13

107 29 4
                                    

Waktu rehat. Dengan berani, Seohyun menarik tangan Seonghwa keluar dari kelas menuju ke sebuah taman kecil di dalam kolej itu. Sebelah lagi tangannya memegang rose tadi.

"Ada apa sampai tarik saya ke sini?" Seonghwa pura-pura tidak tahu. Dia melihat ke arah tangan mereka yang masih bertaut sebelum dia tersengih kecil.

Seohyun segera melepaskan tangan mereka.

"Apa motif awak bagi saya rose?" Tanya Seohyun, serius.

"Salah ke?"

"Tak salah. Tapi semua tu tiada guna."

Wajah Seonghwa berubah. Dia memandang tajam pada Seohyun.

"Awak nak kata saya beli rose dengan duit saya untuk awak, itu tidak berguna?"

Seohyun terdiam. Seolah dia tidak menghargai pemberian ikhlas daripada Seonghwa itu.

"Maaf. Tapi saya tak perlukan rose daripada awak."

"Terserah saya nak bagi dekat siapa pun." Jawab Seonghwa. Seohyun berdecit dalam diam. Ada sahaja lelaki itu mahu menjawab.

Seohyun melihat bunga rose di tangannya sebelum dihulur pada Seonghwa.

"Saya tak perlukan rose ini. Maaf buat awak terasa. Awak ambillah balik dan bagi sahaja dekat orang yang sukakan awak."

Huluran itu tidak disambut Seonghwa. Lelaki itu hanya tayang wajah serius. Walaupun dipaksa dia tidak akan mengambil semula pemberiannya itu.

"Awak tak boleh paksa saya."

"Dan awak pun tak boleh paksa untuk saya terima." Ujar Seohyun yang masih menghulurkan rose itu pada Seonghwa.

Mereka senyap di situ. Seohyun menghulurkan rose manakala Seonghwa berdiam diri, merenung wajah gadis itu.

Seohyun berpaling apabila terasa seseorang berada berdekatan dengan mereka. Matanya membulat melihat Minyoung berada tidak jauh dari situ. Melihat wajah kawannya itu, Seohyun pasti gadis itu sudah melihat mereka berdua dari tadi.

"M-minyoung.."

Jelas wajah Minyoung nampak kecewa. Dia sudah berfikir bukan-bukan walhal semua itu adalah salah faham.

Kemudian Minyoung berlari anak pergi dari situ.

Seohyun memandang Seonghwa dengan perasan geram. Dengan paksa, dia menarik tangan Seonghwa lalu meletakkan rose tadi di atas tapak tangan lelaki itu.

Selepas itu, Seohyun mengejar langkah Minyoung.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now