dan Seohyun berpegangan tangan. Bukan hanya dia malah satu kelas.

Seonghwa hanya berlagak seperti biasa dan membawa Seohyun ke tempat duduk gadis itu. Seohyun menayang senyuman kekok pada rakan-rakan sekelasnya.

Setelah Seohyun duduk di tempatnya, Seonghwa menitipkan pesan untuk belajar elok-elok sebelum dia berlalu ke tempat duduknya pula.

"Kau tak kata pun kau dengan Seonghwa ada apa-apa?" Hana di sebelah menyiku lengan Seohyun dan memandang tajam pada gadis itu.

Seohyun tersenyum dengan rasa bersalah.

"Aku bukan tak nak beritahu tapi aku segan lagilah. Sekarang kau dah tahu kan?"

Seohyun memujuk. Hana menjeling manja.

"Nasib baik aku dah tahu. Tak jadi nak marah." Dia ketawa kecil sebelum Seohyun juga turut ketawa.

Seonghwa yang baru duduk itu terus dilayangkan satu penumbuk pada bahunya oleh Hongjoong.

"Tak sangka aku." Ujar Hongjoong, teruja.

Seonghwa memeluk tubuh dan berlagak biasa.

"Macam mana kau pikat dia? Kau paksa dia ke?"

Soalan Hongjoong itu mendapat jelingan maut daripada Seonghwa. Hongjoong tersengih.

"Hehe aku gurau je. Aku doakan yang terbaik untuk kau berdua." Hongjoong menepuk-nepuk bahu Seonghwa dengan muka bangga.

Seonghwa mengangguk kecil. Kemudian, dia menoleh ke belakang untuk melihat Seohyun. Pandangan mereka bersatu.

Seonghwa membuka mulut mengatakan sesuatu tanpa mengeluarkan suara. Seohyun hanya membalas dengan anggukan kecil.

Nanti jumpa.

🍓

Seohyun menghampiri kereta Seonghwa. Sementara menunggu lelaki itu datang, dia menyandar pada bonet kereta. Sedang melayan perasaan sendiri, sekuntum bunga rose muncul di hadapannya. Dia menoleh dan melihat Seonghwa yang tersenyum manis padanya.

"Thank you." Ucap Seohyun seraya mengambil bunga rose itu.

Bunga rose itu ditatapnya. Dia jadi teringat pada pertemuan awal mereka sebelum ini. Semuanya kerana bunga rose.

"Awak teringatkan kita ke?" Tanya Seonghwa sebelum menyandarkan diri pada bonet kereta, sebelah dengan Seohyun. Seohyun mengangguk kecil.

Seohyun tidak menyangka, dulu dia hanyalah posmen yang menghantar bunga rose di depan rumah Seonghwa setiap pagi dan sekarang dia telah menjadi sebahagian daripada hidup lelaki itu.

Seonghwa hanya tersenyum melihat Seohyun yang khusyuk merenung bunga rose pemberiannya tadi. Dia tidak sangka, kawan peminatnya sendiri menjadi pilihan hatinya.

Takdir yang menentukan mereka.

"Seohyun,"

"Hm?"

Seonghwa bergerak menghadap Seohyun sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

"Terima kasih sebab sudi bagi peluang pada saya. Awak sanggup balas perasaan saya. Saya hargai sangat. Terima kasih, Seohyun." Ucap Seonghwa sambil mengelus rambut Seohyun.

Seohyun tersenyum lalu membalas pelukan.

"I love you." Ucap Seohyun berani seraya memejamkan matanya.

Semakin lebar senyuman Seonghwa.

"I love you more."


THE END

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now