03

126 39 8
                                    

Bunyi telefon kedengaran. Seonghwa yang baru keluar dari tandas terus menuju ke meja belajar lalu telefon dicapai. Hongjoong call.

"Hm,"

"Kau dah bangun ke?"

"Siap mandi dah pun."

"Okey cun!"

Seonghwa berdiri di hadapan cermin, meneliti tubuh badannya yang tidak berbaju. Rambut basahnya digosok dengan tuala.

Biasanya setengah jam sebelum kelas Seonghwa baru bangun tetapi hari ini awal sejam. Kenapa? Hongjoong suruh. Bangun awal untuk mengintip gerangan yang menghantar bunga rose di depan rumahnya setiap pagi. Walaupun malas, Seonghwa ikutkan sahaja.

"Aku end call dulu."

"Tengok betul-betul!" Pesan Hongjoong sebelum mematikan talian. Seonghwa berlalu ke almari dan memilih baju untuk dipakai hari ini. Setelah siap, Seonghwa duduk di sofa kecil sebelah dengan tingkap.

Hampir setengah jam menunggu sambil bermain telefon, Seonghwa bangun dan melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tunggu punya tunggu, kelibat seorang gadis memasuki rumahnya kelihatan.

Seonghwa tersenyum kecil, agak sinis. Rupanya tekaannya betul. Orang yang sama yang perhatikan dirinya secara senyap-senyap di dalam kelas.

Kang Seohyun.

🍓

"Aku nak pergi tandas sekejap. Kau pergilah dulu." Ujar Seohyun pada Hana ketika mereka sama-sama keluar dari kelas.

"Kau tak nak aku teman ke?"

"Tak payahlah. Lebih baik kau order makanan. Dengan aku sekali."

"Hm. Kau call eh kalau tak jumpa aku,"

Lepas itu mereka berpisah. Seohyun ke tandas. Beberapa minit menghabiskan masa di dalam tandas, Seohyun keluar dan dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki. Tengok dari belakang pun sudah tahu.

Seonghwa.

Seohyun teragak-agak untuk mendekati Seonghwa. Mungkin lelaki itu mahukan bantuan. Kalau tidak dia tidak akan berdiri di depan tandas perempuan. Kan?

"Seonghwa?"

Seonghwa menoleh sebelum dia tersenyum kecil. Seohyun membalas.

"Ada apa berdiri dekat sini?" Tanya Seohyun. Seonghwa tidak menjawab. Dia perhatikan Seohyun lama sehingga membuatkan gadis itu tidak selesa.

"Inilah orangnya, kan? Orang yang rajin hantar rose dekat rumah saya setiap pagi dan selalu perhatikan saya di dalam kelas. Am I right?"

Seohyun terkejut. Badannya jadi kaku. Bagaimana Seonghwa boleh tahu?!

Seonghwa ketawa halus melihat perubahan wajah gadis itu. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

"So cute."

Wajah Seohyun membahang. Malu. Tanpa berfikir panjang, pantas Seohyun berlalu pergi meninggalkan Seonghwa.

ROSE ✔︎Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu