14

109 29 2
                                    

"Min, tunggulah dulu. Kau salah faham."

Seohyun mengejar Minyoung yang mahu masuk ke dalam bilik. Cepat-cepat dia mendepakan tangan di depan pintu bilik Minyoung.

"Minyoung.."

Minyoung memandang Seohyun dengan tatapan kecewa.

"Kau kata kau tak tahu siapa yang sukakan Seonghwa. Lepas tu kau kata Seonghwa tak suka rose tapi kau bagi juga. Tak sangka kau buat aku macam ni. Kau tipu aku." Ujar Minyoung sambil mengetap bibir. Dia menahan air matanya jatuh.

Seohyun menggeleng laju. Matanya juga sudah berair. Tidak sangka dirinya sudah membuatkan kawannya itu kecewa. Tetapi dia tidak berniat pun.

"Aku tak tipu kau, Min. Aku langsung tak suka dia. Dia salah faham. Pasal bunga rose tu pula, d-dia yang bagi."

Minyoung tiba-tiba senyum sinis.

"Dia yang bagi?"

Pantas Seohyun mengangguk.

"Maknanya dia ada hati pada kau. Tahniah, kau berjaya pikat dia."

Selepas itu, Minyoung menolak Seohyun ke tepi sebelum dia masuk ke dalam biliknya. Bahu Seohyun terhinjut apabila pintu bilik dihempas kuat oleh Minyoung.

Seohyun jatuh terduduk dan kemudian dia menangis perlahan.

🍓

Seonghwa perasan sepanjang kelas, Seohyun asyik termenung sahaja. Lama juga dia memandang Seohyun namun gadis itu langsung tidak membalas pandangannya, mungkin tidak perasan.

Tiba-tiba pensyarah menyeru nama Seohyun, untuk menjawab soalan di depan. Namun, Seohyun masih dalam dunianya. Segera Hana menyiku lengannya.

"Huh? Apa?" Seohyun tersedar.

"Lect panggil nama kau, minta kau jawab soalan dekat depan."

Seohyun terkebil-kebil sebelum dia melihat papan putih. Dia tergamam seketika. Tajuk baru tetapi dia termenung sepanjang kelas. Seohyun  tidak senang duduk apabila pensyarah di depan sudah membuat isyarat untuk segera bangun.

Tiba-tiba Seonghwa bangun dari tempat duduknya dan menawarkan diri untuk menjawab soalan. Sempat lagi dia memandang Seohyun sebelum bergerak ke depan.

Seohyun menghembus nafas lega. Nasib baik lelaki itu ada untuk menyelamatkan dirinya. Tanpa sedar, Seohyun tersenyum.

ROSE ✔︎Où les histoires vivent. Découvrez maintenant