20

108 27 9
                                    

Seonghwa perhatikan Seohyun yang menutup mata dari tadi sebelum dia melihat badannya yang separuh telanjang. Dia tiba-tiba tersengih. Malu agaknya.

Pada awalnya, Seonghwa terkejut dengan kehadiran Seohyun yang datang ke rumahnya buat kali pertama. Berada di dalam biliknya lagi. Muka cuak Seohyun tadi amat melucukan hatinya.

Ingin sekali Seonghwa mengusik Seohyun namun dia hanya berlalu ke arah almari untuk mengambil baju. Dia tidak mahu gadis itu trauma melihat badannya itu.

Sambil menyarungkan baju, mata Seonghwa melekat pada Seohyun yang masih diam di katil. Seonghwa menahan ketawa. Siap pakai baju, dia bergerak ke arah Seohyun dan berdiri di hadapan gadis itu.

"Hei, bukalah mata. Sekarang sudah selamat." Ujar Seonghwa, lembut.

"Boleh percaya ke?" Seohyun bertanya dengan rasa sangsi.

Seonghwa ketawa kecil lalu mengalihkan sendiri tangan Seohyun. Gadis itu perlahan-lahan mencelikkan mata sebelum dia menghela nafas lega. Seonghwa yang tersenyum lembut itu dipandangnya.

"Maaf, masuk tanpa izin."

"Tak apa. Uhm.. kenapa tiba-tiba datang dan dari mana awak tahu rumah saya?" Tanya Seonghwa.

"Hongjoong beritahu awak demam. Dia kata awak nak jumpa saya. Jadi saya datanglah. Rumah awak pula saya tahu daripada dia." Cerita Seohyun. Seonghwa memeluk tubuh.

"Saya memang demam tapi saya tak ada kata pun nak berjumpa dengan awak."

Seonghwa hampir ketawa melihat wajah terkejut Seohyun. Memang dia tidak beritahu apa-apa pada Hongjoong tetapi dia tahu kawannya itu cuba merapatkan mereka berdua.

Seohyun mencebik. "Jadi buang masa jelah saya datang sini."

"Mana ada. Tiada istilah buang masa bila kita bersama. Awak anggaplah awak datang melawat saya." Ujar Seonghwa seraya menunduk merapati wajah Seohyun.

Pipi Seohyun terasa membahang. Siapa tidak segan melihat lelaki kacak sedekat ini? Sedang tersenyum manis lagi.

Seohyun buat-buat batuk dan menolak bahu Seonghwa menggunakan jarinya agar menjauh.

"M-macam mana keadaan awak? Semakin membaik?" Tanya Seohyun, cuba membalas pandangan mereka.

"Pagi tadi demam teruk. Dah makan ubat jadi rasanya sekarang semakin membaik. Lagi-lagi awak datang, rasa demam tiba-tiba hilang."

Ha sudah.

Seohyun mengemam bibir. Dia teringat semula kata-kata Minyoung yang mengatakan Seonghwa sukakan dirinya. Semakin malu dia dibuatnya.

"Seonghwa, saya rasa dah lewat ni. Saya kena balik. Nanti kawan saya risau."

Baru mahu bangun, Seohyun terduduk semula apabila Seonghwa menolak dirinya. Dia terkebil-kebil apabila lelaki itu semakin mendekatkan wajah mereka.

Apa yang dia mahu lakukan?!

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now