23

109 29 8
                                    

"Abang, kenapa dengan anak kita tu?" Bisik Puan Park pada suaminya. Matanya melekat pada Seonghwa yang tersenyum sendirian sambil menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

Encik Park menoleh pada Seonghwa.

"Saya rasa dia tengah dilamun cinta." Balas Encik Park dengan membisik juga.

Puan Park sepertinya kurang percaya satu-satunya anaknya itu sudah jatuh cinta. Sebelum ini bila dia menyuruh untuk mencari teman wanita, pasti lelaki itu memberi alasan sibuk belajar. Habis sekarang?

"Hwa,"

Puan Park memanggil namun Seonghwa masih dalam dunianya.

"Park Seonghwa."

Seonghwa tersentak kecil sebelum dia tersenyum pada Puan Park.

"Ada apa, ma?"

"Kamu tersenyum-senyum dari tadi, kenapa?" Puan Park mengecilkan matanya, merenung anaknya dengan rasa sangsi.

Seonghwa ketawa kecil. "Malulah nak beritahu."

"Awak ni pun, betullah apa yang saya kata tadi. Dia tengah jatuh cinta." Encik Park mencelah.

Seonghwa ketawa kekok mendengar ujaran papanya tadi. Dia menunduk memandang nasi.

"B-betul apa yang papa kata." Ujar Seonghwa, perlahan.

Seonghwa angkat kepala dan dirinya dipandang tajam oleh Puan Park. Dia rasa tidak sedap hati. Apa mamanya tidak suka?

Tiba-tiba Puan Park tersenyum riang.

"Baguslah kalau macam tu. Suka mama mendengar."

Senyuman lebar terukir di bibir Seonghwa.

"Siapa perempuan tu? Dia dah jadi girlfriend kamu ke?" Puan Park menyoal dengan tidak sabar.

Seonghwa mengangguk kecil.

"Kawan sekelas Hwa."

Makin menjadi-jadi senyuman Seonghwa apabila teringat pada Seohyun. Tidak sangka gadis itu menerima untuk menjadi teman wanitanya. Walaupun Seohyun kata dia akan mencuba, Seonghwa tetap gembira kerana gadis itu berniat untuk membalas perasaannya.

🍓

Minyoung tersenyum apabila mendengar cerita Seohyun tadi. Dia gembira untuk kawannya itu.

"Aku cerita bukan nak bagi kau terasa ke apa. Tapi aku-"

"Eh, tak lah. Mana ada terasa. Aku gembira untuk kau. Aku boleh bayangkan betapa sesuainya korang berdua. Dia kacak dan kau cantik." Ujar Minyoung sebelum ketawa kecil.

Lega Seohyun mendengar balasan positif daripada Minyoung itu.

"Terima kasih."

Seohyun menarik Minyoung ke dalam pelukan. Mereka tersenyum dan berharap hubungan persahabatan mereka akan kekal.

Pelukan dileraikan. Minyoung mengajak Seohyun ke dapur. Sudah lama mereka tidak memasak bersama. Selalunya mereka beli makanan di luar.

Beberapa minit mencari bahan-bahan, mereka berhenti dan berpandangan antara satu sama lain.

"Habis." Ujar mereka serentak sebelum ketawa.

Banyak bahan yang sudah habis. Mahu tidak mahu, terpaksa jugalah mereka keluar membeli.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now